Dumpling lagi. Ryan muncul di rumah aku dengan bawa sebungkus dumpling. Dia dah tersembul di muka pintu sambil tersengih.
"Kau tak nak ajak aku masuk ke?" Soalnya polos.
"Vlin tak ada," aku beri alasan. Tak manis rasanya kalau aku ajak Ryan masuk sedangkan Vlin tak ada. Kejap. Apa nak dihairankan, bukan kami buat benda pelik-pelik pun.
Aku buka pintu."Masuk lah," balasku. Ryan angguk perlahan san buka kasut. Dia meletakkan dumpling di atas meja sambil terus ke dapur. Dia buat macam rumah sendiri, ambil mangkuk dan piring untuk makan.
"Ayah aku ke yang hantar?" Soalku. Entah bagaimana soalan itu boleh muncul di bibir. Aku dah syak lama yang ayah pernah jumpa Ryan, tapi aku tak ada bukti. Dumpling buat aku teringat ayah. Lagipun, Vlin dah cakap yang ayah aku dah keluar penjara. Secara logik, buat apa Ryan nak susah payah hantarkan aku dumpling melainkan ada pengirim yang buatkan Ryan yang sejak azali tak reti cakap "no" akan menurut. Ini bukan pertama kali.
Dan, hanya ada satu logik disebalik perihal dumpling ini. Tak lain tak bukan ianya ayah aku. Persoalan bagaimana Ryan boleh kenal dengan ayah, lebih baik aku simpan dahulu. Lagipun, tempoh hari sewaktu Ryan cakap yang Vlin bukan satu-satunya ahli keluarga aku, aku sudah mulai menyusun sendiri puzzle persoalan dalam kepala aku.
Ryan terhenti."Can we just eat first?" Soalnya berat. Aku angguk.
Ryan ambilkan gelas untuk aku.
"I prefer to use mug," balasku sambil tunjukkan mug di atas meja. Dia kemudian duduk dengan makanan.
Kami diam. Terasa suasana berat, umpama ada batu menghempap belakang."Yea. It's your dad," dia berterus terang. Tak terkejut, sebaliknya aku cuma terkedu. Entah mengapa, aku juga tak begitu pasti. Aku pandang Ryan. Ikutkan hati; banyak lagi aku nak tanya. Tapi, aku lebih pilih ikutkan ego. Adalah lebih baik aku diamkan sahaja dulu.
"Serius kau tak nak jumpa your dad? He missed you," ujarnya. Dia hulurkan aku piring dengan sos cicah Sichuan. Aku tuangkan air dan beri kepadanya.
"Buat apa nak jumpa," balasku acuh tak acuh. Ryan senyap. Dia dah tak tahan lagi.
"Yell, sementara diaorang ada ni lah, kita sebagai anak kena berbakti dekat ibu bapa," ujarnya. Aku mendengus. Dah mula ceramah kekeluargaan percuma. Aku masih diam, menunggu ayat yang akan keluar seterusnya daripada Ryan Chia.
"You know what. My dad isn't my real dad, and my mom isn't my real mom,"katanya. Dia menguis dumpling dengan chopstik sambil tersenyum pahit. Dia pandang ke arahku.
"But they raised me well," ujarnya. Aku tercengang, pertama kali aku dengar perihal ini."If I can meet my own parents, I wish I can treat them well too," ujarnya.
Dia pandang aku."Benda ni, tak ada orang luar tahu. Only family member je. But no one will talk about this," ujarnya.
"Stella pun tak tahu," katanya.Yet, you've told me?!
Aku mendengus perlahan. Aku tak pernah tahu sejarah kelahiran Ryan Chia. Dia berani memberitahu aku, merupakan satu pengakuan yang berani mati jugaklah. Aku diam, ingat kembali ayatnya. Kalau dia jumpa ibu bapa dia yang sebenar, dia akan berbakti kepada mereka.
"Why would I treat him nicely? He's never there in my life," ujarku.
"Still, he's still alive. So you need to be a good daughter," pujuknya. Aku mengeluh.
"He was never a good father!" Tegasku. Aku tolak sos Sichuan dan dumpling itu ke tepi. Ryan pandang aku, cuba memujuk.
"Tak payahlah tolak makanan. As for the food, he meant well," terangnya.Aku tarik kembali dumpling dan masukkan dalam mulut. Aku kunyah perlahan. Rasa sedikit masin, entahlah mungkin juga aku yang sensitif tak kena tempat.
"Aren't you curious about your dad? You can ask me anytime," ujarnya. Aku tarik muka.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...