...
KEROL ingin membunuh Ayumi dan selepas itu menghidupkan Ayumi dengan cecair yang diberikan oleh salah seorang ahli Raidez kepadanya sebelum ini. Selepas itu, barulah dia boleh menjadikan Ayumi pengantinnya. Sebenarnya cecair itu merupakan virus yang diciptakan dari Makmal Raidez. Pengawal 2 mengambil pisau itu dan memberikannya kepada Kerol. Ayumi membeliakkan matanya apabila melihat pisau yang tajam itu. Kemudian, Kerol terus menikam perut Ayumi dan ia telah menyebabkan Ayumi memuntahkan darahnya. Oleh sebab masih lagi melihat Ayumi bernafas, Kerol cuba menikam perut Ayumi lagi, namun kali ini tangannya membeku.
Oleh itu, Kerol terus memandang orang tersebut dan dapat melihat Puteh dari The Blade Musketeers (TBM) membekukan tangannya. P1 dan P2 cuba menyerang, tetapi Puteh telah membekukan kaki P1 dan P2. Sekarang ini hanya Puteh sahaja yang berlawan kerana yang lain tidak tahu mengenai perkara ini. Puteh tidak sempat memberitahu rakannya yang lain kerana dia berada di luar. Dengan pantas Puteh turut membekukan Thing iaitu hasil ciptaan Kerol dengan kiub ais.
Selepas Thing keras membeku, Dilan memanggil pedangnya dan memecahkan kiub itu menggunakan pedang 'Blue Opaque' miliknya. Thing hancur bersama-sama ais tersebut. Puteh berpaling ke arah Ayumi yang sudah kaku dan berlumuran dengan darah di atas katil itu. Dia sudah tidak dapat melihat lelaki yang sama seperti Thing iaitu Kerol kerana dia telah berjaya melarikan dirinya. Puteh cepat-cepat menuju ke arah Ayumi dan memusnahkan rantai besi yang merantai tangan dan kaki Ayumi dengan pedangnya.
"Ayumi tolong bertahan." ujar Dilan risau dan terus merangkul tubuh badan Ayumi lalu terbang untuk ke hospital.
Selepas sampai di hospital dan berjaya memasukkan Ayumi ke dalam Unit Kecemasan, Puteh terbang ke atas semula dan menelefon rakan serumah Ayumi di suatu tempat yang dia gunakan untuk mendarat, tetapi tidak jauh dari hospital tersebut. Dia menelefon menerusi nombor Tina dengan menggunakan 'telefon awam' kerana hanya nombor Tina sahaja yang dia ada. Kemudian, dia menelefon polis untuk ke tempat kejadian dan menangkap P1 dan P2. Malahan, dia turut menelefon Khai menggunakan telefonnya kerana mahu Khai merawat luka Ayumi dalam diam. Tetapi, apabila Khai tidak menjawab panggilannya, maka dia terpaksa menghantarkan mesej.
Puteh tidak terfikir untuk menghantar Ayumi terus kepada Khai kerana dia sedang panik. Apa yang berlegar-legar dalam fikirannya tadi hanyalah hospital memandangkan itulah tempat orang yang sakit pergi dan dihantar. Puteh menunggu di luar kawasan hospital kerana ingin mengelakkan syak. Setengah jam kemudian, Tina dan yang lain sampai di hospital dengan wajah risau. Setelah melihat rakan serumah Ayumi sampai, Puteh terus terbang ke atas dan mahu pulang ke rumah. Dia terbang di langit dengan wajah sedih dan diselubungi dengan perasaan serba-salah serta perasaan takut. Takut Ayumi tidak berjaya diselamatkan.
"Eh korang, patut ke kita telefon keluarga Ayumi? Dia dah masuk hospital ni." soal Tina. Yurina, Mina dan Henna berfikir.
"Saya rasa patut." jawab Henna sambil membetulkan cermin matanya. Yurina mengangguk.
"Aku pun rasa macam tu. Papa dia selalu pesan untuk telefon dia setiap kali Ayumi ada masalah sebab Ayumi bukannya jenis yang suka 'call' mak ayah dia. So, kita 'call'." sokong Yurina.
"Okey." Mina terus mendail nombor ibu bapa Ayumi. "Nah!" kata Mina dan memberikan telefonnya kepada Yurina. Yurina cuak.
"Eh, kaulah bercakap dengan papa dia." balas Yurina memberikan telefon itu kepada Mina kembali. Mina terus memberikannya kepada Tina. Tina membeliakkan matanya, namun akur.
"Ya. Maaf Uncle, ada masalah 'line' sikit tadi. Sebenarnya saya nak cakap Ayumi mengalami satu kemalangan kecil dan dia sedang dirawat di hospital. Entahlah saya pun tak tahu teruk ke tak sebab saya baru sampai. Oh, pagi esok Uncle dan Auntie sampai. Baiklah. Eh, boleh je nak tumpang rumah kami buat sementara ni. Okey. Bye. Er, Waalaikumussalam." kata Tina sambil menghembuskan nafasnya. Dia sangat gementar tadi. Dia memberikan 'phone' itu kepada tuannya kembali iaitu Mina.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...