Atas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pemerhati. "Bestie" gambaran tepat hubungan Yellena dan Ryan. Saling memberi sokongan, saling ada bila diperlukan. Kehadiran watak kedua, dalam percubaan mengetuk pintu hati gadis dinding besi bukanlah satu cabaran yang mudah. Namun, tak lengkap cerita tanpa kisah "dia" yang terluka dan dikhianati. "Betul lah apa orang cakap, orang yang paling dekat yang akan tikam kita dari belakang," -Ryan "Aku akan hancurkan satu demi satu!" - Vlin "It was my plan all along Ryan," - Yellena