SEMENTARA ITU, Raphinarde mengeluh di atas bumbung hospital sambil menggaru perutnya. Kemudian, dia menguap panjang dan memandang ke arah Puteh yang masih lagi terapung di udara kerana kuasa graviti yang dia miliki itu.
"Ah, aku mengantuk." ujar Raph. Setelah itu, dia memandang ke arah langit cerah yang membiru. "Cantik sungguh langit di bumi ni."
Raph terus mengeluarkan Portalis dan melemparkan ia ke bawah. Dia ingin kembali ke Kastelhalia selepas dipanggil oleh Lemon tadi bersama-sama Puteh. Dia akan mencari batu permata itu pada badan Puteh di Kastelhalia nanti. Dia akan menyuruh Orang Kanan (OK) yang membuatnya di istana, senang sikit kerjanya.
"Lepaskan Puteh!" laung Hitam dengan nada tegas sambil memegang bahagian abdomennya atau tempat yang ditumbuk oleh Imraldi.
Wajahnya telah pucat lesu. Dia dalam kesakitan kerana sepakkan dan tumbukan Imiraldi tadi. Apa yang dikatakan oleh Al-Harara tadi benar kerana sekarang dia sedang merasai kesakitan yang tidak dapat dibendung setelah banyak bergerak. Sepatutnya dalam keadaan seperti itu, dia perlu terus mendapatkan rawatan. Tetapi, telah banyak masa yang berlalu semenjak ditumbuk oleh Imiraldi sebentara tadi. Entah apalah yang terjadi pada organ dalamannya itu.
Hitam baru sahaja sampai ke atas bumbung kerana dia perlu menaiki tangga untuk ke atas. Lif hospital pula sudah tidak dapat digunakan. Dia pula sudah tidak dapat menggunakan kuasa larian lajunya lagi kerana sudah tidak mempunyai kuasa tersebut. Kalau dia masih lagi mempunyai kuasa itu pun, belum tentu lagi dia dapat menggunakannya memandangkan bahagian abdomennya sangatlah sakit. Pada mulanya, Raph beriak terkejut, tetapi setelah itu dia tersenyum.
"Kau selamat rupanya. Lelaki itu kalah?" Raph menduga.
"Huf.........uh.....Mungkin." jawab Hitam ringkas dan menahan sakit. "Lepas...lepaskan Put...eh."
Hitam tidak dapat menghabiskan kata-katanya dan terus terjelepok jatuh di atas lantai bumbung. Dia pitam di situ. Raph melihat kejadian itu dengan mata kuyu. Kemudian, dia memeriksa aura batu permata dari badan Hitam. Namun, dia tidak dapat mengesan apa-apa kuasa batu permata. Maknanya, Hitam telah datang ke situ tanpa apa-apa kuasa. Sekarang ini dia adalah manusia biasa yang sedang memakai kostum TBM.
"Kau agak berani sebab datang ke sini dalam keadaan cedera parah dan tanpa apa-apa kuasa. Selamat tinggal." ujar Raph dan terus menghalakan jari telunjuknya ke arah Hitam kerana ingin membunuh Hitam.
Namun, suatu cahaya yang terang telah menghalang serangan Raph dan ia hancur dengan mudah. Raph terkejut besar apabila melihat kejadian itu. Siapa yang mampu menghapuskan kuasanya? Tiada sesiapa pun yang pernah berjaya menghancurkan 'Tembakan Cahaya Laser' ciptaan Tuan Gurunya, Agness pada sebelum ini. Kemudian, dia dapat melihat sosok tubuh badan seseorang sedang merangkul tubuh badan Puteh dan sosok itu telah menapak di sebelah jasad Hitam yang telah tersungkur.
"Mungkin kamu patut balik sekarang, Raph." Arah lelaki itu atau Liam dengan tegas. Dia merangkul badan Hitam, lalu menghilangkan diri bersama-sama Hitam dan Puteh.
Raph mengangakan mulutnya dengan luas dan seakan-akan tidak percaya bahawa dia telah melihat bekas Jeneral Agness, Tuan Gurunya. Bekas Jeneral Agness telah lama menghilangkan diri iaitu sudah hampir 10 tahun yang lalu. Dia telah menjadi anak buah bekas Jeneral Agness sejak dia remaja lagi. Dia berjaya menjadi OK dan anak murid bekas Jeneral Agness sewaktu pemilihan OK dijalankan di Kastelhalia belasan tahun yang lepas.
Dia belajar menjadi kuat kerana bekas Jeneral Agness. Dia mengagumi lelaki itu. Dia menyeganinya. Tetapi, kenapa? Kenapa Bekas Jeneral Agness menyelamatkan Naga Ais dan Naga Api? Semua persoalan itu tidak berpenghujung dan tidak terjawab. Akhirnya, Komander Raph balik ke Istana Kastelhalia dengan tangan kosong dan hati yang berkecamuk. Dia juga keliru dengan kejadian tadi.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...