...sambungan Bab 27

84 15 0
                                    

...

SEMENTARA ITU, Tina memasuki rumah sewanya dengan wajah masam mencuka. Rakan serumahnya melihat Tina dengan wajah biasa. Mereka sudah dapat mengagak apa yang telah berlaku kerana riak wajah Tina itu menceritakan segala-galanya.

Tina melabuhkan punggungnya bersebelahan Mina dan melentokkan kepada ke bahu Mina. Mereka semua ralit menonton cerita di kaca TV. Tina mengangkat muka dan memuncungkan mulutnya sekali lagi.

"Korang tak nak tanya aku ke kenapa wajah aku monyok?" soal Tina.

"Ha, perlu ke?" bidas Mina dengan wajah kosong. Matanya masih fokus menonton TV.

"Perlulah."

"Kenapa? Apa yang dah berlaku?" soal Yurina kerana ingin menjaga hati Tina.

"Tak perlu Yurina, biar aku teka. Dilan tak ada kan?" teka Mina. Tina menggelengkan kepalanya.

"Bukan, teka lagi."

"Dilan halau kau?" Yurina pula mencuba. Tina menggelengkan kepalanya lagi.

"Dia marah kau?" giliran Mina pula memberitahu jawapannya.

"Salah!"

"Dia luahkan perasaan dekat kau..." kata-kata Yurina dipotong oleh Mina.

"Eh, kalau Dilan luahkan perasaan dia dekat ulat bulu ni memang melonjak gembira sampai tak pijak tanahlah gamaknya dia ni."

"Aku tak habis cakap lagi. Jangan potong barisan! Dilan luahkan perasaan sebenar dia dan tolak kau mentah-mentah."

"Haha! Salah! Lagi-lagi."

"Um, Joshua ada dekat situ juga." Celah Henna dan turut serta dalam permainan kawan serumah mereka pada petang itu.

"Teng!!! Salah! Lain." Bidas Tina laju.

"Seronok pula kau main benda ni ya. Okey, fine by me. Aku ada satu jawapan yang kau tak boleh tolak lagi. Jawapan yang paling tepat dan mutakhir!" kata Mina bersemangat.

"Um, apa dia? Aku pun nak tahu apa yang mutakhir sangatnya." Celah Yurina.

"Heh, jiran sebelah rumah kita marah kau lagi kan." teka Mina.

"Siapa dia?" soal Tina teruja. Mina sudah hampir dengan jawapannya.

"Ala, Mak cik bawang yang tiba-tiba sergah kau hari tu kan. Hahahaha! Bijak kan hamba."

Tina terus mendiamkan dirinya. "Bukan dia."

"Ha?" Yurina, Henna dan Mina mengerutkan dahi mereka. Mereka sudah kehabisan idea.

"Jiran tu dah betul dah..."

"Zull, kan? Lembap!" celah seseorang yang tidak disangka-sangka kehadirannya.

Ayumi menjawab dengan selamba dan terus menaiki tangga ke biliknya semula. Dia turun ke bawah kerana ingin mengisi air masak ke dalam botolnya sebentar tadi dan terdengar perbualan mereka sepanjang waktu itu. Sebelum berlalu naik ke atas, Ayumi sempat menjeling mereka semua.

"Sibuk aje dia tu. Kenapalah dia tak pergi makmal hari ni." Kata Mina tidak berpuas-hati.

"Dia pun mestilah penat, kita baru berlawan dengan makhluk tandas tadi kan. Memang betul ke Zull?" soal Yurina.

Tina mengangguk. "Um, dia. Dia juga ada pesan jangan pijak rumput di depan rumah dia lagi. Korang jangan pijak ya, nanti kena maki."

"Eh, kisah pula aku. Esok aku nak cabut satu persatu rumput tu kemudian lemparkan ke muka dia macam dalam drama tu. Ha, padan muka." Sangkal Mina dan kemudian ketawa mengekek.

"Dahlah. Eh, esokkan cuti, aku nak ke pasar. Korang ikut ya, bolehlah kita kongsi barang untuk pegang balik rumah." Pesan Yurina. Mereka bertiga mengangguk faham.

...

Di sebuah taman rekreasi, pukul 6.30 petang.

BEBERAPA orang kanak-kanak yang sedang bermain-main di taman rekreasi itu berhenti bermain apabila ibu bapa mereka mula memanggil mereka untuk pulang ke rumah. Mereka harus pulang sebelum maghrib. Ia peraturan yang telah ibu bapa mereka tetapkan.

Saat orang lain mula beransur pulang, seorang budak lelaki telah tersepak bolanya ke belakang pula. Dia berlari anak untuk mendapatkan bola itu kembali. Sewaktu mendapatkannya, sesuatu terjatuh di hadapannya. Suatu kad berwarna hitam. Plak yang agak tebal. Kanak-kanak itu atau Chin, mengambil kad itu dan membaca ayat yang tertulis di atasnya.

"Jangan baca ayat ini. Jika dibaca sebanyak 10 kali, maka suatu bencana yang besar akan melanda. Tiada sesiapa yang dapat menghalangnya termasuklah manusia yang kamu anggap sebagai wira. Mereka yang terpenjara akan kembali mengambil HAKnya."

Baca Chin dengan sekali baca. Kemudian, ibu bapanya mendapatkan Chin kerana ingin memantau keadaan Chin yang tiba-tiba sahaja berhenti berjalan.

"Kenapa ni Chin?" soal Puan Liu kepada anaknya, Chin.

Chin memberikan plak itu kepada ibu bapanya. Mereka berdua mengambilnya dan membaca kad itu. Kini, sudah 3 kali ia dibaca, tinggal lagi 7 sebelum IA dilepaskan.

"Bang, kita bagi polis sahaja kan." Cadang Liu. Suaminya mengangguk dan mengambil keputusan untuk memberikan kad itu kepada pihak polis.

Di suatu tempat berhampiran taman tema pula, satu lagi plak yang sama terjatuh di hadapan seseorang. Seseorang itu membaca plak tersebut dan memberinya kepada kawan-kawannya yang lain pula. Mereka semua membaca kad itu sebanyak 8 kali memandangkan dia mempunyai 8 orang kawan. Tinggal lagi 2 bacaan.

Di dalam sebuah pasar juga, plak itu turut dijumpai. Pekerja pasar yang menjumpainya membaca sebanyak dua kali dan kemudian menyerahkan plak tersebut kepada pihak pengurusnya. Kini, 3 plak telah jatuh ke bumi dan telah dibaca. Hanya menunggu masa sahaja untuk mencukupkan 10 kali bacaan sebelum BENCANA besar berlaku.

~ ~ ~

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now