... sambungan Bab 28

91 14 0
                                    

...

Di Balai Polis Taman Melawi, pukul 10.30 pagi.

PUTEH (Dilan) dan yang lain sedang duduk di atas meja setelah dipelawa oleh pihak polis. Paras pasir itu telah sampai ke lutut dan kini menanti masa untuk memenuhi seluruh ruangan balai polis yang sebesar rumah banglo 500 cm lebar dan panjang.

Puteh atau Dilan telah mencuba untuk membuka pintu balai polis serta menggunakan kuasa aisnya. Namun, dia tidak berjaya. Kuasa aisnya langsung tidak dapat digunakan. Ungu dan Kelabu turut mencuba kuasa masing-masing dan walaupun kuasa mereka berfungsi seperti biasa mereka tetap tidak dapat keluar dari tempat tersebut.

"Kuasa bayang-bayang berganda!" laung Ungu. Namun, kuasa bayang itu masih tidak mampu membuka pintu untuknya. "Penatlah Puteh."

"Cuba kau panggil Klon kau."

"Yalah. Aku akan cuba. MUNCUL!" teriak Ungu atau Joshua lantang sambil memejamkan matanya. Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan, namun kelibat Klonnya tidak kelihatan.

"See? Tak berjaya jugalah Puteh. Kau pun tak dapat guna kuasa kau. Kau orang yang paling handal berbanding kami ni. Macam mana ni Puteh? Kita dahlah tak makan lagi, aku dah mula rasa lapar ni. Janganlah sampai kita semua saling berbunuhan di sini dan menjadi kanibal sebab kelaparan."

"Janganlah risau sangat Ungu. Kita cuba lagi. Kelabu, awak boleh gunakan kuasa teleportasi awak dah ke?" duga Puteh dan memandang ke arah Kelabu.

Kelabu menggelengkan kepalanya. Pada sebelum ini, Puteh telah cuba memberi cadangan kepada Kelabu untuk menggunakan kuasa teleportasinya. Namun, Kelabu hanya mampu menteleportasikan dirinya seorang sahaja dan tidak mampu membawa mereka semua keluar. Dia masih belum boleh mengawal kuasa sepenuhnya lagi.

"Saya masih lagi hanya dapat menteleportasikan diri saya seorang sahaja. Saya minta maaf." Kelabu atau Khai menundukkan kepalanya.

"Tak apa. Bukan salah awak pun."

"Macam mana sekarang ini?" soal Kelabu kepada Puteh.

"Apa kata kau cuba minta tolong orang luar pasal benda ini?" celah Ungu memberi idea.

"Tetapi kepada siapa?" balas Kelabu cepat.

Puteh dan Ungu terdiam. Mereka semua memandang wajah satu sama lain. Semua membuat riak wajah pasrah.

"Ak, Hitam. Kau patut bagitahu Hitam dan Maroon pasal hal ini." sahut Ungu dengan senyuman gembira.

Kelabu terus memandang wajah Puteh. Puteh mengangguk. Namun, perbualan mereka diganggu oleh pihak polis.

"Bukankah kamu semua pewira yang dikatakan telah melindungi tempat ini?" soal Zaki kepada Puteh, Kelabu dan Ungu.

"Ya, betul tu. Kamilah The Blade Musketeers!" balas Ungu (Joshua) dengan bangga sambil membuat posing maut dan menggoda.

"Hahaha! Jangan buat lawak di sinilah. Sini ialah balai polis dan kami yang berkuasa di sini. Lagipun, kuasa kamu itu betul ke atau hanya propaganda? Sebaik sahaja kami keluar dari sini, kami akan serahkan kamu semua kepada pihak OGK." celah Rabu, seorang konstabel di situ.

"OGK? Mendalah apa tu Puteh?" soal Ungu kepada Puteh (Dilan).

"Organisasi Gerakkan Khas. Unit Khas pihak polis yang mengendalikan kes-kes paranormal, luar angkasa, kejadian pelik, spesies yang merbahayakan umat manusia dan seerti dengannya. Organisasi itu sudah wujud hampir 6 tahun yang lalu." jawab Kelabu (Khai) bagi pihak Puteh.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now