...
Sebelum kejadian itu berlaku, di Bilik Pengawas Sekolah, pukul 3.05 petang.
ZULL menilik fail Ridhuan, Joe dan Mamat dengan teliti. Dia mencari mencari nombor telefon Joe dan Mamat kerana ingin menghantar mesej kepada mereka berdua. Zull menarik nafas dalam dan mengambil telefonnya untuk menghantar mesej kepada Joe setelah dia menjumpainya.
"Assalamualaikum Joe, ajak Mamat sekali, kita jumpa di bawah jambatan Bandar Bukit Berapi pukul 4 petang nanti. Kalau tak datang aku laporkan kepada Cikgu Azrell. Hahahahaha! -Zull, lelaki paling kacak."
Zull menekan kotak 'hantar' di skrin telefonnya dan tersenyum nakal. Dia telah menghantar mesej kepada Joe memandangkan dia tidak menemui nombor telefon Mamat dalam fail terbabit. Kemudian, dia ketawa jahat.
"Hwahahahahaa! Padan muka, padan muka, padan muka! Kau suka buli orang sangat, kan. Hari ini biar aku buli korang balik. Hahahaha! Dey, siapa suruh main-main dengan Zull. Huhuhuhuhuhuhu...Eh!?"
Zull mengerutkan dahinya apabila dia dapat melihat kelibat Puteh sedang terbang dan melepasi tingkap bilik itu.
"Dee...?"
Zull terus melihat telefonnya dan membuka aplikasi mesej. Dia ingin melihat jika Dilan telah memberinya apa-apa mesej mengenai musuh tanpa dia sedari. Namun, dia tidak mendapat suatu mesej pun daripada Dilan. Zull mendecis. Dia menggapai begnya dan mengeluarkan baju Hitam.
"Dee, siap kau! Berapa juta kali aku nak cakap kalau ada musuh menyerang, mesej aku sekali. Yang kau degil sangat ni kenapa. Susah ke nak hantar mesej!? Kau tekan-tekan keypad pastu tekan hantar. Kalau malas, telefonlah. Itu pun aku kena cakap ke? Kalau sesuatu jadi dekat kau, apa aku nak cakap pada keluarga kau. Malaun-malaun tu pun mesti ikut sekali, kan. Ish, kalau aku membebel panjang nanti kan marah pula. Tak faham aku! Ajaran siapa kau ikut ini, Dee! Lima lebih baik dari empat! Matematik tahu tak, basic, basic!" bebel Zull sambil menyarungkan baju Hitam pada badannya.
Usai memakai baju Hitam, Zull terus berlari laju untuk mencari Puteh. Dia melihat telefonnya kerana ingin menjejaki Puteh. Pada sebelum ini, Zull telah meletakkan alat pengesan di dalam telefon dan baju rasmi Puteh kerana ingin menjejaki Puteh jika Puteh menjalankan misi memerangi musuh.
Zull telah meletakkan alat pengesan sebelum pertempurannya dengan Senrose. Oleh sebab itulah, dia dapat menjejaki Puteh di Hutan Simpan itu pada sebelum ini. Zull terpaksa melakukannya kerana Puteh langsung tidak pernah menghubungi atau memberitahunya apabila pihak musuh telah muncul. Ia juga sebagai langkah berjaga-jaga jika Puteh diculik oleh pihak musuh kerana menginginkan kuasanya itu.
Setelah sampai di tingkat dua di Bangunan C atau Bangunan Tingkatan 3 tersebut, Hitam cuba untuk berjalan menuju ke arah tandas perempuan terbabit. Namun, Wafa yang kebetulan melihat Hitam itu menghalangnya.
"Tunggu!" jerit Wafa. Hitam berpaling dengan cepat.
"Apa!? Orang tengah sibuk ni. Lagi satu, kau buat apalah di sekolah petang-petang macam ni? Baliklah." balas Hitam.
"Er...hehehe! Um, awak pun salah seorang daripada mereka ke?"
"Ha, yalah sebab itu aku pakai baju kura-kura macam ni. Kenapa? Kau ada benda nak beritahu aku, kan. Cakaplah."
"Sebenarnya, tadi mereka suruh jangan buka mata semasa memasuki tandas itu. Diorang ada cakap pasal sumpahan ke apa...macam itulah. Jadi, lebih baik awak..."
"Huh! Aduh, Puteh ni...Terima kasihlah."
Hitam menuju ke arah tandas tersebut. Sebelum memasukinya Hitam menutup matanya terlebih dahulu. Selepas memasukinya, Hitam dapat mendengar bunyi sesuatu dihentakkan ke dinding. Tanpa melengahkan masa, Hitam mengambil busurnya dan tiga anak panah.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...