49

14 2 0
                                    

"Yell you ada benda tak puas hati dengan I ke?" Malam itu Stella berdepan dengan ku. Semua orang sudah masuk tidur kerana penat melawat Gua Entah petang tadi. Tak ada yang menarik. Cuma ada gua lampu dan pemandangan serta kelawar. Jadi, aku rasa tak ada yang menarik melainkan Ryan dan Stella yang menunjukkan rasa cinta macam dunia ni mereka yang punya.

Rozy dan Fiq  pula sibuk nak ambil gambar sana sini, nasib lah ada Danny si jurugambar. Walaupun dia berkeras cakap dia cuma ambil gambar pemandangan, tapi akhirnya dia turutkan sahaja Rozy dan Fiq.
Aku pula, sekadar bernafas di situ. Kiranya, aku adalah kat situ tengok kehidupan orang dan pemandangan.

"Apa benda kau cakap ni?" Soalku tegas. Stella dah halang aku masuk bilik, jadi aku agak tak puas hati di situ. Nak buat macam mana, cabut undi aku dapat bilik seorang.
Stella mendengus.
"I perasan sejak akhir-akhir ni you macam tak nak cakap dengan I," ujarnya.

Ya ke? Mungkin! Tapi, dia yang asyik dengan Ryan. Malaslah aku pun.

"Bila ada dia orang lagilah you diam, tak cakap pun dengan I." Rungutnya.

Aku diam. Mungkin tanpa sedar aku ada buat perangai macam tu. Keputusan Stella untuk berdepan dengan aku bukannya tak rasional, tapi memang kena sangat dengan gaya Stella yang pilih terus terang berbanding simpan.
Aku mendengus.

Ada benarnya. Aku kalau boleh cuba nak elak dari Stella kebelakangan ini.

"Sorry kalau buat kau tak selesa," balasku.
Aku menolak Stella ke tepi sebelum masuk ke dalam bilik, namun Stella ikut aku.

"I tak suka you macam ni." Tegasnya. Aku duduk di birai katil diam-diam.
"Apa yang you tak puas hati dengan I. Kita bukan budak-budak nak merajuk segala bagai." Dia memerli aku. Aku tunduk.

Aku merajuk? Aku tengah merajuk ke sekarang ni?

"Aku terasa sebab kau tak bagitau aku awal pasal kau nak berhenti uni," ujarku terus terang. Aku mengetap bibir. Stella mendengus.
"Okay. Look..I'm so..." katanya.

Aku tunduk. Dah la kawan aku cuma Stella yang sama kos. Rozy pula kos lain, bilik lain. Dalam bilik asrama, aku cuma rapat dengan Stella. Aku gigit bibir.
"Yell...." Dia mendekati aku.

Tak tahu kenapa, mata aku macam bocor. Air mata aku tiba-tiba menitik.
"Yell..." Stella memeluk aku dan menepuk belakang aku.

"Mungkin aku takut...Aku takut tinggal sorang kalau kau tak ada," ujarku jujur. Aku mengesat air mata dengan lengan baju. Stella memeluk aku makin erat. Dia kemudian duduk melutut dan memegang pipi aku sebelah.
"Yell...yang datang trip ni semua kawan you. Team A pun kawan you. Ryan. Fiq. Jean. Rozy. Danny... no one will leave you alone," katanya yakin.

Stella memang bidadari kayangan. Wajahnya dan cara dia bercakap dengan aku, lembut dan memujuk.
Untung Ryan dapat girlfriend bidadari macam ni.

"Not the same. Aku just tak boleh nak bayangkan my school life without my bestie," jujur ucapku.
"Awww Yell..." Stella memeluk aku.

"I won't leave you. I mesej you everytime," katanya memeluk aku erat. Dia mengusap kepala aku.

"I tak ada...Rozy ada." Katanya.
"Rozy tak sama kos, bilik lain," ujarku.
"Lagipun nanti...sibuk." Tambahku memikirkan komitmen apabila naik Tahun 3. Team A, Persatuan Pelajar, Assignment... Mampus!

"Danny ada!" Stella tak putus asa pujuk aku.
"Danny...hmm," aku mengeluh teringat pula kes Jessica. Dengan Danny tak boleh rapat sangat, nanti tak pasal aku dapat masalah. Stella pun seakan-akan faham.

"Ryan ada. Apa-apa cari je Ryan," katanya tegas. Aku mendengus.
Mana sama.

"Yell...you support cita-cita I kan," dia menguji aku. Aku menghela nafas.
"Tak halang pun. Buat lah apa pun asal you bahagia," kataku. Dia sengih.
"So, kalau you nak I bahagia. I happy, you need to cheer up. Jangan masam muka or merajuk dengan I," ujarnya.

"Tak merajuk pun," nafiku. Stella angkat dua ibu jari.
"Okey. Tak merajuk," dia menangkan aku.

***

Ryan melihat Stella senang hati. Kebelakangan ini mood Stella sukar dijangka. Kadang baik, kadang masam, sampaikan dia pun pening. Pagi itu seperti biasa dia bangun awal. Kelihatan Yell sudah berkemas di dapur. Malam semalam Stella tidur dengan Rozy.

"Morning Yell..." sapa Ryan.
"Morning," balas Yell. Ryan duduk di meja. Yell hidangkan secawan kopi panas padanya. Hari terakhir mereka di rumah percutian sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

"Thank you," ucap Ryan. Sepanjang percutian, dia jarang bercakap dengan Yell. Bukannya apa, tapi tak sempat.

"Yang lain mana?" Soal Ryan.
Yell membuat gaya tidur. Ryan menghirup kopi panas. Yell kemudian menghidangkan pula telur mata dan roti bakar.

"Rajinnya bangun breakfast," komen Ryan. Yell angkat kening.

"Kau dengan Stella dah baik?" Soal Ryan. Yell kerutkan dahi.
"Kami tak gaduh pun," selamba. Ryan angguk. Yell memang macam tu.

"Yang kau bangun awal sangat dah kenapa?" Soal Yell. Ryan diam.
"Aku ingat nak pergi tengok sunrise," kata Ryan. Yell nganga kecil.
"Semalam aku dah pergi tengok sunrise dengan Danny. Kat tempat rahsia kau," ujar Yell.

Ryan memandang Yell.
"Dengan Danny?" Soal Ryan, sedikit aneh. Danny bukan jenis orang yang akan bangun awal semata-mata nak tengok matahari terbit.
Yell angguk kepala.
"Ha'ah. Danny bawak pergi tempat yang kau suka," kata Yell.

"Cantik," ujar Yell.
"Memang cantik pun," kata Ryan tersenyum.

"Aku pun ingat nak pergi tengok sun rise. Aku selalu bila datang sini akan teman ayah tengok sun rise," ujar Ryan.
"Dah macam tak sempat je sekarang," kata Yell.
Ryan senyum.
"Next time," kata Ryan.

***

Percutian kami tamat begitu sahaja. Sebenarnya seronok juga dapat luangkan masa dengan kawan-kawan. Mereka hantar aku di stesen bas sahaja, puas Danny berkeras untuk hantar aku pulang. Namun, siapa dapat lawan keras kepala aku. Stella, Rozy dan Fiq pula di hantar ke stesen keretapi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Cuma, Ryan, Danny dan aku sahaja dari bandar, yang lain datang jauh dari kampung.

Aku buka pintu. Gelap sahaja, namun televisyen masih menyala. Saat aku mendekat, kelihatan Vlin sedang tidur di sofa.

"Vlin," panggilku perlahan. Dia bangun dan menggosok mata.
"Dah balik!" Soalnya dengan suara mamai. Aku angguk dan mengemaskan meja.

"How's your trip?" Soal Vlin, barangkali tak sabar-sabar untuk aku buka cerita.
"Good," balasku.

"Team A semua pergi ke?" Soalnya. Aku diam sejenak. Jean tak ikut kami, katanya dia perlu bergegas pulang ke rumahnya lebih awal.
"Tak semua," balasku.
"Why? Kata macam training? Kenapa tak semua ikut?" Soalnya.

Aku telan air liur. Memang aku ada bohong cakap bahawa percutian kali ini ibarat MT untuk Team A, sengaja cari alasan agar Vlin tak banyak soal.
"Family matters maybe. I don't know," kataku. Vlin diam, entah apa yang ada dalam kotak fikirannya.

"Tomorrow I nak keluar hiking dengan Steve," katanya. Bagaikan ada petir menyambar, aku terus memandang Vlin tak berkelip. Steve Chia? Ayah Danny? Kau gila?

Aku telan air liur dan memandang ke arah Vlin. Riak wajah tak puas hati tidak diselindung. Walaupun aku dan Danny tak ada hubungan, tapi tetap sahaja kami berkawan. Kalau mak cik aku dah ada niat nak rosakkan kebahagiaan keluarga dia dengan jadi orang ke-tiga, aku harap persahabatan kami tak terjejas.
"I'll be very careful," katanya macam tahu apa yang mahu aku leterkan. Aku diam.

Hendak dihalang, Vlin pasti akan mengamuk dengan aku. Aku tak mahu dia marah-marah, sudahnya aku yang kena nanti.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now