Blackheart memegang kaki Merah dengan semakin erat. Kemudian, dia melemparkan Merah jauh. Merah tercampak sehingga ke luar dari tandas dan melepasi penghadang tingkat tersebut. Merah dapat merasakan yang dia sedang terjatuh dari tingkat 2. Setelah Blackheart mencampakkan Merah keluar, dia menutup pintu tandas terbabit dengan kuat.
"TIDAKKKK!!!" laung Merah apabila merasakan yang dia sedang melayang di udara.
'Kedebok!'
Bunyi Merah jatuh di atas badan seseorang kedengaran. Seseorang itu jatuh tersungkur apabila Merah jatuh di belakang badannya.
"Huuuuaaaaa...Puteh, sakit." rengek Kelabu atau Khai apabila Merah terjatuh di atasnya.
Puteh dan Ungu menuju ke arah Kelabu dan cuba memapahnya. Manakala, Maroon menolong Merah untuk berdiri. Merah merengus marah lalu membuka ikatan kain yang membalut matanya itu lalu dia memandang ke arah Maroon tajam.
"Kenapa lambat sangat korang ni!? Ini bukan kali pertama korang lebih lambat dari kami. Kau patut bersyukur mempunyai kuasa psikik. Tapi, sayangnya kau tidak pandai menggunakan kuasa kau dengan baik. Kau membazirkan kuasa yang kau ada sahaja, lebih baik kau berikan batu permata itu kepada orang lainlah."
Marah Merah sambil memandang ke arah Maroon, dan kemudian mengalihkan pandangan ke arah Puteh. Puteh sekadar mendiamkan dirinya.
"Awak tak patut cakap macam itu. Kami semua masih lagi baharu berbanding dengan awak berlima." celah Kelabu dan cuba menyokong Puteh.
"Aku sedang bercakap dengan kau ke?" Merah menjeling Kelabu tajam. Kelabu beriak sedih dan memandang ke arah Puteh.
"Tak apa, Kelabu. Mana kawan-kawan awak yang lain? Saya sudah berikan alat kelui kepada Biru, saya ingatkan awak semua akan panggil kami dahulu sebelum memulakan siasatan. Kuasa psikik saya hanya boleh kesan suatu kejadian berkaitan Raidez pada 5-10 minit sebelum kejadian itu berlaku dan..."
"Jadi, kau nak bagi alasan!?"
Puteh mengerutkan dahinya. "Saya bukan sedang memberi alasan semata-mata. Saya ingin beritahu awak kebenaran disebalik kuasa saya. Hitam sendiri cakap macam tu sebab dia telah tetapkan masa jika saya mendapat visi pada sebelum ini."
"Heh, itu lagi satu masalah. Hitam memang tidak berminat untuk menjadi TBM ke? Kalau dia tidak berminat, baik suruh dia berikannya kepada orang lain. Dia selalu tiada ketika Raidez menyerang."
"Itu bukan salah Hitam, ia salah saya sebab saya yang telah paksa dia ke sini dan teman saya menyiasat punca kuasa kami. Lagipun, dia sibuk."
"Aku tak nak dengar alasan lagi. Kalau dia sibuk sepatutnya kau bagi sahaja batu permata Hitam itu kepada orang lain! Kau berhak melakukannya kerana kau Ketua TBM!"
"Ketua tidak boleh melakukan sesuatu seperti itu sesuka hati."
"Kenapa tak boleh?"
"Kerana ia tindakkan yang mementingkan diri. Selagi boleh selesaikannya dengan cara baik, kita harus cuba cara itu. Kita tidak boleh membuat keputusan membuta-tuli." bidas Puteh tegas, namun masih lagi mengekalkan kelembutan nada suaranya.
"Adakah ini masa yang tepat untuk bergaduh?"
Maroon mencelah dengan malas apabila perbalahan mereka semakin berpanjangan. Puteh mendiamkan diri dan menunduk melihat rumput di bawah kakinya itu.
"Betul kata Maroon, mana kawan-kawan awak yang lain?" soal Puteh dan mula bertenang.
Kelabu (Khai) dan Ungu (Joshua) pula mengerling ke arah Puteh. Mereka tidak pernah melihat Puteh atau Dilan bertekak lidah dengan sesiapa. Selalunya Puteh hanya mendiamkan dirinya. Namun, hari ini mereka melihat suatu sisi baru Puteh.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...