13

32 4 0
                                    

Aku meletakkan beg di atas meja. Stella tak ada dalam bilik.

"Yell! I dengar you stucked dalam elevator betul ke?" Satu suara mengejutkan aku. Aku segara menoleh ke arah pintu. Kelihatan Riya, beberapa orang rakan sekamar aku, dan beberapa orang pelajar perempuan tersembul di muka pintu. Mereka segera masuk, dan duduk di atas katil aku. Semuanya prihatin.

"Takda apa pun sebenarnya. Dalam 20 minit macam tu ada staf tolong kopekkan pintu," ujarku. Riya mendengus.
"Dah banyak kali kot jadi macam tu," komen salah seorang daripada mereka. Aku tak pasti dengan maksud banyak kali, tapi aku duduk dan dengarkan sahaja mereka bergosip.

"I mean setiap bulan mesti akan jadi sekali. Bulan lepas dah jadi dah," komen Yvone. Mereka kemudian bersetuju. Aku cuba ingat kembali, ada ke kes macam ni bulan lepas? Tapi aku tak berapa pasti.
"Aku syak maintainance lift tu dah lama," tambah seorang lagi dan dipersetujui dengan lain-lain.

Aku diam, berfikir.

"Nanti aku cuba cakap hal ni dekat persatuan," balasku.
"Ha'ah! Nice jugak tu," tambah mereka. Rata-rata memberi feedback yang kurang baik mengenai lif di universiti. Aku juga tak boleh nak kata apa sebab yang terperangkap tadi aku, kemudian mereka pula sambung bersetuju dengan hal-hal itu.

Aku menjeling ke arah katil kosong Stella.

"Eh, Stella mana ya?" Soalku. Mereka menggeleng, masing-masing tidak tahu.

"Mana Stella pergi ni?" Desis hatiku.

Kalau aku tahu sesuatu yang tak di inginkan akan terjadi, sumpah aku akan lebih prihatin terhadap rakan baikku itu.

***
Stella agak risau. Dia tak senang duduk. Telapak tangan sudah mulai kebasahan dan air yang dipesan sudah tinggal separuh.

Dia agak nervous, pertama kali mahu berjumpa dengan orang dari agensi.

"Hi cik!" Sapa seorang lelaki. Badannya besar dan gempal. Dia memperkenalkan diri sebagai Abang Tan.

"Kami dari H Modelling Agency sangat gembira bila Cik Stella telefon kami balik!" Dengan ceria dia memberitahu Stella. Stella masih ingat perempuan yang mengejarnya tempoh hari untuk memberikan kad nama. Puas dia berlari, tapi wanita itu tak putus asa.

"Job ni boleh buat part time ke? Sebab I tengah study lagi," Stella memberitahu. Walaupun dia tak ada cita-cita yang jelas, tapi dia dah berjaya masuk ke business department. Orang kata, business department banyak peluang dan lubang-lubang kerjaya.
"Selalunya Cik Stella, ramai yang mula dengan part time, lepas tu terus melekat dengan job ni," ujarnya. Stella kerutkan dahi.
Dia ingat, dia cuma perlu jadi runner sahaja untuk syarikat agensi model itu.

"Hah!" Soal Stella.

"Saya rasa Cik Stella lagi sesuai jadi model untuk company kami," kata Abang Tan. Stella terdiam.

Tak pernah terlintas di fikirannya untuk jadi model.

"Tapi saya tak reti catwalk semua tu," balas Stella. Abang Tan tersenyum.
"Tu semua boleh settle!" Katanya riang.

***

"Mana kau pergi?" Soal Danny kepada Ryan yang baru masuk bilik.
"Tadi aku stucked dalam lif," kata Ryan.

"Eh. Nanti kau pass borang ni dekat member kelab fotografi, suruh isi nama," kata Ryan seraya menghulurkan borang senarai nama kosong untuk petugas Hari Pelajar. Danny kerutkan dahi.

"Tak cukup orang lagi ke?" Soalnya.

"Aku dah kawtim dengan budak team volleyball dengan department aku. Tapi still tak cukup ajk lagi," rungut Ryan. Danny mengambil kertas itu lantas anggukkan kepala.

"Kau stucked dalam elevator sorang-sorang ke?" Soal Danny. Dia tahu Ryan ada kenangan buruk ketika kecil. Waktu itu rumah datuknya blackout, Ryan terperangkap sendirian di dalam lif. Lama juga seingatnya.

"Tak," balas Ryan. Danny menjeling Ryan, dia terhenti seketika daripada bermain permainan games di dalam laptop. Dia memandang Ryan yang sepertinya tenang, langsung tak terkesan.

"Yellena pun ada sekali," jawab Ryan acuh tak acuh. Danny sudah cakap dengan jelas yang dia tak suka Yellena, jadi kalau boleh Ryan malas nak bangkitkan omelan dan rungutan Danny.
"Oh," Danny membuat reaksi seperti tak peduli.

"Dia okey?" Soal Danny. Ryan berfikir. Kalau dibandingkan dengan dia, Yell lagi okey dan relaks sahaja. Langsung tak cemas atau ketakutan. Riaksi gadis itu tenang, malah sempat bagi semangat pada dia lagi.
Tak terkesan langsung.

"Okey je," balas Ryan.

"Oh, okeylah kalau macam tu," balas Danny lantas menghela nafas lega. Ryan memandang Danny tajam.
"Tak. Maksud aku. Kau okey, dia pun okey, so everything good lah macam tu," jelas Danny.

Ryan angkat kening.

***

Stella pulang hampir sahaja jam 10 malam. Aku yang duduk tak senang melihat dia baru sampai. Aku sudahpun berbaring. Yang lain malam hujung minggu biasanya akan keluar atau pulang ke kediaman masing-masing.

"Yell! I ada benda nak story dekat you!" Ceria dia menarik tangan aku untuk bangun dan duduk di birai katil. Aku terkebil-kebil, namun aku ikutkan sahaja Stella.
"I dapat offer jadi model," katanya. Aku kerutkan dahi.

Eh? Tiba-tiba?

"Ada recruiter depan universiti kita bagi I kad. Tadi I dah jumpa dengan dia, kami keluar makan!" Ceritanya.
"He was so nice! Dia belanja I makan steak," kata Stella riang.
Kelihatan wajahnya cukup gembira apabila mendapat pekerjaan sambilan.

"You sign contract ke macam mana?" Soalku.
Sebenarnya aku tak adalah nak ambil kisah sangat dengan kerja sambilan Stella, aku cuma layankan sahaja keletahnya.
"Nanti baru sign contract. Syarikat modelling yang scout I," katanya. Aku angguk.

"Oh, dia orang ada maklumat online ke? You double check, takut scam," aku kembali teringat pada perbualan dengan Ryan mengenai hal itu. Stella tidak menjawab.
"Abang Tan tu baik lah," katanya. Namun, jawapannya masih tidak menjawab soalan aku. Aku pula tak mahu Stella anggap aku busybody, jadi kalau boleh aku cuma nak sokong sahaja kerjaya sambilan Stella.

Stella tersenyum girang.

"You're happy?" Soalku. Dia menunjukkan senyuman gaya bidadarinya padaku. Wajah putih bersih, secalit gincu merah jambu, cantik dan comel.
Stella angguk.

Aku kemudian tersenyum. Kalau kau gembira, aku pun tumpang gembira.

***

Vlin memandang ke arah Steve. Lelaki berusia itu sudah hampir kepenatan hiking bersamanya.

"Come on! Sikit lagi," pujuk Vlin. Lelaki itu akur sahaja.
"You memang kuat stamina kan!" Kata Steve. Dia sudah lama tidak mendaki, asyik terperap di dalam pejabat sahaja.

"Stamina I memang kuat pun, bukan mendaki je. Tempat lain pun boleh tahan, for example in bed," kata Vlin, langsung tak tapis. Steve yang mendengar kata-kata Vlin cuma anggap ia sebagai sebuah jenaka. Vlin memang suka berjenaka, jadi tak ada apa yang aneh.
"Tak percaya you boleh try," kata Vlin.

Steve geleng kepala.
"Tak baik you cakap macam tu depan lelaki," kata Steve. Dia memandang Vlin sebagai seorang adik perempuan.
Vlin menarik tangan Steve agar dia cepat sikit berjalan.

Sesampainya di puncak, Steve terasa tenang. Pemandangan kota kecil diselangi dengan pokok-pokok menghijau membuatkan dia berasa tenang, bebas daripada stress.
"I like this feeling," kata Steve.

"Next time you nak datang lagi tak?" Soal Vlin. Steve angguk.

"Maybe I should hit the gym. Gotta keep myself fit kalau nak hiking dengan you lagi," komen Steve.
"Nanti I tolong you register dekat gym yang I selalu pergi," kata Vlin.
Steve memandang Vlin.

"Ada discount!" Bisik Vlin girang. Steve ketawa dengan telatah Vlin.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now