...sambungan Bab 31

32 8 0
                                    

...

MAZHE berdiri di luar kelas, dia menunggu untuk dipanggil masuk oleh guru yang sedang mengajar. Setelah dipanggil Mazhe memasuki kelas itu dengan wajah tenang. Dia tidak merasai apa-apa perasaan pun ketika itu. Dia tidak gementar dan gundah-gulana. Dia ialah seorang anak Putera Raja di Olienpiece jadi, dia sudah diajar cara untuk bertenang dan mengurangkan perasaan berdebar-debar serta gundah-gulana.

"Okey, boleh kenalkan diri awak dahulu?" pelawa Cikgu Normah. Mazhe mengangguk.

"Nama saya Mazhe...Abdullah." Mazhe memperkenalkan dirinya di hadapan pelajar kelas Tingkatan 5 Sigma itu dengan yakin.

"Peliknya nama." terdapat beberapa bisikkan daripada kelas itu. Mazhe hanya memekakkan telinganya.

"Ah, saya Mimi Nazira. Ketua kelas ni."

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Mimi Nazira mengangkat tangannya dan kemudian membetulkan posisi cermin matanya. Mazhe memandangnya dengan tidak berminat. Namun, sesuatu telah menarik minatnya. Perempuan yang digelar sebagai Mimi Nazira itu memakai gelang pada tangannya. Gelang itu mempunyai batu permata. Dia kenal dengan batu permata itu. Ia batu permata Minda.

Mazhe tahu itu batu permata Minda kerana ia bercahaya di matanya. Batu itu akan bercahaya jika dipandang oleh orang Olean (manusia di Olienpiece) dan memandangkan Mazhe penduduk jati Olienpiece dia dapat mengecam batu itu dengan mudah. Namun, dia hanya akan dapat melihat pancaran batu itu sekiranya batu itu didedahkan di luar. Jika ia disembunyikan maka dia tidak akan dapat mengecamnya.

"Aku dah jumpa batu pertama."

Bisik hatinya. Dia harus selesaikan misinya dengan cepat dan tanpa kegagalan. Setelah diarahkan untuk duduk, Mazhe memilih tempat duduk bersebelahan dengan pelajar lelaki kelasnya.

"Aku Adam Akhbar..." sapa kawan sebelahnya itu.

"Mazhe."

"Ah, aku tahu. Tadi kau kenalkan diri. Jom lepak sama-sama petang ni lepas sekolah."

"Maaf, saya ingin mencari kerja." Pangkah Mazhe cepat tanpa memandang ke arah Adam pun.

"Kerja? Kau baru 17 tahun, tak perlu kerjalah."

"Saya perlu kerja untuk tolong mak saya."

"Ah, mak kau ibu tunggal ke?" Mazhe sekadar mengangguk.

"Um, eh! Aku ada nampak kerja kosong dekat restoren Farid. Kita pergi sana lepas balik sekolah. Kita try, mana tahu dapat."

Mazhe memandang Adam dengan pandangan tajam. Dia tidak tahu kenapa Adam tiba-tiba sahaja ingin menolongnya sedangkan mereka baru sahaja berkenalan.

"Kau mesti pelik kenapa aku tolong kau kan? Pandangan kau telah memberikan aku jawapannya. Apa salahnya tolong orang. Selagi kita mampu tolong, tolonglah..." balas Adam.

Mazhe terus mengalihkan pandangannya ke hadapan papan putih. Adam tergelak kecil. Dia popular di kelasnya sebagai seorang yang suka menolong orang lain. Malahan, dia seorang yang ramah sama seperti Mimi Nazira yang suka bertegur-sapa dengan orang lain.

...

SELEPAS persekolahan tamat, Mazhe terus bersiap untuk mengikuti Adam ke restoren Farid. Setelah sampai, Adam dan Mazhe mendekati kaunter restoren itu untuk bertanya tentang kerja kosong.

"Bang Nau, ada kerja kosong tak bang?" soal Adam kepada lelaki yang menjaga kaunter.

"Kau ke, Dam. Ada, memang tengah cari orang ni. Pelayan tak cukup. Kenapa?" Balas lelaki itu atau Naufal.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now