...
SETELAH sampai di Balai Polis Taman Melawi, Ainul terus membuat laporan di kaunter. Seorang lelaki yang memakai seragam baju polis duduk berhadapan Puan Ainul yang selamba sahaja duduk di kerusi di hadapan kaunter itu.
"Ya, Puan. Boleh saya bantu?" soal Zaki, polis lelaki terbabit.
"Lelaki ini telah curi telefon anak saya." katanya.
"Mana ada Tuan. Dia dah dapat dah telefon itu. Saya tak sedar ia ada dalam troli yang saya sedang tolak. Tuan boleh periksa CCTV pasar pagi tu. Saya tak menipu Tuan." celah Joshua dan menjeling Ainul tajam. Ainul turut membuat perkara yang sama.
"Okey, jangan bergaduh di balai ni. Saya akan ambil penerangan daripada awak berdua dan selepas itu barulah kami akan menjalankan siasatannya. Sekarang ini, saya ingin Puan beri saya IC dan nombor telefon." pinta Zaki dengan nada malas.
Malas pula dia ingin menangani kes senang begini. Lagipun, dia tidak rasakan Joshua merupakan seorang pencuri. Namun, itu hanya andaian pertamanya sahaja dan berdasarkan penampilan luaran Joshua.
Ainul menceritakan kejadian itu daripada A ke Z. Joshua dan Dilan pula diminta untuk duduk di kerusi menunggu. Kemudian, telefon Dilan berdering. Dilan terus mengangkatnya apabila tertera nama 'KHAIRUL HARRIS' pada skrin itu.
"Waalaikumussalam Khai." Sapa Dilan terlebih dahulu.
"Dilan, kenapa Zull tak angkat telefon? Saya nak tanya dia pukul berapa dia nak datang ke rumah saya. Semalam dia dah janji akan datang sini. Saya tak dapat hubungi dia." rengek Khai lembut dan manja.
"Ah, di-dia dah keluar rumah pagi tadi. Pagi hari lagi dia dah keluar. Saya tanya, dia tak jawab pulak. Zull memang tak pernah lekat di rumah. Awak ada nak pesan kepada dia apa-apa ke? Kalau saya dah sampai rumah dan dia dah balik saya akan bagitahu."
"Suruhlah dia datang rumah saya, saya sunyi. Saya nak ke sana tak boleh sebab ada orang penting balik ke rumah saya. Hehe. Awak di mana Dilan? Jomlah lepak di rumah saya."
"Ah, saya di balai polis sekarang ini." jawab Dilan ringkas.
Mendengar perkataan balai polis telah membuatkan Khai berdiri dari duduk. Sebentar tadi dia bercakap dengan Dilan di taman Grinniel di rumahnya sambil memeluk patung unikorn berwarna merah jambu.
"Balai polis!? Siapa yang mati?"
"Ha? Tak ada, tak ada orang mati pun. Sejak bila balai polis tempat orang mati."
"Ah, ya tak ya juga. Jadi, kenapa awak di balai polis?"
"Joshua kena tuduh mencuri, tetapi dia tak buat pun."
"Apa!? OMG~OMG! Awak di balai polis mana? Saya nak ke sana. Saya akan pastikan Joshua tidak bersalah."
Khai meletakkan tangan di mulutnya dan melompat-lompat dengan lembut. Riak wajahnya bertukar menjadi risau.
"Di Balai Polis Taman Melawi. Tak apalah Khai, awak tak perlu susah-susah. Kami boleh selesaikannya."
"Apa maksud awak ni? Maksudnya saya tak berguna ke? Bukankah kita kawan." Khai mula beriak sedih dan matanya mula berkaca.
"Tak, tak Khai bukan macam itu. Saya tak ingin menyusahkan awak sebenarnya. Dah banyak dah kami menyusahkan awak. Jadi..."
"Oh, awak tak perlu risau. Saya tak kisah pun. Saya akan BELI balai polis tu."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...