Setelah tamat kelas, aku dan Stella berjalan ke kafe. Kalau jumpa dengan Danny, aku perlu ucapkan terima kasih dan pulangkan kembali sweater animasi miliknya.
Tak sangka, Danny baik juga orangnya.
Stella kemudian duduk di kerusi.
"Tak nak makan ke?" Soalku polos. Wajah Stella muram.
"Nak makan. Tapi I kena diet," ujarnya lemah. Aku mengeluh.
"Makan sikit je nak?" Soalku. Dia geleng. Aku tahu dia kelaparan, tapi terpaksa tahan.
"Aku belikan buah nak?" Soalku. Dia keberatan, namun angguk juga lepas aku memujuk beberapa kali.Saat beratur, Rozy datang pada aku. Dia mencuit aku seraya memeluk aku. Memang dia suka skinship, tak boleh nak halang dah.
"Mana Danny?" Bisiknya dengan wajah mengusik nakal.
"Mana aku tahu," pantas aku menutup mulutnya.Tiba-tiba kedengaran kecoh dari belakang.
Stella!
***
"Stella!" Tegur Danny seraya duduk di kerusi hadapan Stella. Setelah habis kelas, laju sahaja Yell dan Stella keluar, langsung tak pedulikan dia yang ada kat belakang.
Danny tahu. Di mana ada Stella, di situ ada Yellena. Jadi, dia duduk siap-siap untuk menunggu Yellena. Lepas Yellena datang baru dia pergi beli makanan, lagipun dia masih belum lapar. Sebelum kelas pukul 9 tadi dia dah melantak makan nasi."Mana Yell?" Soal Danny. Stella jawab lemah sahaja, dia tak ada mood nak layan. Mungkin sebab dia nak datang bulan!
"So! Ni lah awek baru you!" Satu suara kuat menegur Danny dan Stella. Gadis itu berambut perang, memakai lipstik oren. Dia berpeluk tubuh. Stella jadi bingung. Walaupun tak ramai yang tahu, tapi beberapa orang tahu yang dia dengan Ryan Chia.
"Jessica! What's wrong?" Soal Danny. Dia segera bangun cuba menenangkan Jessica.
Jessica tidak semena-mena menolak Stella dari kerusi hingga jatuh.
"Stella!" Danny segera membantu gadis itu. Stella meletakkan tangannya pada bahu Danny dan berusaha untuk bangun. Namun, Jessica lebih kuat menarik rambut Stella."Sebab you kan Danny tinggalkan I," marahnya.
"You kan perempuan yang Danny suka tu!!!!" Jeritnya. Danny cuba menolong Stella, namun tangan Jessica lebih kuat mengcengkam rambut gadis itu. Stella meronta-ronta."Siapa berani kacau Danny...I..." Jessica masih lagi marah.
"I'm fucking kill you! Tengok ni semua! Perampas! Macam ni lah nasib perampas!" Teriak Jessica.Saat itu, Rozy segera berlari untuk meleraikan Stella dan Jessica.
***
Aku terkedu. Tangan aku tidak mampu menumbuk gadis bernama Jessica itu, namun ada Danny untuk mempertahankan Stella. Rozy awal lagi sudah berlari, namun aku hanya mampu terhenti di situ.
Aku ketap bibir. Tak sukalah aku bergaduh sebab lelaki! Waktu aku belajar seni bela diri, dah cakap, seni bela diri bukan untuk serang orang sesuka hati. Tambahan pula, aku lihat Jessica langsung tak ada asas bela diri, dia sekadar tampar dan tarik rambut.
Kalau aku campur tangan....
Habislah dia.Mungkin, Danny dan Rozy dah cukup untuk halang Jessica. Aku lihat Danny dah berjaya menolak Jessica jauh.
Tapi, mungkin aku kena tolong jugak. Aku bersedia untuk menolong Stella.
"Enough!" Satu suara bergema. Ryan Chia.
Semua mata memandang suara itu. Penuh aura. Tak lain tak bukan, presiden kami. Ryan Chia. Dia memakai baju kemeja lengan panjang bewarna putih dan slack hitam. Bajunya disinting ke paras lengan, lengkap dengan cermin mata.
"Ryan Chia?" Soal Jessica.
"Ryan Chia pun you nak sapu jugak ke!" Marah Jessica.
Stella memandang Rozy.
"Apa kau merepek ni!" Marah Rozy. Stella sudah mengesat air mata, sakit apabila rambutnya ditarik dengan kasar."Explain Danny! You suka perempuan ni ke tak?" Jerit Jessica.
"You ada suka perempuan baru kan!!" Marahnya. Danny terdiam."Ya. I suka..Ye.." belum sempat Danny menghabiskan ayat, Ryan menolak Danny ke tepi.
"Stella tu girlfriend I," tegas Ryan memberitahu semua orang di situ. Aku hanya diam, memandang dari belakang.
Oh, Ryan memang cool! Selamba sahaja dia buat pengakuan.Ryan yang mengaku, tapi kenapa hati aku yang sakit?
Aku ketap bibir.
"Kenapa you serang girlfriend I?" Soal Ryan.
"Habis kalau bukan Stella...Danny, you suka siapa? Kau ke!?" Soal Jessica. Dia sudah bersedia untuk mencakar Rozy."Hell no!" Jawab Rozy garang, seratus peratus menafikan.
"Habis tu!!!" Jerkah Jessica macam orang gila. Gayanya tak ubah macam Vlin yang mental. Aku hanya berada di belakang, sikit pun tak berganjak!
"Enough! Jessica! Danny! Stella! Ryan! Rozy! My office!" Suara seorang pensyarah kedengaran. Mereka akur.
Stella masih sahaja menangis apabila berselisih dengan aku. Nasib Rozy memujuknya. Bagaikan aku ni halimunan, mereka melepasi bahuku begitu sahaja. Tak apalah, tengah sedih kan. Jessica pula melalui arah lain untuk ke bilik pensyarah, begitu juga dengan Danny. Wajahnya jelas tak selesa dengan perbuatan Jessica.
Ryan berjalan di belakang Stella dan Rozy. Barangkali mahu ke bilik pensyarah."Yell, kau okay?" Soal Ryan. Aku memandang Ryan. Rupanya, Ryan perasan aku hanya mematung sahaja dari tadi di sini.
Aku memandang Ryan.
"Okay, Pres," kataku. Kadang-kadang, aku akan memanggil Ryan dengan gelaran Pres terutama ketika kami sedang buat kerja. Lagipun, dia memang dah jadi presiden kan.Ni kena ke bilik pensyarah, barangkali kena berleter lah kot.
Ryan tersenyum lega.
"If anything happens, call me." Bisiknya.
Dia menepuk lenganku sebelum berlalu pergi.Aku memandang Ryan yang mengejar Stella dan Rozy.
Ryan. Jangan baik sangat dengan aku. Please.
***
Wajah Yellena pucat lesi melihat Jessica hilang sabar. Ryan pula, dia sudah berjanji dengan Stella agar tak heboh tentang percintaan mereka. Kata Stella, dia tak mahu jadi public enemy no.1 kalau berita cintanya dengan Ryan jadi tatapan umum terutama pelajar universiti.
Namun, satu-satunya cara untuk halang mulut Danny dari sebut nama Yellena ialah dengan Ryan mengaku bahawa dia bercinta dengan Stella.
Jadi, tak ada sebab untuk Jessica serang Stella.Gaya Jessica tadi, macam dia boleh terkam Yellena.
Ryan juga tak pasti. Yellena orangnya bukanlah lemah. Namun, dia masih risaukan gadis itu kalau diserang peminat Danny. Lagipun, Yell bukan jenis akan pukul perempuan. Kes tempoh hari sebab berlawan dengan orang jahat, kali ini Jessica tidak boleh dikategorikan sebagai penjenayah mahupun jahat. Dia cuma obses dengan Danny.
Danny pun satu hal! Kalau tak mahu, kenapa bagi harapan?! Kan dah jadi masalah.
Jessica dikenakan amaran. Danny pula tak muncul langsung. Setelah mendengar syarahan yang berbentuk bebelan, akhirnya mereka keluar dari bilik pensyarah kanan.
Jessica langsung tidak minta maaf, sebaiknya berambus begitu sahaja. Hal itu cukup untuk membuatkan Rozy naik angin di samping Danny yang tak muncul-muncul.
"Macam mana ni?" Soal Stella gugup. Ryan dan Rozy berpandangan sebelum memandang Stella.
"Satu uni dah tahu I bercinta dengan you," kata Stella. Rozy mendengus. Ingat ada apa yang membuatkan Stella risau.
"Tak apa sayang. Nanti I handle," kata Ryan. Wajah risau Stella memang jelas. Ryan meletakkan rambut Stella yang berjuraian ke belakang telinga. Rozy hanya memandang mereka.
"Sayang relaks tenang je," pesan Ryan. Stella kemudian tunduk sambil mengesat air matanya."Dah, tak mau nangis," ujar Ryan memujuk Stella. Rozy juga begitu.
Ryan mengusap air mata Stella."I tak pernah kena tarik rambut macam tu," gumam Stella. Ryan angguk. Stella memeluk Ryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Roman d'amourAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...