Lyla- Ga Romantis
"Aku ga' mau jadi mataharimu," nyanyi Ryan. Namun, kami berempat diam sahaja. Bahkan, Nick yang selalu sambung lagu Ryan nyanyi separuh pun macam sibuk. Pelancaran promo Shopa dimulakan. Aku dan Ryan memandang skrin, sementara Nick, Ben dan Abraham menandang komputer. Mereka lebih berminat melihat data dan sistem berbanding kami yang melihat live conment pengguna. Terus terang, mendebarkan menunggu riaksi pengguna. Jadi, aku faham sahaja kenapa Ryan mulai menyanyi, barangkali untuk sorokkan yang dia tengah berdebar. Oleh itu, dia nyanyikan lagu.
"Kerna itu akan membuatku jauh," sambungku. Ryan memandang aku; sambil tersenyum dan masukkan tangan kanan ke dalam poket.
"Ku ga' mahu jadi bintang-bintangmu,"sambungnya lagi.
"Walau indah itu juga kan jauh," aku cuba hilangkan debar dengan menyanyi sambung lagu kumpulan Laly yang Ryan nyanyikan.
Kami saling berpandangan. Memandangkan sel otak kami sama ting tong dan lebih kurang, kami berdua mulai menyanyi.
"Yang aku mau menjadi udaramu~"
"Selalu setia tiap hela nafas mu~" harmonis, kami berdua nyanyi untuk Abraham, Ben dan Nick yang lebih sibuk berbanding lebah."Eh! Korang tak nervous ke?" Ben bersuara.
"Nervous lah gila!" Serentak aku dan Ryan menyambut. Ben menarik kami ke arah komputer riba. Dia rapatkan tangan.
Bunyi musik berkumandang. Iklan kami disiarkan pada waktu puncak. Wajah aku muncul selama lapan saat, selebihnya wajah Ryan sedang ikat tali kasut aku macam dalam kertas idea yang Abraham kemukakan. Kami berlima tersenyum.
Ryan letakkan tangan dibahu aku dan Ben. Ben letakkan tangan di bahu Nick, sementara Abraham letak tangan antara bahu aku dan Nick. Kami dalam bulatan, macam nak sorak ragbi dah gayanya. Kami tunduk, sambil tangan atas bahu antara satu sama lain.
Ryan pandang kami semua. Tangan Ryan ada di atas bahu aku."Let's work hard everyone!" Katanya.
"Work hard!" Kami semua bersorak.
****
"Serius lah you tak busy?" Stella soal aku. Aku geleng. Aku hanya akan sibuk bermula minggu depan kerana jualan langsung 11.11. Sementara program itu berlangsung, aku masih ada masa untuk bermain. Hari ini, aku teman Stella untuk pergi fitting baju. Katanya dia ada buat tempahan baju, namun tak nak Genie, PA Stella ikut sekali. Jadi, dia minta aku temankan, kerana Stella akan jemput aku.
Stella membawa kereta Ferarri Merah. Sebenarnya, aku agak canggung untuk naik kereta mewah itu, namun Stella dah sampai kawasan perkarangan apartment, nak tak nak aku kena naik juga.
"Nice supercar," ujarku memuji.
Stella senyum. Tak sangka, dengan gaji pelakon Stella dah boleh beli kereta mewah macam ni. Tapi tak dinafikan, Stella kerja keras. Mula dengan kerja sambilan sebagai model, kemudian jurucakap produk, watak sampingan drama dan kini dia dah berjaya dapatkan watak utama dalam filem. Tak dinafikan, karier seni Stella yang sukar banyak mematangkan dirinya sendiri.Masyuk juga ya duduk dalam industri seni. Dia bayar loan ke cash? Patut jugakah aku menabung semata-mata nak ada kereta mewah macam Stella.
Tapi...kereta ni kan..."You want to buy this kind of car?" Soalnya. Aku geleng, tak mampu.
"Ryan bought this for me. Cash," ujar Stella.
Aku diam. Boleh hadiahkan teman wanita, tak dinafikan keuntungan yang Ryan dapat sebagai pemegang saham utama adalah sangat tinggi. Peratus yang mereka dapat sebagai pemegang sahan mesti lagi tinggi dari pekerja. Patutkah aku melabur dalam syarikat?!"You should ask Danny to buy you one," selamba sahaja kata Stella. Aku terdiam. Walaupun apa yang Stella cakap tak nampak salah pada mata dia; tapi ia kedengaran "sesuatu" di telinga aku. Aku cuma teman wanita, bukan isterinya untuk minta macam-macam. Lagipun, aku lagi suka beli sesuatu dengan wang hasil titik peluh aku sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...