TEPAT pukul tiga pagi, jam berdetak di dalam bilik mewah itu. Kening seorang jejaka yang tampan berkerut seribu. Dia sedang didatangi oleh mimpi yang ngeri. Sebenarnya, sudah lama dia tidak mengalami mimpi seperti itu. Kali terakhir dia bermimpi ialah sebelum dia menjejakkan kaki di Bandar Bukit Berapi.
Di dalam mimpi itu, dia dapat melihat seseorang berdiri di hadapannya dan orang itu memakai kostum Hitam. Kostum Hitam itu telah diubahsuai sedikit dan ia kelihatan lebih moden dan canggih. Namun, saat orang itu berpaling ke arahnya, bukan wajah Zull yang dia nampak, sebaliknya Amir. Kemudian, dia dapat mendengar seseorang memanggil orang lain. Orang itu ialah Hash.
"Tuan Putera." Panggil Hash. Dilan kepelikan.
"Tuan putera?" fikirnya. Kemudian, suara seseorang yang digelar sebagai Tuan Putera itu menjawab.
"Ketua Hash, kita perlu perlu ikut Rancangan B. Puteh, gunakan kuasa awak saat saya memberikan isyarat." Ujar Tuan Putera itu kepadanya. Tuan Putera itu sedang membelakanginya, jadi dia tidak dapat melihat wajah Tuan Putera tersebut.
"Tuan Putera?" panggil Dilan kerana dia mahu melihat wajah Tuan Putera tersebut.
Saat Tuan Putera itu berpaling ke arahnya, Dilan melihat wajah Tuan Putera tersebut dengan perasaan yang asing. Belum sempat dia menuturkan apa-apa perkataan lagi, dia tersedar. Dilan telah tersedar dari tidurnya yang lama itu. Dia dan Zull telah pitam semenjak Liam membawanya ke rumah Khai.
Buka sahaja matanya, dia dapat melihat dia sedang tidur dan baring di dalam sebuah bilik yang mewah dan luas. Kemudian, Dilan duduk di atas katil sambil memegang kepalanya. Kemudian, dia dapat mendengar seseorang mengguman sesuatu di sebelahnya.
"Le...Le...Leman.....Kau tak guna Leman!" gumaman orang yang tidur di sebelahnya itu bertukar menjadi jeritan pula sehingga menyebabkan Dilan mengalihkan pandangan ke sebelah.
Dia dapat melihat Zull sedang tidur di sebelahnya. Dilan sedikit kaget dan kemudian menggerakkan badan Zull. Zull mungkin sedang bermimpi buruk sepertinya. Selepas memanggil nama dan menggerakkan tubuh badan Zull banyak kali, barulah Zull membuka matanya. Namun, saat sepasang mata itu dibuka, pipinya pula yang ditampar.
"Aaah!" Dilan mengaduh sambil memegang pipinya. Zull bingkas bangun dari baringnya dan menghadap Dilan.
"Dee! So-sorry! Aku tak sengaja." Ujar Zull dengan wajah serba salah dan keliru.
Keliru kerana tertanya-tanya kenapa Dilan berada di biliknya dan kenapa dia berada di bilik yang serba mewah itu. Ia jelas sekali bukan biliknya kerana biliknya gelap, tetapi bilik ini sedikit cerah. Malah, katilnya pula sangat empuk. Dilan menggelengkan kepalanya tanda 'tidak mengapa'.
"Kita di mana ni, Dee?" soalnya masih keliru dan sedikit mamai.
"Aku pun tak pasti Zull. Er, bukankah itu Khai?" duganya sambil menunjukkan seseorang yang sedang tidur di atas sofa-bed di hadapan mereka.
Orang itu memakai baju tidur berwarna merah jambu sambil memeluk bantal peluknya yang turut berwarna merah jambu. Bilik itu tidak gelap sepenuhnya dan separa malap. Jadi, mereka masih dapat melihat kelibat manusia.
"Kalau semuanya warna merah jambu, memang dialah Dee. Tak tengok muka pun tak apa, memang sahlah dia. Ah, mata aku!"
"Kenapa dengan mata kau? Sakit ke?"
"Um, sakit sebab semuanya warna merah jambu. Sakit hati dan sakit mata sekali. Hehehe."
Zull turun dari katil dan dapat melihat lengan bajunya labuh sehingga melepasi tangannya. Sebenarnya, baju serta seluar itu agak besar baginya dan ia semua berwarna 'pink'. Kemudian, Zull menarik getah seluar tidur berwarna merah jambu itu dan mengintai ke bawah. Nasib baik boxer panjangnya masih berwarna hitam. Kalau ia turut berwarna merah jambu, maka dia memang akan panggang Khai hidup-hidup di situ juga.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...