...
Di Rumah Sewa Dilan dan Zull, pukul 3.00 petang.
DILAN menyusun pinggan mangkuk di atas meja makan yang berada di dapur. Dia baru sahaja selesai memasak makanan tengahari. Kemudian, Joshua tercengek-cengek menuju ke dapur memandangkan Dilan sudah selesai memasak. Sebentar tadi dia sedang menonton televisyen di luar.
"Dilan, dah masak ke?" soal Joshua dengan selamba dan langsung tidak tahu malu.
"Um, dah. Jom makan sama-sama."
Dia menarik kerusi dan duduk. Joshua turut membuat perkara yang sama. Mereka berdua menadah tangan kerana membaca doa makan sebelum menjamah makanan yang terhidang di atas meja makan tersebut. Joshua menyuapkan nasi bersama-sama kuah tomyam dan mengunyahnya dengan perlahan.
"Ummmm! Sedapnya Dilan. Kau ni bukan setakat kacak, tapi pandai masak. Saka apa yang kau pelihara ni ha?"
"Ish, apa kau ni Josh. Mana ada sakalah. Aku belajar memasak dengan arwah mak aku sejak aku kecil lagi. Aku memang suka tolong dia masak. Jadi, aku tahulah juga tradisi turun-temurun orang dulu-dulu untuk sedapkan masakan. Terima kasih ya." kata Dilan dengan senyuman gembira. Dia gembira Joshua menyukai makanan yang dimasak olehnya sendiri.
"Um, Dilan." panggil Joshua. Dilan terus memandang ke arah Joshua secara automatik.
"Ya."
"Macamana kau boleh masuk sekolah tu? Bukan kau dah masuk 21 tahun ke?"
"Ah, sekolah tu sekolah terbuka. Konsepnya sama seperti Open University Malaysia. Sesiapa sahaja yang berumur 13-25 tahun dapat masuk ke sekolah tu. Maksudnya sesiapa yang berminat untuk mengulang PMR atau SPM, bolehlah ke situ. Aku ada dengar juga desas-desus mengatakan sekolah itu akan dijadikan Institut Pengajian Terbuka. Dan mungkin akan buka Kelas Tingkatan 6 pula. Rasanyalah kut. Aku dengar dari Khai."
"Khai?"
"Khai tu anak kepada Bangsawan yang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Mazhe Bin Abdullah dan Khai juga adalah Kelabu, ahli kumpulan TBM yang ketiga."
Mendengar sahaja nama TS Mazhe Abdullah, Joshua terus tersedak makanan yang sedang dihadamnya ketika itu.
"UHUK!"
Joshua memukul dadanya perlahan dan terus meneguk air minuman yang berada di sebelah pinggan. Dilan membuat wajah cuak.
"Kau okey ke tak ni? Maaflah kalau aku tersalah cakap apa-apa. Aduhai, mungkin ini sebab orang-orang tua marah kita bercakap di depan rezeki. Joshua kita sambung perbincangan kita lepas nilah." cadang Dilan. Joshua mengangguk-angguk dan tersenyum sendiri selepas itu.
"Anak kepada lelaki tu ya. Aku tak akan lupa hari yang paling memalukan bagi aku sebulan yang lepas. Dan semuanya sebab lelaki yang tidak pandai pegang kata-katanya itu." getus hati Joshua geram.
Selepas lima belas minit menjamu selera, mereka akhirnya telah selesai dan sedang mencuci pinggan masing-masing. Joshua terus ke ruang tamu apabila dia siap mencuci pinggan mangkuknya. Dia menekan punat 'power' pada alat kawalan TV dan TV terus bersiaran. Joshua melihat TV itu kosong. Tidak lama selepas itu, Dilan turut ke ruang tamu sambil memegang novel The Shining.
"Ha, Dilan! Kalau aku nak daftar masuk ke sekolah kau boleh tak? Bosanlah duduk di rumah. Sudahlah aku kelaparan selagi kau tak balik. Kalau aku turut bersekolah, sekurang-kurangnya aku tak akan kebosanan dan kebuluran." kata Joshua sejurus selepas melihat kelibat Dilan sedang melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu.
"Kau tak akan kebuluran dalam tempoh masa 6 jamlah. Aku okey aje. Sekurang-kurangnya aku ada teman untuk balik sekolah. Yalah, sejak akhir-akhir ni Zull selalu balik lambat."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...