...
AYUMI telah berhenti berjalan di pertengahan jalan semasa menuju ke tempat parkir kereta. Khai juga turut berhenti.
"Ayumi?"
"Apa kurangnya saya Khai?"
"Er...Roy, awak boleh ke kereta dahulu. Nanti kami berdua ke sana."
"Baik Tuan Muda."
"Jo-jom kita duduk di atas bangku tu dulu." ajak Khai dengan lemah lembut.
Ayumi hanya mengikut dan duduk di bangku seperti yang disuruh oleh Khai. Khai turut duduk di sebelahnya.
"Apa kurangnya saya? Saya ada rupa, saya pandai dan saya juga seorang genius. Ayah saya ada makmal sendiri dan disegani di Malaysia. Saya boleh bekerja di makmal ayah saya dan bagi duit kepada Ayuri. Kenapa dia tolak saya!?"
"Ayumi, awak perempuan. Haram perempuan dan perempuan berkahwin."
"Jadi, kenapa saya ada perasaan macam ini terhadap dia?"
"Sebab Allah pilih awak untuk diuji. Ini menunjukkan awak kuat dan Allah sayangkan awak Ayumi. Sa-saya tahu betapa sakitnya apabila orang yang kita sayang menolak cinta suci kita. Orang lain mungkin menganggap sebab saya jatuh cinta dengan Tina begitu tidak masuk akal, tapi apakan daya saya, saya sudah terjatuh cinta dengan orang yang tak akan sesekali pandang saya. Saya tahu kekurangan saya banyak."
"Saya lembut macam perempuan, saya tak pandai berdikari, saya manja dan mudah menangis. Saya tahu tentang semuanya. Tapi, saya juga ada perasaan untuk jatuh cinta. Saya tahu Tina tak akan sesekali pandang saya kerana dalam mata dia hanya ada Dilan. Saya cemburukan Dilan tetapi saya tiada hak untuk marahkan Dilan. Dia tak bersalah. Saya tahu dia telah cuba sedaya upaya untuk tidak melayan Tina. Dan kelakuan dia itu telah membuatkan saya rasa serba-salah."
"Tadi, Ayuri telah memberitahu yang dia sudah tidak sukakan Dilan walau pun sebelum ini dia sangat berminat dengan Dilan. Jadi, saya juga telah membuat keputusan untuk melupakan Tina. Oleh itu, Ayumi kita patut bekerjasama untuk melupakan orang yang kita sayang walau pun awak cintakan kaum sejenis dengan awak dan ianya adalah satu dosa...Jadi, kita kena bersatu Ayumi. Sa-saya akan sokong awak. Kita kena bantu antara satu sama lain." ujar Khai sambil berdiri dan penuh bersemangat walaupun gerak-geri dan gayanya amat lembut dan syahdu.
Khai memandang ke arah Ayumi dan dapat melihat yang Ayumi telah menangis di atas bangku itu.
"Huuuuuuuh! Ja-janganlah menangis. Tolonglah jangan menangis. Saya amat lemah jika melihat perempuan menangis macam ni. Kalau tak saya...Huuwaaaa! [turut menangis dengan sekuat hati]."
Maka, mereka berdua menangis bersama-sama di atas bangku tersebut. Mereka bedua melayan perasaan masing-masing mengenai penolakkan oleh cinta hati mereka sendiri. Selama hampir 10 minit menangis, Ayumi akhirnya bersuara.
"Kau sangat kuat sebab dapat bertahan walau pun ditolak oleh Tina berkali-kali. Aku juga tidak faham apa yang kau nampak dalam diri Tina. Dia tu penakut, pemalas, asyik dengan Dilan sahaja. Huh, kau tahu kali pertama aku jatuh cinta adalah dengan kawan sejak kecil aku. Orang itu membesar dengan aku dan aku hanya mengenali dia sahaja di dunia ini selain ibu bapa aku sebab dia sama seperti aku. Seorang yang tidak pandai untuk berkawan. Sehinggalah aku tahu aku sudah jatuh cinta dengan dia. Dan dia pernah berjanji untuk kahwin dengan aku selepas kami dewasa. Namun, ia semua hancur sebab dia akhirnya memilih untuk mempunyai teman wanita selain aku."
"Aku dah lupakan dia. Selama 6 tahun ini, aku berjaya lupakan dia. Kau tahu aku buat apa? Aku kutuk dia hari-hari. Aku sumpah dia jadi katak puru, aku menyumpah seranah pasal dia dan aku berdoa dia tidak ada pasangan sampai ke tua! Jadi, aku juga akan lupakan Ayuri seperti yang kau cakapkan itu. Mulai hari ini, aku akan bencikan dia seumur hidup aku, aku akan kutuk dia setiap hari dan aku berdoa yang dia juga AKAN ditolak oleh orang yang dia cintai. Biar dia rasa apa yang aku rasa! Kau juga patut lakukan pekara yang sama terhadap Tina, Khai!"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...