...sambungan Bab 32

30 7 0
                                    

...

SELEPAS tiga hari berlalu, Adam sudah berputus-asa untuk mencari Muslim. Jejak Muslim langsung tidak kelihatan. Elena juga seperti langsung tidak mempunyai klu tentang kepergian Muslim secara tiba-tiba itu. Adam menunggu Mazhe di atas jambatan kampung.

Tempat itu agak sunyi pada petang tersebut. Dia sudah menghantar mesej kepada Mazhe tentang hal itu. Sebentar lagi Mazhe mungkin akan sampai. Fikirnya. Adam menongkatkan kepalanya ke atas tangannya yang diletakkan di atas penghadang jambatan.

Dia mengukirkan senyuman kecewa. Kecewa dengan keadaan yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seperti ini. Sahabat baiknya yang telah pergi tanpa menmberitahunya apa-apa telah menggores hatinya itu.

"Kenapa kau buat Mazhe macam ni Mus." Adam bermonolog.

"Kau dah tersedar ke?" soal Mazhe yang baru sahaja mendarat di atas jambatan tersebut.

"Heh, macam mimpi Mazhe. Rasanya baru semalam aku berlawan di sisi dia. Kami selalu menjaga antara satu sama lain. Aku jaga dia dan dia akan jaga aku. Dan dikhianati setelah hampir 6 tahun aku bersahabat baik dengan dia, dikhianati tanpa apa-apa kata-kata terakhir... Ia betul-betul macam mimpi. Aku minta maaf Mazhe. Maaf sebab Muslim telah melarikan diri bersama-sama batu permata Naga Api dan telah menggagalkan misi kau."

"Aku tak nak kau yang minta maaf. Aku nak dia sendiri datang minta maaf dan beri penerangan kepada aku."

"Well, kau pun tahu ia mustahil. Nah..."

Adam terus memberikan batu permata Naga Ais kepada Mazhe. Mazhe meletakkan ke dalam Stabil dan menguncinya rapat agar tidak tercicir.

"Aku gembira dapat berkenalan dengan kau dan berlawan di sisi kau selama hampir setahun kita bersama. Aku akan rindukan kau, aku serius."

"Aku minta maaf pasal apa yang aku cakap pasal Muslim tempoh hari, yang aku ada panggil dia pengecut. Aku tak maksudkannya." Ujar Mazhe dengan wajah muram.

"Ha? Apa yang kau cakapkan ni Mazhe. Ini tak macam kau. Aku tahu kau tak maksudkannya. Aku tahu kau sedang menahan marah masa itu. Kau patut belajar untuk kawalnya, api kemarahan tu. Aku tahu kau seorang Putera Raja, tapi bukankah sangat elok jika kau menjadi Putera Raja yang penyabar dan bertimbang rasa. Kau patut minta maaf dengan Elena, jika kau kembali ke sini lagi selepas ini. Dia betul-betul terperanjat masa kau marah dia tiga hari lepas, sampai ketakutan dia jadinya." pesan Adam panjang lebar.

Mazhe mengangguk faham. Mazhe memandang Adam dengan riak wajah sedih. Dia memang kecewa dengan Muslim. Namun, dia tahu Adam lagi kecewa dan sakit daripadanya. Hubungan mereka berdua memang sangat baik seperti adik-beradik. Mazhe kemudiannya melemparkan Portelis ke bawah lantai jambatan dan cahaya berbentuk pintu gerbang mula kelihatan.

"Selamat tinggal Adam..." kata Mazhe sebelum menghilang dari pandangan mata Adam bersama-sama pintu gerbang atau Porteling itu.

Setelah Mazhe menghilang, Adam terus terduduk dan memandang ke arah langit yang membiru. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar wajahnya dan membuatkan rambutnya berterbangan termasuklah air mata yang telah mengalir keluar.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now