Bab 17: Katakot

113 15 0
                                    

Keesokkannya, Di Rumah TBM, Pukul 8.00 Pagi.

DILAN duduk di atas sofa dan melihat skrin TV kosong. Cerita yang sedang dimainkan dalam saluran TV tidak diamatinya. Dia berasa sunyi pula secara tiba-tiba. Perasaan takutnya tiba-tiba muncul. Jantung Dilan mula berdebar-debar. Dia tidak sukakan kesunyian melampau. Dia risau dia terdengar suara yang tidak sepatutnya. Dia juga tidak ingin mengulangi kejadian silam yang gelap pada 6 tahun yang lalu. Waktu itu dia berumur 15 tahun dan bakal menduduki PMR.

Dilan membuat keputusan untuk keluar dan mengambil angin. Dia tidak ingin melayan perasaan gundah-gulana dan kerisauannya itu. Dia mula mendaki tangga dan bersiap-siap untuk ke luar. Esok selepas Zull pulang ke rumah, barulah dia akan membeli barang-barang basah. Dia tidak ingin ke pasar seorang diri.

Dilan mengenakan baju-T berwarna putih dan lengannya pula berwarna biru. Seluarnya pula, dia hanya memakai seluar denim berwarna coklat. Seluar denim berwarna coklat merupakan seluar kegemarannya. Dia sudah banyak menyimpan koleksi seluar seperti itu di dalam almari bujangnya itu. Usai bersiap, dia mula bergerak ke pintu hadapan.

Sewaktu membuka pintu hadapan, loceng rumahnya berbunyi menandakan seseorang berkunjung ke rumah. Dilan membuka pintu dan mengukirkan senyuman menawan. Dia berlari anak untuk membuka pintu pagar.

"Khai, masuklah." ajak Dilan lembut. Dia gembira Khai datang berkunjung ke rumahnya.

"Terima kasih Dilan. Nah."

Khai memberikan kepada Dilan sebuah beg kertas berisi kek ais krim coklat oreo.

"Apa ni?"

"Kek Ais Krim Coklat Oreo. Saya belikan khas untuk Zull dan awak. Boleh saya masuk?" tanya Khai tersengih-sengih sambil menggerakkan tangannya lembut. Dilan mengangguk perlahan. Khai memasuki rumah dan diikuti oleh Roy Azrai.

"Um, bau apa ni. Bau rumah, saya tak suka. Roy, mana sprayer lavender? Tolong semburkan rumah ni."

"Kejap Tuan Muda, saya kena ambil di dalam kereta." balas Roy dan berlari anak ke kereta Khai yang diparkirkan di luar pagar rumah Dilan.

Dilan melihat Khai tidak terkata. Dia terkedu dengan tindakkan Khai yang agak berterus-terang. Namun, dia akur dengannya.

"Dilan, awak okey ke? Kalau tak sihat bagitahu saya, saya akan sembuhkan awak, tapi kalau demam saya tak dapat nak tolong. Saya hanya boleh sembuhkan luka aje. Tapi, saya akan pastikan awak masuk Bilik VIP Hospital. Awak bagitahu saya aje ya."

"Eh, tak adalah saya okey je. Dah makan?" duga Dilan ingin tahu. Dia mempersilakan Khai untuk duduk di atas sofa dan Khai menurut sahaja.

"Dah. Um, mana Zull?"

"Zull ke rumah kawan dia, esok petang baru dia balik."

"La ya ke. Jadi, awak duduk sorang-sorang. Tak apa ke? Awak tak takut?"

"Tak apa sebab duduk dalam kawasan kejiranan. Jadi, tak adalah takut sangat. Tapi, kalau rumah saya sebijik duduk sini, mungkin akan muncul jugak rasa takut tu."

Dilan turut melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bujang memandangkan Khai sedang duduk di atas kerusi sofa kembar tiga. Kemudian, Roy muncul sambil membawa penyembur wangian. Dia menuju ke arah Khai dan memberikan penyembur tersebut. Khai menyambutnya dengan gembira.

"Ah, Dilan lupa nak tanya, tak apa ke kalau saya sembur dengan pewangi penyegar ni. Saya, saya selalu sembur ke tempat-tempat yang saya lawati. Ia akan menenangkan kita, kan Roy kan." kata Khai lembut. Roy mengangguk laju kerana mengeyakan kata-kata Tuan Muda Khai.

"Eh, tak apa. Silakan."

Khai bersorak gembira dan mula menyembur kawasan dalam rumah Dilan sambil berpusing-pusing. Dilan memandang Khai tidak bereaksi kerana masih lagi tidak terbiasa dengan perangai Khai yang agak feminin.

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi sekali lagi. Dilan mengangkat punggung dan menuju ke pintu utama yang masih terbuka luas. Dia mengerutkan dahi dan mengetapkan mulut apabila melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya.

"Um, macamana ni. Nak tutup pintu tapi pintu dah terbuka luas, aku pun dah terpacak depan ni. Mestilah Tina dah nampak aku, kan..."

Dilan bermonolog dalaman. Dia terpaksa menuju ke arah pintu pagar sekali lagi. Pintu pagar itu tidak berkunci, namun tertutup rapat memandangkan Roy Azrai menutupnya tadi.

"Tina, kenapa?" soal Dilan lembut.

"Dilan, saya dan kawan saya yang lain nak ke pasar malam petang ni, lepas Asar. Nak ikut?" tanya Tina tersengih-sengih dan memandang Dilan dengan penuh harapan. Dilan menggigit bibirnya kerana sedang berfikir.

"Saya nak ikut!" teriak Khai mencelah perbualan Dilan dan Tina.

"Khai, awak buat apa dekat sini?" duga Tina.

Yurina, Henna dan Ayumi berada tidak jauh daripada Tina dan Dilan. Mereka baru sahaja pulang dari stesen bas kerana menghantarkan Mina ke sana. Ayumi mengikut sekali kerana Yurina mengajaknya. Malahan, dia merasakan ia masa terbaik untuk dia mengenali rakan sepasukannya yang lain seperti apa yang dikatakan oleh Yurina semalam.

"Um, saya lawat Dilan, kan Dilan kan." jawab Khai teruja melihat wajah Tina pada pagi hari itu. Dilan mengangguk ringan. Tina mula membuat reaksi tidak suka.

"Haha, ya ke. Wah, bagusnya. Jadi...um, awak jadi pergi kan Dilan sebab Khai ikut sekali. Bye." Tina melangkah pergi menuju ke pagar rumahnya dan memasuki rumahnya itu.

"Ha, Dilan. Tengok Tina ucapkan bye pada saya. Yes, yes!"

"Seriously, dia hanya ucapkan bye, bukannya apa-apa pun. Saya pun boleh ucapkan bye kepada sesiapa, ia sangat mudah dan tidak menyusahkan pun. Lebih baik kau jaga hati kau sekarang sebelum terluka. Yalah, dia terang-terang tidak sukakan kau dan tidak memberikan kau apa-apa harapan. Dengan cara tu kau tidak akan mempunyai luka besar. Tak macam orang tu, berikan seseorang harapan dan menghancurkannya dengan amat mudah sekali selepas seseorang itu menunggunya bertahun-tahun." sampuk Ayumi sambil menyelitkan kata-kata untuk menyindir Dilan.

Ayumi menjeling Dilan tajam dan mengikut langkah Tina untuk masuk ke rumahnya. Dilan menunduk ke bawah dan menelan air liur. Dia tersentap. Ayumi masih menyimpan perasaan marah terhadapnya.

"Hahaha, um. Jumpa petang nanti ya. Assalamualaikum." Yurina tersenyum ringan dan masuk ke rumah sewanya kembali.

"Mana Zull?" duga Henna apabila tidak melihat Zull bersama-sama Dilan.

"Ah, dia ke rumah kawan. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa."

Henna membetulkan posisi kaca matanya dan berjalan menunduk untuk masuk ke dalam halaman rumah. Namun, dia berhenti apabila terlanggar pagar rumahnya sendiri.

"Awak tak apa-apa?" duga Dilan risau dan sedikit cuak.

Henna menggelengkan kepala dan berlari anak untuk masuk ke dalam. Khai dan Dilan melihat Henna menghilang dan memandang antara satu sama lain.

"Mesti menyakitkan. Um, jom masuk ke dalam."

Khai berjalan masuk ke dalam rumah dengan pergerakkan lemah-lembutnya. Roy setia mengikut dari belakang. Dilan turut masuk ke dalam. Dia sudah tidak jadi untuk keluar memandangkan dia didatangi tetamu. Dilan masuk ke rumah dan menuju ke arah dapur. Dia ingin membuat air serta mengambil makanan ringan kerana ingin menjamunya kepada Khai dan Roy.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now