Bab 1: Kastelhike

485 34 31
                                    

Sambungan daripada Prolog.

TUANKU OZZETTE (49) menyilangkan tangan ke belakang sambil melihat bulan sabit di luar tingkap bilik persidangan. Dia mengingati kembali cerita nenek moyangnya. Cerita yang paling bersejarah yang pernah dilakar oleh seluruh keturunanya.

Cerita tentang Tuanku Raisho iaitu Tuanku Pertama Olienpiece dan juga cerita perjuangan Tuanku Raisho untuk membangunkan Olienpiece ini. Sudah 500 tahun berlalu sejak Pemerintahan Tuanku Raisho. Banyak perkara telah berlaku. Perkara yang baik dan buruk.

Di Olienpiece terdapat tujuh kerajaan pemerintahannya. Tujuh kerajaan ini hanya mengikut kata Tuanku Tertinggi Olienpiece iaitu semua keturunan Tuanku Raisho yang telah naik takhta menjadi Tuanku. Sekarang ialah zaman perjuangan Tuanku Ozzette.

Namun, pada 270 tahun yang lalu telah berlaku satu pertelingkahan bersaudara. Hasad dengki telah memperkotak-katikkan dunianya ini. Sekarang Olienpiece mempunyai musuh ketat iaitu Raidez. Raidez telah berjaya menguasai tiga kerajaan Olienpiece. Jadi, hanya empat sahaja kerajaan yang masih lagi di bawah pemerintahannya.

Tuanku Ozzette mengeluh. Penat apabila mengingat kembali kegemilangan zaman dunia Olienpiece. Seorang pengawal kerajaan melutut di belakangnya dan memberi laporan. Tuanku Ozzette berpaling ke belakang.

"Tuanku, Tuan Putera Mazhe datang mengadap." Lapor Mish, salah seorang pengawal setianya. Ozzette mengangguk pelahan.

Mazhe adalah anak tunggalnya. Putera yang bakal mewarisi takhtanya. Tempat persidangan itu diadakan di dalam Istana Tertinggi Olienpiece sendiri iaitu dipanggil sebagai Kastelhike. Istana Kastelhike telah direka khas sendiri oleh Tuanku Raisho. Istana ini telah wujud hampir 500 tahun dan telah menyaksikan banyak perkara.

Anaknya, Mazhe (17) datang mengadap dengan wajah masam mencuka. Hubungan mereka anak beranak memang tidak berapa baik. Ozzette memandang anaknya itu dengan pandangan sayu. Dia merindukan anaknya.

Ozzette tersenyum ringan memandang anak terunanya walaupun Mazhe langsung tidak membalas senyumannya. Hubungan mereka berdua mula retak apabila Mazhe telah melepaskan kesemua batu permata Saphira yang telah lama tersimpan di dalam Ruangan Simpanan Khas Harta Istana atau dipanggil sebagai 'Sav'.

Batu-batu itu ialah pemberian daripada Lagenda Tua dan Tuanku Raisho telah menyimpannya di dalam 'Sav' hampir 500 tahun. Dia hanya memberikan kepada sesiapa yang baginya layak untuk memiliki batu itu. Jika dia tidak memerlukan batu itu, dia akan menyimpannya kembali.

Namun, sembilan tahun yang lalu ketika berumur 8 tahun, semasa Putera Mazhe merayau-rayau di dalam istana tersebut, dia telah melepaskan batu-batu itu ke bumi tanpa disengajakan. Dia telah dihukum penjara selama lima tahun untuk menebus kesalahannya itu.

Tuanku Ozzette ialah seorang lelaki yang sangat tegas dan kuat pegangannnya. Walaupun, Mazhe anaknya, dia tidak boleh bersifat pilih kasih. Kesalahan tetap suatu kesalahan. Tiada apa yang dapat mengubahnya. Semenjak daripada itu, Mazhe membenci ayahnya.

Mazhe memasuki Akademi Pertahanan Istana Olienpiece (APIO) semasa berumur 13 tahun selepas keluar dari penjara Oskal. Penjara Oskal ialah penjara tertinggi dan terbesar di Olienpiece.

Mazhe telah mempunyai beberapa orang kawan rapat semasa kecil namun kawan-kawannya itu telah menjadi senior memandangkan dia harus belajar semula dari bawah. Kawan-kawannya yang lain akan menjadi graduan lima tahun dari sekarang. Dia pula masih merangkak belajar benda asas.

Sewaktu Mazhe dipenjara, Tuanku Ozzette telah mengambil lima orang anak angkat untuk membantunya menguruskan istana. Mazhe sangat membenci adik-beradik angkatnya itu. Dia dapat rasakan yang mereka semua ingin merebut takhta ayahnya. Mazhe menjeling Putera Angkat Pertama iaitu, Putera Muez (23) yang tersenyum ke arahnya tika ini. Dia turut menjeling Putera serta Puteri angkat yang lain.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now