190

22 0 0
                                        

Aku dapat rasakan renungan Mama Isabella tak menyenangkan. Tapi, aku cuba acah biasa sambil bersembang dengan Puan Besar.

Dan soalannya, cukup mengejutkan aku.

"Dah berisi ke belum?" Soalan Puan Besar Chia cukup buat aku terkedu. Kalau ikutkan datang bulan, memanglah dah lambat seminggu. Tapi, aku punya period kadang-kadang dia memang datangnya lambat, jadi aku tak runsing sangat. Biasalah.
Kadang stress, kadang hormon tak stabil.

Mama Isabella renung aku, barangkali menanti jawapan.

"Tengah usaha ibu," balasku dengan senyuman. Kelihatan wajah ceria Puan Besar Chia terpancar dari segenap raut wajah tua itu.
"Is that so? Nanti I suruh pembantu sediakan wild ginseng for pregnancy untuk you, it's good for trying to conceive," katanya.

"I cannot imagine Ryan with kids," ujarnya.

"Ryan tu, takut dengan budak-budak, dia nak pegang baby Aurora pun takut hari tu," kata ibu. Aku angguk setuju.

"Does he really wants a kid or you yang paksa dia?" Soal Mama Isabella. Aku ternganga. Aku yang paksa? Sedap mulut sahaja dia tuduh aku. Aku kemudian senyum pada ibu dan mama. Puan Besar menjeling Isabella.

"Kitaorang sama-sama nak baby," jawabku acuh tak acuh.

"Owh, so that's why you nak tengok gambar baby Ryan? Okay, nanti ibu ambilkan," katanya lalu memanggil pembantu dan berbisik sesuatu.

Mata aku terpandang ke arah Mama Isabella. Dia mencuka, jelas tak suka dengan perkara yang sedang berlaku, namun dia tak suarakan dengan lantang. Apabila matanya bertemu mataku, dia sekadar memberi jelingan maut. Cukup untuk buat aku faham yang dia tak suka perkara yang sedang berlaku ketika ini.

***

"Abang Long Steve pun dah sign setuju, based on what rights I nak tak setuju Vlin," ujar Ryan menghela nafas apabila Vlin masuk ke bilik kerjanya untuk berbincang mengenai Yayasan Kebajikan Chia.

Vlin angkat kening.
"You nak sign ke tak nak?" Vlin terus terang melihat Ryan yang berbelah bahagi untuk menurunkan tanda tangan.

"You can say something. You pun ahli lembaga pengarah, you ada share," Vlin ingatkan Ryan.
Ryan bungkam.
Dari dulu hingga kini, dia sekadar ikan bilis sahaja dalam Chia Group. Dia tak mahu terlampau menonjol, takut-takut akan datangkan kemarahan kakak dan abangnya.

Tapi, kalau menyepi sangat dan tak capai KPI tahunan, ianya tak bagus untuk perkembangan kerjayanya juga.

"I don't want to create problems with her," kata Ryan tenang.
"I just want Isabella to live her life and I'll live my life," rengus Ryan.

"Isabella tu, she's just someone who lies a lot," komen Ryan sambil mengeluh.

"I don't think Kak Ngah Natasha will agree and turn blind eyes on this," komen Ryan.
"If my mom was a liar, she's the rebel," keluhnya panjang.

"It's been all calm without her, why she needs to show up and came up with this foundation bullshit. What's her plan?" Ryan bersungut. Memandangkan Vlin kira merangkap ibu mertua dan kakak, dia tak kisah berterus terang. Macam mana sekalipun, Vlin akan sokong dia kerana Yellena bersamanya.

Ryan pun tahu, Yellena satu-satunya kesayangan Vlin, walaupun tak ditunjuk.

Vlin pejam mata beberapa saat.

"Isn't she's your birth mother Ryan?" Soal Vlin.
"Vlin, I really don't have any good memories with her, back when I was a little child, or now..and never," tegas Ryan.

***

Melihat kereta Ryan sudah ada di perkarangan rumah, aku jadi serba tak kena kerana pulang ke rumah lebih lewat daripada waktu kerja Ryan. Aku pandang Mama Isabella yang mengekori aku.

Dari rumah Puan Besar, sampai sekarang di merenung aku.

"Shouldn't you hide the album? You cakap nak buat suprise dekat Ryan kan?" Soalnya melihat aku mengusung album gambar Ryan. Aku tercengang seketika sebelum memasukkan album itu ke dalam beg tangan aku. Di rumah ibu, ada banyak gambar kanak-kanak Ryan, tapi aku cuma bawa balik album yang muat dalam beg tangan aku sahaja.

"Dah sorok," aku tersengih pada Mama Isabella. Dengan muka ketat, dia memaksa senyum terukir di bibir sebelum mengisyaratkan aku untuk buka pintu rumah.

"You know what, how about I'll help you plan Ryan's birthday suprise?" Soalnya. Aku terkedu, memandang Mama yang sedang tersenyum. Apa jawapan aku untuk soalan itu?

"Sure, why not," balasku sebelum menolak pintu rumah. Mama masuk terlebih dahulu sewaktu aku membuka pintu.

Saat aku masuk, Ryan memandang aku dengan senyuman.

"It's been a long day," tegurnya. Aku angguk. Dia mendekati aku dan memeluk aku.
"Miss you a lot," bisiknya. Aku tersengih lalu melihat ke arah tangga. Mama sudah tak kelihatan, barangkali naik dan terus berehat di biliknya.

"Come, teman abang dinner," pintanya. Aku angguk sahaja menurut arahan suami aku.
"Okay," balasku senang hati.

***

Natasha memandang ke arah Vlin tanpa berkelip mata.

"Kenapa Chia Storeline and Department Stores become different entities while Chia Foundation yang tak setup lagi tu boleh bernaung bawah Chia Group?" Soal Natasha tak puas hati. Mukanya merah padam memandang Vlin.

"Well, that's how's your father plans," Vlin tak berselindung sambil menghirup secawan kopi latte. Natasha bangun dari kerusi. Dia tak puas hati.

"Ayah pisahkan the department store dari HQ, give me all the department store shares, that his way to make me seperated from Chia Group," kata Natasha. Dia berpeluk tubuh.

"But not with Chia Foundation! He doesn't separate the foundation from hq," kata Natasha.
"Why is it?" Soal Natasha lagi.

"Well, I suppose he trusted you with the department store," kata Vlin.

"But not managing Chia Group," kata Natasha menambah. Vlin tak membalas. Perkara itu turut bermain di fikirannya. Natasha tiba-tiba ketawa sinis.

"Once a bitch forever a bitch," dia menggeleng dan ketawa sinis. Natasha kemudian meletakkan tangan ke meja memandang Vlin dengan wajah garang.

"Right now, she's playing her trump card to settle down with me and abang long," kata Natasha.
Vlin diam.

"I always know she's play dirty," kata Natasha merengus.

"I tak faham," balas Vlin.

"Isabella," kata Natasha sambil merengus.

"She's always want the attention!" Katanya.
"Right now, she's using Ryan nak tendang aku dengan abang long," rungut Natasha.

Vlin terdiam. Memikirkan bagaimana mudahnya TuanBesar Chia meluluskan rancangan Isabella, dia sedikit menyetujui pandangan Natasha.

"What if you're wrong?" Soal Vlin. Dia tak tahu apa rancangan Isabella. Baginya, Isabella satu watak baharu yang cukup misteri. Dia nampak macam cuba jadi ibu mertua yang baik dari sudut pandang anak saudaranya Yellena.

"I'm never wrong about her," kata Natasha.

"Dia balik sini ada agenda," balas Natasha.

"Isabella tu, 10 cakap dia, 11 tak boleh percaya! She's always have been a liar," katanya lagi.

"But still, your dad and Steve trusted her," komen Vlin.
Natasha merengus marah.

"They didn't trust her, they trusted Ryan Chia. Her son will be her only backup if she fucked up," komen Natasha.

My Traitor Bestie (BM)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang