...sambungan Bab 14

126 19 2
                                    

...

AYUMI menaiki bas apabila sebuah bas berhenti tepat-tepat di hadapannya. Setelah naik, dia menuju ke tempat duduk hadapan. Ayumi melabuhkan punggungnya dan mengeluarkan telefon pintar miliknya. Dia teringat akan sesuatu. Sebelum ini, Nura pernah memberitahu kisahnya ada di dalam internet.

Ayumi menggunakan perkhidmatan Google sebagai enjin pencarian. Dia menekan link yang dipaparkan pada skrin telefon. Setelah paparan itu dimuat turun sepenuhnya, dia memulakan pembacaan.

"Laporan Harian. Tarikh 29/2/20XX. Ini lima tahun yang lepas." baca Ayumi serius sambil mengerutkan dahinya. Dia meneruskan pembacaan dengan khusyuk.

"Seorang pelajar sekolah berumur 12 tahun telah dilanggar lari oleh sebuah motosikal sewaktu pelajar itu dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa, Nuranis Amera binti Amer telah dikejarkan ke hospital berdekatan apabila saksi kejadian menelefon pihak hospital. Mangsa kini dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi apabila mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badannya..."

Ayumi menelan air liurnya. Dia mencari urutan berita yang seterusnya pula. Setelah menjumpai urutan berita daripada sebuah blog, dia terus menekan paparan blog itu. Ayumi membaca dengan wajah yang serius sekali lagi.

"Sedih...Anak saudara saya adalah mangsa langgar lari tu. Sedih tak terkata. Anak saudara saya tu kecil lagi, tahun ni akan ambil UPSR. Tolonglah doakan yang terbaik untuk dia. Kakak saya iaitu mak dia kata doktor terpaksa potong kedua-dua belah tangan sebab tak dapat diselamatkan, kalau tak boleh jadi gangrene. Lagi teruk. Kesian dia. Anak saudara saya tu suka melukis, orang gelar dia kanak-kanak prodigy sebab bakat melukis dia tu. Saya harap manusia yang langgar anak saya tu terima balasan. Sanggup dia tinggalkan anak saudara saya yang kecik tu macam tu aje. Manusia tak bertanggungjawab. Puan Bee."

Ayumi menghembuskan nafas berat apabila membaca berita terbabit. Terbit rasa sakit hati dan berbaur dalam hatinya. Dia menunduk ke bawah sambil melihat kasutnya. Tekaknya berasa sakit apabila menahan tangisan. Dia tidak ingin mengalirkan air matanya. Ayumi mengalih pandangan ke arah luar tingkap bas. Dia ingin melupakan perasaan kecewanya tadi.

"Aku harap kau bahagia Nura." bisik hati Ayumi sedih.

Dia memandang ke arah langit yang biru itu. Terbit rasa bersyukur di dalam hatinya kerana Tuhan masih memberikan nikmat kesihatan kepadanya.

...

MISS BROOME atau MB berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia kini berada di dalam rumah agam milik Ayuri. Dia risau kerana Nura atau Pelukis Hidup (PK) masih lagi belum memberikannya apa-apa berita. Nura juga tidak berjaya dihubungi. MB mengetap bibir geram.

Setakat ini dia tidak berjaya lagi untuk menjadikan mana-mana manusia sebagai hamba abadi Raidez. Jika Mesyuarat Agung diadakan di Kastelhalia (Istana Tertinggi Pihak Raidez) nanti, isu ini mesti akan disentuh. MB kerisauan. Kemudian, seseorang mengetuk biliknya. Wajah Ayuri terpacul di hadapaan biliknya.

"MB okey ke duduk di sini?" soal Ayuri mendekati mak ciknya dan mengukirkan senyuman.

Ayuri langsung tidak mengetahui identiti mak ciknya sebagai Mejar Broome. Malahan dia langsung tidak tahu apa-apa tentang Raidez.

"Mestilah okey. Lagi-lagi anak saudara kesayangan mak cik ada di sini."

"Tak rindukan Liyana?" duga Ayuri tersengih-sengih. Liyana ialah anak tunggal MB iaitu merupakan sepupunya.

"Kenapalah tanya soalan macam tu. Mestilah, takkan tak rindukan anak sendiri."

"Jadi, kenapa tak bawak dia sekali? Saya rindukan Liyalah MB. Dah lama tak jumpa. Nak pergi ke Johor tu jauh sangat. Mak Cik bukan tak tahu yang Ayuri tak boleh travel jauh-jauh dengan naik kereta, boleh muntah." rengek Ayuri menyatakan masalah carsick yang dihadapinya. Namun, dia boleh menaiki kapal terbang.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now