Bab 20: K.A.S Bhg 1

94 13 3
                                    

Di Rumah TBM (The Blade Musketeers), Pukul 9.20 Malam.

DILAN duduk di atas kerusi sofa sambil melihat cerita pada kaca TV. Pandangan matanya melekat ke arah kaca TV terbabit, tetapi fikirannya melayang memikirkan hal Harun petang tadi. Kemudian, Zull menuruni tangga rumah dan duduk di atas kerusi bersebelahan Dilan.

"Dee." panggil Zull. Dilan berpaling apabila namanya dipanggil.

"Kenapa?" soal Dilan pelik.

"Nah. Bacalah, aku baru print tadi. Contoh-contoh penderaan dan jurnal pasal itu. Kau tanyalah dekat ayah kau sekali pasal undang-undang ni. Diakan peguam. Kau tak belajar lagi ke pasal benda ni?"

Dilan mengambil Jurusan Undang-Undang di Universiti. Dia menggelengkan kepalanya. Dilan mengambil kertas yang dihulurkan oleh Zull.

"Um, Zull. Aku nak tanya kau sesuatu ni."

"Ha, cakaplah. Tak payah minta kebenaran pun. Aku tak adalah kejam sangat sampai tak bagi kau bertanya. Silakan..."

"Sebenarnya...Semalam BBB kena serang dengan Katak Gergasi."

"Kau tak bagitahu aku langsung pun. Kenapa tak cakap? Kau ada cedera di mana-mana ke?" Zull melihat Dilan tidak percaya. Dilan menggelengkan kepalanya sebanyak tiga kali.

"Um, jadi kau nak tanya apa?"

"Sebenarnya aku tak dapat apa-apa visi. Selalunya aku dapat visi kan. Jadi, aku peliklah kenapa aku tak dapat bayangan tentang serangan raksasa. Aku nak tanya pendapat kau."

"Um..."

Zull meletakkan jari telunjuk ke telinganya. Dia selalu melakukan aksi itu sekiranya ingin berfikir akan sesuatu.

"Kau di mana masa kejadian tu berlaku?"

"Rumah...dekat ruang tamu."

"Kau buat apa? Baca sari kata ke? Huhuhu!"

"Tak, aku tidur."

"Ah, itulah sebab dia. Sebelum ini kau dapat visi masa kau tengah hidup. Kalau tidur tu dah dianggap mati, Dee. Oleh sebab itulah kau tak nampak visi. Ini bermakna kuasa psikik kau terbatas kalau kau tidur. Hahaha! Bijak kut aku ni. Lagi, kau ada soalan apa lagi nak tanya. Meh aku jawab. Tapi, soalan akademik aku tak nak, Dee." Zull menaikkan keningnya kepada Dilan membuatkan Dilan tergelak kecil.

"Lagi satu...sebenarnya aku ditarik masuk ke dalam badan raksasa tu. Selepas dia dapat aje aku, dia mula nak blah dari situ. Kau rasa dia memang nakkan kuasa aku ke? Aku rasa dia memang target aku sebab aku ada Naga Ais."

"Mungkin jugak. Aku rasa kita dalam bahaya. Lepas ni kita kena lebih berhati-hati." jawab Zull bersahaja. Dia duduk mencangkung di atas kerusi sambil mengetapkan bibirnya.

"Dee, mana benda yang kau kutip petang tadi? Aku tak nampak pun dia."

Dilan menggelengkan kepalanya. "Zull, nama dia Harun. HARUN. Apalah kau ni. Dia dah tidur. Penat sebab menangis agaknya. Kalau aku, aku pun akan rasa sedih. Aku tak percaya masih ada lagi perangai Ibu bapa yang macam ni. Aku ingat Ibu bapa akan sayangkan anak mereka seperti menatang minyak yang penuh. Kalau kes aku dulu, walaupun ayah aku buat masalah, tapi dia tak pernah abaikan kami anak-anak."

"Um, kau patut rasa bersyukur. Malasnya nak sekolah esok."

Dilan hanya tersenyum ringan. Tepat pukul 10.00 malam, mereka berdua masuk ke bilik masing-masing. Dilan sudah mengantuk dan memandangkan esok mereka mula bersekolah semula. Jadi, dia harus tidur awal kerana tidak ingin rasa mengantuk sewaktu belajar di dalam kelas. Zull pula sedang menconteng sesuatu pada kertas di atas meja belajarnya itu. Kemudian, telefonnya berdering.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now