...
LIMA bulan selepas itu, Putera Must menghadiri Mesyuarat Utama Raidez. Dia selalu dipanggil apabila pihak DiRaja mengadakan mesyuarat agong. Raja Zuku amat menyenangi kehadirannya di dalam mesyuarat itu kerana dia tahu mereka boleh mempergunakan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Putera Must.
"Jadi, anak tunggal kembar tak guna aku tu telah dipenjarakan. Hahahaha! Entah apalah yang difikirkan oleh si Ozzette tu! Anak sendiri pun dia layan macam sampah. Dia dengan orang tua kami tu memang tak guna. Sama-sama BODOH! Ada ke patut orang tua aku penjarakan aku semasa aku berumur 2 tahun kerana suatu Tanda Keputeraan. Bodoh!"
Ozzak berkata dengan angkuh sambil tergelak besar apabila memgetahui Putera Mazhe yang baru berusia 8 tahun dipenjarakan kerana melepaskan batu permata Saphira ke Bumi tanpa sengaja. Putera Mazhe merupakan anak Tuanku Tertinggi Olienpiece, Tuanku Ozzette iaitu musuh terbesar Raidez.
"Kembar kau dah gila agaknya Ozzak. Hahaha!"
Zuku turut ketawa besar. Di dalam dewan mesyuarat itu terdapat Putera Zach, Jeneral Oreno (ayah Airez) dan Putera Must bersama-sama pengawal peribadinya Liam.
"Kenapa Putera Mazhe dipenjarakan?" soal Putera Zach (16) ingin tahu kerana dia masih tidak tahu-menahu mengenai hal ini.
"Putera Mazhe dihukum kerana melepaskan batu permata Saphira ke Bumi, anakanda. Jika anakanda melakukan kesalahan, ayahanda juga akan menghukum anakanda." Jawab Raja Zuku dan memerhatikan anaknya tajam. Putera Zach terus menundukkan pandangan apabila ayahnya melihatnya sebegitu.
"Jadi, apa lagi yang Jeneral dengar dari pengintip kita di dalam Olienpiece?" soal Raja Ozzak ingin tahu.
"Dia juga melaporkan yang Tuanku Ozzette akan melakukan pemilihan Putera dan Puteri Angkat." Balas Jeneral Oreno dengan nada tegas.
"Putera dan Puteri Angkat?" Raja Zuku dan Raja Ozzak bertanya dengan serentak. Mereka berdua kepelikkan dengan berita itu.
"Ya, Tuanku Ozzette mahu mencari Puteri dan Puteri Angkat yang bakal menolong baginda menguruskan perihal istana suatu hari nanti..." sambung Jeneral Orena. Raja Ozzak, Raja Zuku dan Putera Zach mengangguk faham. Putera Must pula beriak dengan serius.
"Berapa had umur pemilihan Putera dan Puteri Angkat itu?" celah Putera Must.
"Lima sehingga tujuh belas tahun."
"Bagaimana dengan kriterianya?"
"Dipilih di seluruh kerajaan naungannya, bermaksud keempat-empat kerajaan naungan Olienpiece. Kerajaan utama mereka iaitu Mauritus, Kerajaan Lintenia, Kerajaan Hemifilis dan Kerajaan Exportania. Mereka mestilah melepasi ujian akademik dan ujian ketahanan fizikal. Sesiapa yang mendapat markah 100% dalam SETIAP ujian sahaja bakal terpilih menjadi Putera dan Puteri Angkat itu."
Putera Must mengangguk-angguk. Raja Zuku melihat Putera Must dengan penuh minat. Dia tersenyum simpul.
"Kenapa Putera Must amat berminat untuk mengetahui hal itu?" soalnya ingin tahu.
"Kerana...saya rasa kita patut menggunakan peluang itu." Balas Putera Must ringkas. Raja Zuku dan Raja Ozzak melihat wajah antara satu sama lain.
"Apa maksud anakanda?" soal Raja Ozzack kepada anaknya itu.
"Jika kita menghantar salah seorang sekutu kita ke pemilihan itu dan dia TERPILIH menjadi Putera dan Puteri Angkat Tuanku Ozzete. Maka, dia boleh menyamar menjadi Putera atau Puteri Angkat bagi pihak kita. Saya yakin kita boleh mempergunakannya dia dengan baik. Orang itu perlu mendapatkan kepercayaan Tuanku Ozzette dan setelah mendapatkan kepercayaan Tuanku, kita boleh menggunakan dia untuk mengalahkan pihak Olienpiece daripada dalam, dengan senyap dan tanpa syak wasangka..."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...