Bab 24: Raksasa Berkaki Empat

109 18 0
                                    

ZULL membuka pintu pagar rumahnya dan memasuki perkarangan rumah sewa dengan wajah lesu. Sebentar tadi selepas ke rumah Nek Nor, dia telah ke rumah Liam. Pada pukul 10 malam barulah dia berangkat pulang ke rumah sewanya itu. Zull kemudiannya membuka pintu utama rumah dan memasukinya dengan selamba. Saat memasuki rumah sewa itu, Joshua atau Abang Az terus menerkamnya.

"Mana Zull pergi ha! Tahu tak Zull daripada pagi tadi sampailah sekarang baru Zull balik. Zull pergi mana malam-malam buta macam ni? Dah pukul 10 malam, faham tak?" marah Joshua sambil menarik rambut afro adiknya itu. Zull meronta-ronta.

"Aduh! Sakitlah Abang Az. Ah, Zull lupa nak mesej Abang Az dan Dilan. Sorry-lah... Banyak benda dalam otak Zull sekarang ni. Abang lepaslah rambut Zull ni, sakitlah. Ish!"

Zull cuba melepaskan genggaman tangan Joshua pada rambutnya. Namun, Joshua langsung tidak berganjak. Jadi, Zull turut menarik rambut Joshua dan menyebabkan mereka bergelut sesama sendiri. Dilan mengeluh ringan sambil menggelengkan kepalanya.

"Nak sangat tarik rambut Zull, kan? Ha, ambik ni! Ingat benda atas kepala Zull ni sabut kelapa ke. Ambik ni!" Zull dan Joshua masih lagi bergelut sambil menarik rambut masing-masing.

"Korang dahlah tu. Janganlah bising sangat nanti jiran marah. Harun dekat atas tu tengah tidur, kesian dia." pujuk Dilan lembut.

"Dee, kau suruhlah Nangka Busuk ni berhenti tarik rambut aku, barulah aku akan berhenti. Lagipun, ada aku kisah dengan Harun?"

"Ish! Yalah, yalah! Abang mengalah. Zull ni kan, kenapa tak cakap yang Zull ada kuasa api?" duga Joshua sambil melepaskan rambut Zull daripada genggamannya.

Dia kemudiannya menunjal dahi Zull dengan kuat. Zull membulatkan matanya dan kemudiannya mengalih pandangan ke arah Dilan.

"Siah, kau beritahu Pinggan Mangkuk ni pasal kita? Kenapa Siah, kenapa rahsia besar macam ni kau tak pandai simpan Siah. Siah aku ingat kau ni amanah. Tapi, Siah kau tipu. Kau penipu! Hantar aku ke rumah mak ayah aku sekarang, Mail! Kau dengan Lelaki Ulat Bulu ni sama aje." bebel Zull ringkas sambil menggosok dahinya yang ditunjal oleh Joshua tadi.

"Bukan salah Dilan. Eh, kejap! Zull panggil Dilan Siah aje? Zull nama orang tu panggil-lah elok-elok. Kenapa panggil Siah. Siah tu nama perempuan. Aduhai, pokoknya ini bukan salah Dilan. Dilan terpaksa beritahu Abang sebab Abang ada, ada kuasa jugak. Abang ada kuasa bayang dan sebab itulah Ayah rehatkan Abang. Masa Abang beritahu Ayah, Ayah kata Abang berhalusinasi..." kata Joshua dengan jujur. Zull melihat Joshua tidak percaya.

"Oh! Tadi bukan main marah Zull sebab tak beritahu Abang kan. Tapi, Abang pun sebenarnya sembunyikan kuasa Abang dari Zull. Abang nak tahu kenapa Zull dan Dilan tak beritahu Abang? Sebab nanti Abang akan jadi macam Ayah. Abang tak akan percayakan kami. Jadi, Zull dan Dilan tak ada pilihan. Itu pun kena cakap. Chett!" Zull mencebik dan menjeling Joshua tajam.

"Eh eh, amboi! Kau ingat kau sorang boleh jeling-jeling aku ha."

"Malas nak cakap dengan Abang. Poorah! Kejap, kejap Zull ada hadiah untuk Abang." kata Zull dan membelakangi Joshua kemudian dia kentut sekuat hati.

'Poooot!'

Joshua terus membuat wajah jijik dan jelek. Dia memadang ke arah Zull yang sedang tersenyum nakal itu dan mula mengejar Zull apabila Zull melarikan dirinya dengan menaiki tangga rumah.

"Hahahaha! Padan muka, bwekkkk!" laung Zull sebelum mengunci pintu biliknya.

"Zull, kau keluar sekarang! Zull! Ish, budak hingusan ni. Ada adik pun perangai macam budak-budak lagi."

Joshua bermonolog luaran sebelum membuat keputusan untuk turun ke ruang tamu kembali. Setelah turun dia terus duduk di atas kerusi sofa.

"Macam mana?" duga Dilan.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now