Bab 18: Geng Tepi Kain

95 14 0
                                    

Sementara itu, Di Kampung Paku Pakis, Pukul 2.30 Petang.

MINA meletakkan bawang yang sudah dikupas kulitnya ke dalam satu bekas besin yang besar. Dia kemudiannya mengambil satu bawang besar dan mengupas kulit bawang itu lagi.

"Waduh, malasnya kupas bawang ni...Um, nak baring." bisik hati Mina sambil tangannya masih mengupas bawang.

"Mina, kau buat muka macam tu, malaslah tu." tegur Yati, Kakak Mina yang bakal berkahwin itu. Mereka duduk bersebelahan dan sedang bersila di atas lantai yang dilapik oleh tikar.

"Eheheh...Yati, aku nak tanya sesuatu sebenarnya ni." balas Mina malu-malu. Dia dan Yati hanya ber-'aku kau' kerana mereka telah biasa dengan panggilan sebegitu.

"Kenapa?"

"Um, Kalau kau tiba-tiba tak...err...Tak, tak! Ha, kau memang sayangkan Fendi ke?"

Mina menduga kerana menginginkan kepastian daripada Yati. Ayuri yang berada tidak jauh dari Mina dan Yati turut mencuri dengar perbualan mereka.

Yati menggigit bibirnya. "Mestilah, kalau tak, tak akan aku sanggup nikah dengan dia. Kenapa tanya ni?"

Mina tersengih-sengih sambil memandang wajah kakaknya. Timbul rasa serba-salah di dalam hatinya. Jika, dia meneruskan rancangan untuk memecahkan tembelang Fendi, Kakaknya pasti kecewa besar. Namun, jika dia tidak berbuat demikian, Kakaknya akan lagi menderita.

"Aku minta maaf."

"La, kenapa?"

"Saja je. Dah boleh buat kerja kau...Huhuhu." Mina tersengih-sengih lagi. Yati melihat adik tirinya itu dengan pandangan pelik.

"Kau memang nak amik SPM balik ke? Tiba-tiba lepas habis Sarjana Muda nak sambung belajar balik jadi budak sekolah tinggi. Kalau sambung Sarjana okeylah jugak. Kenapa kau tiba-tiba nak amik SPM balik ni? SPM kau yang hari tu bukannya teruk sangat pun. Dapat 4A, okeylah tu. Bazir masa dan bazir umur. Takkanlah kau nak sambung study masa kau dah beranak-pinak. Susah tau tak."

"Ala, kau ni bisinglah. Ya, aku...Um, kalau ikutkan hatiku ini, aku memang nak sambung belajar sampai Master, Master pun cukuplah. Aku ni pun dah malas dah nak belajar. Hahahaha, macamlah kau tak tahu aku pemalas. Tapi, tula sebab nak berkhidmat pada negara yang tercinta ni, aku kenalah berkorban. Huhuhuhu..." Mina berseloroh.

"Orang serius, dia main-main pulak. Berkhidmat pada negara? Kau bukannya masuk tentera atau Khidmat Negara Mina oi. Apa kau melalut ni."

"Pftt!" tiba-tiba sahaja Ayuri tergelak kecil. Mina terus memandang ke arah Ayuri yang berada di hadapannya.

"Kau dah kenapa gelak-gelak!?"

"Aku gelak pun kau nak marah ke. Apa rumah kau mengharamkan manusia bergelak-ketawa. Um, maaflah ya menyampuk. Tapi, Khidmat Negara atau pihak tentera belum tentu akan terima masuk orang macam kau ni." sindir Ayuri membuatkan Yati turut tergelak.

"Ewah, ewah. Tak padan dengan menumpang rumah orang, pandai pulak sindir-sindir Tuan Rumah ya."

"Ehem, ehem. Tuan Rumah Ayah, bukan kamu. Ayah yang beli rumah ni..."

Mokhsin menyampuk sambil menuju ke arah meja makan. Dia ingin meminum air masak yang berada di atas meja makan itu. Mina terus memuncungkan mulutnya.

"Lambat balik Yah. Pergi mana?" soal Yati.

"Ayah teman Zull cari hotel dan rumah tumpangan. Tapi, dah tak ada. Semua penuh."

"Ha, kenapa nak cari rumah sewa pulak. Tumpang sini ajelah Zull."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now