... sambungan Bab 24

90 16 3
                                    

...

SELEPAS ITU, kelas berjalan seperti biasa apabila Zull sudah tidak bertanya soalan kepada Miss Broome. Mereka ralit menyalin isi penting pembelajaran hari itu ke dalam buku nota kecil. Tepat pukul 11.00 pagi, loceng rehat dibunyikan. Khai terus bangun dan menuju ke arah Tina.

"Tina, jom kita makan sama-sama." ajak Khai dengan senyuman manis.

Dia sudah datang ke sekolah seperti biasa setelah demamnya kebah kelmarin. Tina melihat ke arah Khai dan menggelengkan kepalanya.

"Er, saya nak makan dengan kawan-kawan saya." jawab Tina cepat dan terus berdiri lalu menarik lengan Mina. Mina menjeling Tina tajam.

"Kalau macam tu, saya makan sekali dengan kawan-kawan awak. Ak, awak semua tak kisah kan saya makan semeja?" soal Khai dan melihat ke arah Yurina, Henna dan Mina.

"Tak! Kami tak kisah." jawab Yurina, Henna dan Mina serentak.

"Tak, tak...Mereka tak suka makan semeja dengan lelaki. Korang, jom!" ajak Tina dan terus berlalu pergi melepasi Khai sambil menarik lengan Mina. Yurina dan Henna melihat Mina dan Tina meninggalkan mereka dengan terkebil-kebil.

"Tunggulah saya..."

Khai melaung dengan lembut dan gembira sambil cuba mengejar Tina dan Mina dari belakang. Roy setia mengikutinya. Namun, belum sempat Khai melangkah, Zull menarik telinga Khai.

"Kau makan ajelah dengan kami. Tak payah nak menggatal makan semeja dengan diorang. Apa kau ni, orang dah tak suka buat apa kau kejar lagi. Kau tengok aku ni, rileks. Tak perlu fikir pasal cinta, buat sakit otak aje. Dah, jom! Dilan jom! Mior, Nik jom makan sekali. Ha, Dee ajak Pudina sekali." ajak Zull sambil menarik cuping telinga Khai.

"Sakit, sakit, sakit...Roy...."

Khai merengek sambil memegang telinganya yang ditarik oleh Zull. Roy memegang tangan Zull kuat kerana ingin Zull melepaskan genggamannya. Zull akur.

"Makan dengan kita orang. Kalau tak, siap KAU!" gumam Zull kerana sakit hati.

Khai menelan air liur dan mengangguk. Zull terus berjalan keluar dari kelas kerana ingin ke kafe. Mior dan Nik turut mengikut Zull. Manakala Dilan berpaling ke belakang dan melihat ke arah Niel yang sedang membaca sebuah buku. Dilan membuat keputusan untuk menuju ke arah Niel. Setelah sampai di tempat duduk Niel, Dilan mula bersuara.

"Jomlah makan sekali. Ah, sebelum itu, saya Dilan." sapa Dilan lembut.

Niel tidak menghiraukan Dilan. Dia tidak mahu berkenalan dengan kenalan Zull memandangkan dia bencikan Zull. Dia beranggapan Dilan mungkin turut berperangai seperti Zull.

"Semalam pun saya tak nampak awak di kafe. Kalau awak nak saya tunjukkan di mana kafe tu berada, saya boleh tunjukkan. Awak tak lapar ke?" soal Dilan lagi.

Dia telah memujuk dirinya untuk bertegur-sapa dengan Niel memandangkan Niel mengingatkan dia kepada dirinya yang dahulu. Seorang yang terlampau pendiam dan suka memendam perasaan. Dilan mengetapkan bibirnya.

"Saya minta maaf sebab menganggu. Kalau Zull ada sakitkan hati awak, saya harap awak maafkan dia ya. Saya minta maaf bagi pihak dia. Dia layan semua orang macam tu. Pada mulanya, awak mungkin akan rasa sakit hati. Tapi lama-lama, perasaan sakit hati itu akan hilang. Lagi-lagi apabila awak dah kenal dia macam mana. Um, okeylah kalau macam tu. Saya pergi dulu." sambung Dilan lagi dan melangkah pergi ke arah kafe sekolah.

Niel melihat kelibat Dilan hilang dari pandangan matanya. Setelah itu, dia mengeluh berat dan menghentakkan buku di atas meja kuat kerana geram. Dia tidak faham kenapa dua orang sahabat itu suka menganggu hidupnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now