...sambungan Bab 35

35 8 0
                                    

...

SELEPAS 4 bulan berlalu, beberapa tangkapan berjaya dibuat apabila terdapat beberapa orang cuba menebus emas berkod rahsia seperti yang direka oleh Putera Mar. Berdasarkan tangkapan itu, sebanyak 55 kg emas telah berjaya dirampas kembali.

Malahan, hampir 15 orang lanun yang menyamar dan cuba menebus emas itu berjaya ditangkap. Ada diantara merupakan penumpang awam yang menaiki feri tersebut. Ini bermakna mereka telah mengikuti Raja Omi ke feri itu dan mereka rancangan itu daripada awal lagi.

Walau pun, pihak Olienpiece kerugian 45 kg emas, ia tetap dianggap berjaya kerana telah berjaya menangkap lanun yang telah lama dikehendaki oleh semua Kerajaan. Sekali lagi, Putera Mar telah membuktikan kebolehannya dalam menyelesaikan suatu misi dalam masa yang agak singkat.

Tuanku Rai semakin bangga dengan anaknya yang baru berusia 21 tahun tersebut, tetapi sudah mampu mengetuai beberapa misi penting. Semenjak itu juga, kes lanun merompak dan seerti dengannya semakin berkurangan apabila berita tentang kejayaan Putera Mar tersebar luas.

...

PUTERA MAR mengadap ayahnya lagi di bilik santai istana. Di dalam bilik itu terdapat Tuanku Rai, Putera Mar dan Putera Merak.

"Tahniah atas kejayaan anakanda. Ramai yang memuji kebijaksanaan kamu. Kamu betul-betul telah membuatkan ayahanda bangga."

"Terima kasih ayahanda."

Mar tersenyum simpul kerana gembira rancangannya betul-betul telah membuahkan hasil dan menepati perangkap awalnya. Tuanku Rai memandang ke arah Merak pula.

"Kamu patut mencontohi kekanda kamu Putera Merak."

"Ayahanda yang tidak memberikan apa-apa misi penting kepada anakanda." Bidas Merak laju.

"Sebab kamu hanya tahu main. Jika kamu belajar untuk mengambil serius akan sesuatu, sudah tentu ayahanda akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kamu. Oleh sebab itulah, ayahanda suruh kamu mencontohi kekanda Mar kamu ini."

"Eleh, kekanda Merak telah merugikan banyak emas asli kita. Jika Merak yang pinta, ayahanda tidak akan kabulkannya pun. Ayahanda bersetuju memberikan 100 kg emas kepada kekanda Mar dengan begitu sahaja."

"Sebab kekanda Mar mempunyai sebab dia berbuat demikian. Jika kamu tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk apa ayahanda memberikannya kepada kamu."

"........." Merak hanya mendiamkan dirinya dan menjeling ayahnya tajam.

"Kekanda Merak sudah-sudahlah tu. Kekanda Mar akan ajar Kekanda Merak akan cara menyelesaikan misi. Jika kekanda Mar mempunyai misi lagi, kekanda Mar akan mengajak kekanda Merak sekali. Okey?" pujuk Putera Mar kepada adik kembarnya, Merak.

"Hmph! Tak naklah! Merak benci kekanda Mar!"

Putera Merak melaung dengan kuat sambil menyelerakkan makanan di meja kecil di dalam bilik itu. Dia betul-betul marah pada ketika itu.

"Putera Merak! Jangan kurang ajar sangat dengan ayahanda dan kekanda Mar kamu ini! Kalau bukan sebab kekanda Mar, sudah lama ayahanda menghukum kamu. Kamu ini degil, tidak mendengar kata, tidak terima teguran dan suka mengambil remeh akan sesuatu kerja. Kadang-kadang ayahanda ragu-ragu yang kamu ini anak ayahanda atau tidak, kerana sikap kamu ini. Ayahanda membesarkan kamu untuk menjadi manusia yang berguna."

"Jadi, anakanda ini anak yang tidak bergunalah untuk ayahanda!? Anakanda mendapat skor yang sama seperti kekanda Mar dalam peperiksaan Ilmu Hisab. Tetapi, ayahanda hanya memuji kekanda Mar. Anakanda juga berjaya selesaikan misi pertama yang diberikan oleh ayahanda. Tetapi, ayahanda langsung tidak memberi pujian kepada anakanda seperti ayahanda memuji kekanda Mar. Untuk misi yang kedua juga sama..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now