... sambungan Bab 27

81 16 3
                                    

...

MEREKA berempat memasuki kereta Bezza milik Cikgu Azrell dan menuju ke tempat yang dicakapkan oleh Zull. Mereka berhenti di sebuah pasar dan memerhatikan pasar itu di dalam kereta. Keadaan sunyi sepi buat seketika di dalam kereta tersebut.

Joe dan Mamat melihat wajah antara satu sama lain. Mereka membuat riak wajah bosan dan tidak berminat. Zull tidak habis-habis dengan senyuman nakalnya. Cikgu Azrell pula melihat pasar itu dengan pandangan kosong.

"Kenapa kamu bawa kami ke tempat ini Zull?" soal Azrell.

"Tu..." balas Zull pendek sambil menunjukkan kelibat seseorang yang berada di dalam kesibukkan pasar terbabit. Mereka semua memandang kelibat itu dengan pandangan terkejut.

"Dia bangun setiap pagi, untuk tolong Nenek dia buat kuih. Bawa kuih pada pagi hari sebelum ke sekolah dan diletakkan di kedai makan berdekatan untuk dijual. Selepas balik sekolah, buat kuih lagi sebab nak jual sendiri pula selepas itu. Dengan cara itu sahajalah dia dapat untung lebih sikit. Tapi, mesti semua tahu, benda yang kita jual tidak semestinya laku dan habis dijual. Kena tanggung kerugian lagi..."

"...Dia pergi sekolah kerana tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan pelajar. Tapi, dalam masa yang sama mengabaikan proses pembelajaran seperti buat kerja sekolah sebab ingin meneruskan hidup sebagai manusia. Jika tidak, siapa yang akan meneruskan kerjanya itu. Balik sebelum maghrib. Waktu itu sudah malam. Elektrik pula tiada..."

"...Kamu rasa dia buat kerja sekolah macam mana? Dengan bantuan cahaya lilin, tapi tak sempat buat habis pun sebab kepenatan buat tiga tugas dalam suatu masa. Tugas sebagai pelajar, cucu, dan peniaga. Kamu rasa dia penat tak? Sudah tentu. Semua orang boleh tahu kepenatan dia..."

"...Tapi, apabila dia ke sekolah pula. Dia selalu dibuli, dicemuh, dimarahi, dituduh dan ada dua orang rakan sekelasnya pula merampas duit yang begitu penat dia cuba dapatkan. Mudah sahaja, gertak dia, pegang tangan dia, raba-raba dan dapat duit untuk membeli sesuatu yang sebenarnya membahayakan diri mereka. Apabila ditangkap, tahu pula takut dan tak ingin ia sampai kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Jika Tuhan gantikan tempat kamu kepada tempatnya, apa yang kamu akan lakukan? Tiba-tiba sahaja Allah Taala tarik segala nikmat yang kamu ada sekarang ini?" jelas Zull panjang lebar.

Joe dan Mamat menundukkan kepala mereka. Timbul perasaan serba salah dalam hati mereka. Cikgu Azrell pula masih ralit melihat Ridhuan dengan susah payah memujuk pelanggan membeli kuih buatannya.

"Saya tidak ingin ubah kamu. Saya tahu betapa susahnya untuk ubah seorang manusia, saya sedar mengenai hakikatnya daripada awal lagi. Tetapi, apa yang saya cuba lakukan ialah saya ingin mengubah pemikiran kamu. Ubah persepsi kamu terhadap kehidupan. Ada manusia yang bernasib baik dalam kehidupannya dan ada yang tidak. Dan yang tidak bernasib baik ini menggunakan segala kudrat yang ada hanya untuk meneruskan hidup..."

"...Janganlah kita yang bernasib baik ini menambahkan beban yang mereka ada. Kamu patut bersyukur kerana Ibu bapa kamu menanggung semua makan minum kamu. Tetapi, bagi budak tak guna itu, budak yang selalu tidak siapkan kerja sekolahnya dan menyusahkan kamu semua itu, harus bekerja sendiri untuk memberi makan kepada dirinya sendiri dan nenek dia di rumah. Dia memikul suatu tanggungjawab yang amat besar di atas bahunya sekarang ini." Sambung Zull lagi. Joe dan Mamat menundukkan kepala mereka dan melihat kasut mereka dengan wajah sedih.

"Kamu berdua merupakan pelajar dan anak yang baik." Ujar Zull.

Joe dan Mamat mengangkat kepala mereka dan melihat Zull tidak percaya. Zull mengukirkan senyuman lebar. Dia faham pandangan mereka itu kepadanya.

"Sesetengah pelajar yang memberontak tidak akan ikut pun arahan saya untuk berjumpa. Namun, kamu memilih untuk mengikutinya. Kamu sebenarnya boleh sahaja mengingkari arahan saya, tetapi kamu tetap berada di sini. Ia sangat mengejutkan. Tidakkah kamu sedar yang sebenarnya sesuatu sedang menyentuh hati kamu sekarang ini? Kamu juga seorang anak yang baik kerana masih mempunyai perasaan takut terhadap ibu bapa kamu jika perbuatan kamu terbongkar. Sebenarnya ia bukan perasaan takut tetapi ia merupakan perasaan HORMAT kamu terhadap kedua-dua ibu bapa kamu tu..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now