...sambungan Bab 12

113 16 0
                                    

...

Pukul 8.00 Malam, Di Rumah Night Stalkers.

MINA, Yurina, Henna dan Tina berada di atas kerusi sofa rumah mereka. Mereka sedang ralit berbual-bual sambil melihat kaca TV yang sedang menayangkan berita. Yurina duduk mencangkung di atas sofa itu.

"Jadi, kau tak guna apa-apa antiviral untuk ubah kami semua?" soal Yurina dengan nada yang agak nyaring. Tina mengangguk perlahan.

"Haah." jawab Tina pendek sambil matanya masih fokus memandang TV.

"Habis tu macam mana kami boleh sembuh kembali?" celah Mina sambung menggigit bibirnya. Kali ini, Tina menjongketkan bahunya.

"The Blade Musketeers yang Mina cakapkan tempoh hari itu ada muncul tak?" duga Yurina kembali.

Mina pernah menceritakan perihal The Blade Musketeers kepada kawan serumahnya. Tina mengangguk.

"Ada, tapi diorang pun berubah jadi raksasa jugak." Tina memandang wajah Mina dan Yurina bersilih-ganti.

"Jadi, siapa yang selamatkan kita ya." Yurina mengerutkan dahinya. "Ayumi datang ke tempat kejadian tak?"

"Tak, dia tak datang."

"Peliknya. Aku tak puas hatilah selagi tak tahu siapa yang telah selamatkan kita. Jika kita tahu macamana kita diselamatkan sekurang-kurangnya, lepas ni kita boleh bersedia dengan penawarnya."

Mina berkata yakin dan dengan wajah tidak berpuas-hati. Dia menghentakkan tangan ke meja ruang tamu.

"Sabar, sabar. Ingat sikit, meja yang kau ketuk tu milik Tuan Rumah. Kalau rosak, kau nak bayar? Bahaya betul kau ni. Kalau kau ada laki, pastu korang berlaga-angin, aku rasa habis ranap seluruh isi rumah kau sebab kau. Habis semua melayang, pinggan mangkuk, TV, kerusi, meja...Pergh, semualah! Haha!"

Yurina ketawa nakal sambil bertepuk-tangan dengan Tina. Tina turut bersorak kerana bersetuju.

"Ek eleh, sikit aje. Kalau aku bergaduh ngan laki aku, tak adanya aku lempar barang rumah. Mahal tu. Bukan main susah lagi beli barang rumah, nak lempar buat apa. Kalau aku bergaduh dengan laki aku, aku akan masuk bilik, kunci dan suruh dia tidur kat luar. Baru puas hatiku. Hahaha!"

"Seriously, ini ke yang korang lakukan jika ada masa terluang? Korang ni tak ada life tahu tak." sampuk seseorang atau Ayumi yang tiba-tiba sahaja berada di ruang tamu.

Semua mata yang berada di ruang tamu melihatnya. Ayumi menuju ke arah pintu rumah mereka dan membukanya.

"Ayumi, kau nak pergi mana?" duga Yurina risau apabila Ayumi seperti ingin keluar.

"Ambik angin."

"Tunggu! Seorang diri?"

"Kau ada nampak sesiapa ke selain aku yang cuba keluar?"

"Memanglah kau aje. Aku saja tanya sebab nak tahu siapa lagi yang keluar dengan kau. Yalah, mana tahu, ada orang lain tunggu kau dekat luar ke."

"Kau siapa sekarang ni? Kau cuba nak berlagak menjadi penjaga aku ke?"

"Bukan macam tu. Hari dah nak malam ni, kalau kau keluar sorang-sorang, aku risaulah." Yurina cuba untuk memberi senyuman manis kepada Ayumi.

"Boleh tak kau berhenti jadi macam ni. Kau berlagak seperti kau caring sangat pasal aku walaupun sebenarnya tak, kan."

"Kau ni dah kenapa ha? Orang tanya pun salah, tak tanya pun salah. Yurina hanya risaukan kau. Kau patut bersyukur tahu tak ada orang ambil berat pasal kau. Yurina ni dah sehabis baik cuba untuk berbaik-baik dengan orang macam kau dan mengambil berat tentang kau. Kau balik, dia tanya kau dah makan ke belum. Kau nak pergi sekolah, dia sapa kau dulu sambil tawarkan kau sarapan. Kau ni manusia jenis apa ya? Tak tahu nak berterima kasih, eh?" celah Mina garang. Dia geram dengan perangai Ayumi yang agak angkuh itu.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now