...sambungan Bab 40

35 7 0
                                    

...

TINA membuka pintu pagar rumahnya dan berjalan menuju ke arah depan pagar rumah Dilan. Sekarang sudah sampai masa dia untuk dia mengganggu Dilan. Tina menekan loceng rumah Dilan sambil memberi salam dari luar pagar tersebut.

"Dilan! Assalamualaikum Dilan! Saya bawa pau kari ayam kukus untuk awak dan kawan serumah awak. Dilan bukalah pintu."

Namun, tidak ada sesiapa yang menyahutnya mahu pun membuka pintu pagar. Tina berhenti menjerit untuk seketika dan sedang berfikir.

"Dilan keluar ke? Alaaa...Tch! Hmph! Tak seronoknya. Tak dapat nak tengok wajah kacak Dilan tu."

Tina berpatah-balik ke rumahnya dengan wajah monyok. Hajatnya untuk melihat dan berbual-bual dengan Dilan tidak kesampaian. Dia memasuki rumah sewanya dengan wajah sedih dan kecewa. Mina yang perasan akannya terus menggelengkan kepala.

"Ni tak lain dan tak bukan, mesti sebab Dilan tak ada di rumah ATAU kena marah dengan si pendek berambut afro tu." Katanya lantang.

"Huh, Dilan tak ada di rumah dia. Mesti dia pergi pasar beli barang. Kenapa dia tak cakap."

"Apa faedahnya dia cakap dekat kau? Dilan tu kalau boleh, nak keluar rumah dengan senyap-senyap agar kau tak tahu dia dekat luar. Itu pun kau tak faham-faham lagi."

"Tak, aku tak faham dan aku tak nak faham. Mina, aku sedang berusaha untuk mendapatkan Dilan dan buatkan Dilan jatuh cinta dengan aku. Kalau aku tak buat semua ini, Dilan tak akan sesekali sedar akan kewujudan aku."

"Haih, kenapa kau nak kalut dan gelojoh lagi. Bukan ke kau cakap dekat kami pagi tadi, yang Ayuri sudah tidak kejar Dilan lagi. Jadi, tak payah gopoh-gopoh. Jadi perempuan ni kena 'relax' dan 'steady', kan Yurina kan?" kata Mina sambil mengerling ke arah Yurina yang sedang menyikat rambutnya. Yurina hanya mengangguk.

"Ya, tapi itu baru seorang pesaing. Yang lain? Dilan lelaki 'hot', sudah tentulah ada banyak peminat, kan Yurina kan."

"Um." Sekali lagi Yurina mengangguk.

Dia sudah malas melayan perbualan di antara Tina dengan Mina yang asyik bercakap tentang Dilan. Macam sudah tidak ada lelaki lain di atas dunia ini.

"Kau okey ke Yurina? Kau nampak macam meluat?" duga Mina seolah-olah dapat membaca riak muka Yurina.

"Memang pun. Tina, kau hanya bercakap tentang Dilan aje. Sejak Dilan masuk kelas kita dan menjadi jiran kita, kau hanya fikir pasal Dilan dan Dilan. Kau tak ada masalah lain ke? Masalah keluarga ke? Masalah rambut gugur ke? Masalah kulit ke untuk kau fikirkan? Yalah, selain kau asyik fikir pasal Dilan." Bidas Yurina dengan nada malas.

"Um, tak! Aku tak ada masalah keluarga, masalah rambut mahu pun masalah kulit. Masalah aku sekarang ini HANYALAH Dilan iaitu bagaimana aku mahu mendapatkan dia dan menjadikan dia milik aku SEORANG!"

"Haih! Yalah, yalah teruskanlah bercakap pasal Dilan. Seronok betul jadi kau ya. Aku nak naik atas dulu dan solat. Korang jangan lupa pula untuk solat Asar."

Yurina mengangkat punggung dan mendaki tangga untuk ke biliknya. Henna mengikut langkah Yurina selepas beberapa minit berlalu kerana turut ingin menunaikan sembahyang Asar.

"Haih, kau tengoklah si Yurina itu, dia pun dah malas layan kau. Hanya aku aje yang setia layan kau. Kau jangan sia-siakan aku tau, kau faham tu."

Tina tersenyum dan terus memeluk leher Mina. "Ya, Mina. Aku tak akan sesekali sia-siakan kau. Walau pun aku baru kenal kau dua bulan, ianya seolah-olah aku dah kenal kau lama. Huhuhu."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now