...sambungan Bab 33

37 7 0
                                    

...

SETELAH empat tahun berlalu, Putera Must menjalani hidupnya di dalam istana Kastelhalia bersama-sama pengawal peribadinya yang setia, Liam. Mereka berdua selalu bersama-sama walau ke mana sahaja mereka pergi. Putera Must telah menjadi begitu bergantung kepada Liam kerana Liam sangatlah boleh diharap dan dipercayai.

Liam sedang menolak makanan tengahari Putera Must dengan menggunakan troli makanan. Ia merupakan rutin harian Liam. Pada setiap hari dia bertanggungjawab menyediakan makanan kepada Putera Must dan juga mengingatkan Putera Must untuk mengambil ubatnya.

Liam sedang melalui koridor menuju rumah rehat Putera Must. Beberapa orang pengawal turut melalui jalan yang sama. Sewaktu melepasi Liam, mereka berhenti dan menuju ke arah Liam. Dua orang pengawal menghalang laluan Liam. Mereka berdua tersenyum sinis ke arah Liam (16).

"Kau nak pergi mana?" soal Pengawal 1, Hari.

Hari merupakan pengawal yang sepatutnya menjaga Putera Must. Namun, Putera Must telah memilih Liam. Hal ini kerana Putera Must tidak berapa sukakan sifat bodoh sombong Hari (25).

Liam menundukkan wajahnya. "Bi-bilik Putera Must."

"Hahahaha!"

Hari dan kawannya, Mao ketawa nakal. Hari merenggut rambut Liam dan menariknya. Kemudian, dia menolak Liam ke lantai.

"Aku tak tahu apa yang Putera Must nampak dalam diri kau. Kau seorang yang lemah dan tak guna! Ada hati untuk menjaga Tulang Belakang Empayar Raidez ini. Aku sangat menghormati Putera Must. Jika sesuatu terjadi ke atas dia sebab kelemahan dan kedunguan kau ini, aku tak akan lepaskan kau!"

Hari menyepak perut Liam dan dia diikuti oleh Mao. Hari sangat mencemburui Liam yang mendapat kepercayaan Putera Must. Dia mula menyimpan hasad dengki terhadap Liam. Kemudian, seorang lelaki berumur pertengahan tahun dan remaja lelaki sebaya Liam melepasi koridor itu pula. Mereka berhenti apabila melihat kejadian itu.

"Apa yang kamu sedang lakukan ini pengawal!?" jerkah seseorang itu atau Jeneral Oreno iaitu orang kuat di dalam Raidez dan Istana Kastelhalia.

Hari dan Mao terdiam seribu bahasa. Mereka menundukkan kepala. Kemudian, Jeneral Oreno melihat ke arah Liam yang sedang tersungkur di atas lantai. Dia mendengus.

"Bangun! Bangun sekarang Liam! Kamu adalah Pengawal Peribadi Putera Must, kamu kena KUAT!" marah Jeneral Oreno.

Liam bingkas bangun dengan sedaya upayanya. Tubuhnya masih terhuyung-hayang sebelum menjumpai keseimbangan badannya.

"Pergi buat kerja kamu pengawal." Arah Jeneral tegas. Hari dan Mao mengangguk laju dan terus berlalu pergi meninggalkan Liam, Jeneral Oreno dan anaknya, Airez di situ.

"Ma-maafkan saya Jeneral." Balas Liam dengan suara yang terketar-ketar.

Jeneral merenung Liam tajam. Dia juga tidak sukakan kehadiran Liam di dalam istana itu. Malahan, apabila Liam telah menjadi pengawal peribadi kepercayaan Putera Must. Entah apalah yang Putera Must lihat pada budak hingusan ini. Budak hingusan itu sangat lemah dan tidak begitu berguna di dalam istana tersebut. Jeneral mendekati Liam dan membisikkan kepada Liam sesuatu.

"Jika kamu selemah ini, kamu tidak layak untuk melindungi Putera Must. Putera Must ialah masa hadapan Raidez, kamu tidak layak berada bersama-samanya. Tidak layak." Bisik Jeneral sebelum berlalu melepasi Liam dan diikuti oleh Airez.

Airez sempat mengerling ke arah Liam dan melihat reaksi Liam yang terpanar dan kemudian berubah menjadi reaksi kecewa. Liam mengetap bibirnya dan menggenggam tangannya dengan erat. Terbit perasaan yang amat kecewa di dalam dirinya. Dia sangat kecewa dengan dirinya sendiri. Dia tahu tentangnya. Dia sangat arif tentang kenyataan itu. Kenyataan yang dia seorang yang LEMAH.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now