...
Di Hutan Simpan Bandar Bukit Berapi, pukul 8.20 malam.
AYURI dan Tina memasuki Hutan Simpan dengan perasaan takut dan gerun. Ayuri berjalan di hadapan sambil menyuluh menggunakan lampu suluh. Manakala, Tina mengikut dari belakang sambil memegang baju bahagian belakang Ayuri. Mereka berjalan-jalan ke dalam hutan itu dengan perlahan-lahan.
"Patutkah kita minta pertolongan?" duga Tina dengan perasaan takut.
"Jangan takut, Katrina. Saya ada, saya akan melindungi awak seperti masa dulu-dulu."
"Senrose pasti akan bunuh saya buat kali kedua, kan."
"Saya tak akan benarkan ia berlaku. Dia perlu langkah mayat saya dulu."
"Tapi, Aris. Saya tak nak awak mati."
"Kita dah tua Katrina. Suatu hari nanti masa kita memang akan sampai. Saya tidak ingin manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa." jelas Ayuri pendek. Tina mendiamkan dirinya dengan mata yang sudah berair.
"Um, betul-lah tu. Betul-lah apa yang kau cakapkan itu Katrina. Aku memang nak bunuh kau dan kau sekali, Aris. Sebelum ini, aku tak sempat untuk menyeksa korang berdua sebab aku rasa kasihan. Jadi, aku sumpah korang menjadi patung aje. Namun, aku dah jadi sangat kuat dan sangat JAHAT. Dan, korang akan rasa kesakitan yang aku rasa selama ini."
Senrose mencelah dengan sinis. Ayuri dan Tina terus berpaling ke arah Senrose yang berada di belakang mereka.
"Senrose..." Ayuri melihat Senrose tajam.
"Oh my. Aku ingatkan kau rasuk budak lelaki yang kacak tu, rupanya kau ambil jasad budak perempuan yang banyak songeh tu ya. Um, tak apalah, akhirnya kau akan mati jugak. Comel jugak kau jadi lelaki ya."
"Senrose, lepaskan mereka 'berdua' ni. Mereka tak ada dalam kaitan dalam hal ini."
Ayuri berkata dengan nada suara yang agak tegas. Mereka 'berdua' yang dimaksudkan oleh Aris (Ayuri) ialah jasad Tina dan Ayuri.
"Apa? Kenapa aku perlu buat macam tu. Aku berlatih menjadi kuat selama 48 tahun untuk mencapai saat ini kembali. Tak boleh, korang perlukan jasad manusia supaya korang merasai kesakitan yang aku bakal 'berikan'. Hahaha! Ambik ni!"
Senrose menjerit dengan kuat dan lantang. Akar-akar pokok mula timbus dari dalam tanah. Akar-akar itu menuju ke arah Ayuri serta Tina dan terus mengikat badan mereka. Akar-akar yang mengikat Ayuri dan Tina menjalar ke atas dan telah menyebabkan mereka berdua tergantung di atas.
"Senrose, maafkanlah kami Senrose. Aku minta maaf Senrose!" jerit Tina kuat.
"Kenapa baru sekarang kau nak minta maaf Katrina? Masa kau buat semua itu dekat aku, kau tak fikir pula tentang perasaan aku kan! Aku tak boleh maafkan kau yang telah mengkhianati persahabatan aku. Serangan pisau belati!" jerit Senrose dan sebanyak tiga puluh bilah pisau belati menuju ke arah Tina dan Ayuri.
"Dinding Ais!" jerit Puteh atau Dilan yang datang tepat pada masanya.
Dinding ais itu telah mengelilingi Tina dan Ayuri di dalamnya dan menyebabkan pisau belati tersebut terjatuh ke bawah setelah melanggarnya. Senrose terus berpaling ke arah Puteh yang sedang terapung di udara.
"Naga Ais ya? Baguslah, sambil menyelam sambil minum air. Aku hanya perlu tangkap kau dan serahkannya kepada Putera Aloisse. Selepas itu, aku mungkin akan dinaikkan pangkat. Um, menarik." bisik hati Senrose.
Dia mengukirkan senyuman nakal. Senrose kemudiannya mengangkat tangan ke atas seperti menjunjung langit. Serentak itu, akar-akar pokok yang berada di situ terus mencanak naik ke atas dan menyerang Puteh (Dilan) serentak. Puteh mengelak hampir kesemua serangan itu. Namun, terdapat juga akar pokok yang terkena paha dan bahagian pinggangnya dan menyebabkan Puteh (Dilan) terluka. Namun, luka itu tidak begitu serius.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasiSepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...