Keesokannya pada Pukul 5.30 Petang, Rumah Agam Ayuri.
AYURI keluar dari perut kereta dan menuju ke rumah agamnya. Pintu masuk utama rumah itu telah terbuka luas dan di hadapannya kini Zalikha sedang tersenyum manis menyambut kepulangan Cik mudanya, Ayuri.
"Macamana Cik?" soal Zalikha tersenyum. Ayuri memasuki rumahnya dan diikuti Zalikha.
"Okey aje. Mana Mak Cik?" soal Ayuri apabila melihat Mak Ciknya, Miss Broome (MB) tiada di situ.
Selalunya MB akan menonton TV di ruang tamu. Petang tadi, selepas sekolah Ayuri, Ayumi, Mina dan Yurina didenda membersihkan kawasan sekolah kerana kekacauan yang mereka telah lakukan sebelum ini.
"MB telah keluar tadi. Dia kata ada urusan di luar dan akan balik lewat. Cik, sepatutnya Cik biarkan saya sahaja yang membersihkan sekolah tadi."
"Tak apa. Saya yang buat masalah, jadi saya yang kena uruskannya. Lagipun, saya nak lepaskan rasa bosan saya dengan bersihkan sekolah tadi. Saya nak mandi."
"Cik nak makan malam selepas siap mandi ke? Saya ingin panaskan makanan." soal Zalikha.
Ayuri mengangguk perlahan dan mendaki tangga untuk ke biliknya yang berada di tingkat 3. Rumah agam itu mempunyai 3 tingkat dan berkonsepkan zaman British era 70-an.
Usai membersihkan dirinya dia turun ke bawah kembali. Ketika itu, Ayuri memakai blaus paras lutut dan berwarna merah jambu. Dia juga memakai seluar denim berwarna coklat. Ayuri menuju ke meja makan yang besar dan panjang di dapur rumah tersebut.
Meja itu mempunyai 22 kerusi dan mampu memuatkan 22 orang untuk duduk. Ayuri menarik kerusi hujung sekali dan duduk. Makanan telah terhidang di atas meja itu. Zalikha pula menunggu di sebelahnya.
"Jom makan, ajak Abang Furqan sekali." ajak Ayuri. Zalikha menggelengkan kepalanya.
"Saya dan Abang Furqan sudah makan."
"Um. Awak ada kerja lagi nak buat ke? Awak boleh selesaikannya, saya tak kisah. Awak tak perlu tunggu saya di sini." kata Ayuri tenang. Zalikha mengangguk. Dia perlu menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.
"Terima kasih Cik. Er, Cik saya nak tanya sesuatu." tutur Zalikha perlahan. Ayuri memandang pembantu peribadinya itu.
"Cik akan pergi ke Majlis Hari Jadi Nek Chu ke? Semalam Nek Chu memberikan kad jemputan kepada saya dan saya sudah meletakkan kad itu di atas meja di dalam bilik Cik. Kalau Cik ingin pergi saya akan sediakan baju Cik sekarang sebab majlis itu akan bermula pada pukul 8.00 malam nanti." sambung Zalikha lagi.
Ayuri mengerutkan dahinya. Dia telah terlupa pasal majlis itu. Dia dan keluarga Khai saling mengenali kerana dia dan Khai dibesarkan di tempat asuhan yang sama. Nek Chu juga menyukai Ayuri kerana Ayuri berasal daripada keluarga yang kaya.
"Saya akan fikirkannya nanti. Awak tak perlu risau, saya boleh sediakan baju saya sendiri." jawab Ayuri serius.
"Tapi, Cik Ayuri. Saya boleh lakukannya. Ia tanggungjawab saya."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...