Alkisahnya aaya cuti minggu ni dan balik kg. Saya bawaklah pendrive untuk buat cerita OOlienpiec di kg. Saya dah buat hampir satu bab juga dan hari ni saya nak update la di wattpad. Tapi pendrive saya kena virus sebab saya cucuk dekat TV sebabnya kakak saya nak tgk movie dekat TV. Sebelum ni TV tu tak ada masalah dan pendrive saya tak pernah kena virus sebab TV tu, itu yang saya berani cucuk. So sekarang ni semua fail tak boleh bukak. Saya nak nangis, saya kecewa dan saya tak ingat nak buat macam mana lagi sebab bukan senang. So ya, saya nak merajuk. Saya tak boleh lah, saya fed up. Sakit tulang belakang saya sebab taip cerita ni.😭😭😭😭😭😭 Ya Allah!
Update, 16 Nov 2021.
Alhamdulillah! Saya dah dapat balik fail tu. Alhamdulillah! Terima kasih imtaqym sebab bagi idea utk saya recover file. Huhuhu. Terima kasih juga yang mendoakan saya. Tqvm xtawlah93. Tak jadi nak merajuk. Nasib baik. Kalau tak, lama la saya nak update story dekat Olienpiece. Ahahahaha!😆😆😆😂
Update, 21 Nov 2021.
Saya guna part ini untuk update story baharu sebab tak nak kacau turutan sangat. Hehehe. Lagipun, saya nak jadikan perkara di atas tu sebagai kenang-kenangan. Hahaha! Ya, saya memang pelik.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
...
ZULL memasuki perkarangan rumahnya dengan lemah-longlai. Dia kelaparan, tengahari tadi dia hanya makan roti untuk mengisi perutnya. Di restoren Ayuri pun dia hanya makan roti memandangkan dia tidak berselera untuk makan makanan berat. Sewaktu membuka pintu utama rumah, Joshua menerkamnya lagi.
"Adoi, abang ni tak pernah penat kan. Asyik nak terkam Zull aje. Elok-elok jadi manusia, nak cuba jadi binatang pulak. Zull ni seksi sangat ke sampai hari-hari nak kena terkam. Sakitlah abang, lepaslah." pinta Zull apabila Joshua erat merangkul leher jinjang Zull dengan lengannya. Zull sudah tidak larat bergelut.
"Tak nak bergelut ke?" sindir Joshua. Zull hanya mendiamkan dirinya. "Cis, bosanlah adik ni. Aku terkam kau bukan sebab kau seksi. Kau tu jantan, mana ada seksinya. Aku geram dengan kau aje. Hari-hari balik lambat."
"Adik dah kata, adik kerja bang. Tak macam abang, suka habiskan duit ayah."
"Eh, ayah yang rehatkan aku okey. Aku elok-elok kerja, tiba-tiba dia suruh aku berehat. Kalau bukan sebab batu permata ni dan si Maz...Uhum, pokoknya ayah yang nak aku berehat. Kau budak lagi, kau tak tahu apa-apa."
"Huh! Dahlah, malas nak bertekak dengan abang. Zull penatlah abang. Esok-esoklah."
"Penat ke Zull?" soal Dilan dari kerusi sofa.
"Yalah Dee. Tengah lapar ni. Malaun depan aku ni bukannya nak tanya aku dah makan ke belum, dia terkam-terkam aku dulu. Hari-hari pulak tu, kalau dua tiga kali, bolehlah. Kalau dah hari-hari memang mintak kena maki."
"Eh, aku ni dekat depan kau aje, hidup lagi ni, yang kau bercakap macam aku tak wujud tu dah kenapa?" Joshua mula menyinga.
"Dee! Ada nyamuk masuk rumahlah! Dahlah bising! Auch!" Zull terus mengaduh apabila kepalanya ditunjal oleh Joshua. "Sakitlah bang."
"Kau buatlah macam tu lagi."
"Yalah. Aku naik atas dulu, Dee. Hmph!" Zull memandang ke arah Dilan dahulu dan merengus apabila melihat ke arah abangnya. Setelah itu, dia memanjat tangga untuk ke biliknya.
Joshua melihat kelibat adiknya berlalu pergi dengan wajah tidak berpuas-hati. Niat hatinya mahu menyakat adiknya lagi, tetapi melihat Zull yang agak kepenatan itu telah membantutkan niatnya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...