Bab 2: Manusia yang berani untuk bermimpi

391 35 30
                                    

.

.

.

22 tahun kemudian, di Bumi.

"Ah...!"

SEORANG lelaki terjatuh dari katilnya. Dia memegang kepalanya serta mengaduh kesakitan apabila kepalanya terhantuk sesuatu.

"Sakitnya." Lelaki itu mengusap bahagian kepalanya yang terkena sesuatu tersebut. Dia melihat ke arah jam dinding di dalam biliknya. Tepat pukul 6 pagi.

"Aku bermimpi mengenai Tuanku Ozzette itu lagi ke. Um..." lelaki itu mengeluh panjang dan berdiri.

Dia membuka satu persatu butang baju tidurnya. Dia ingin mandi dan solat. Lelaki itu atau nama penuhnya Rafizal Aiman bin Mukhlis atau nama manjanya Dilan (21) sering sahaja bermimpi perihal mimpi yang sama. Dia bermimpikan kisah Tuanku Ozzette dan Putera Mazhe hampir setiap kali dia terlelap.

Mimpi itu bermula hampir SEBULAN yang lalu. Dia telah membeli rantai yang mempunyai batu permata yang aneh daripada seorang nenek pada TIGA tahun yang lalu. Semenjak dia memakai rantai itu juga, dia mempunyai kuasa ais. Tiada sesiapa yang pernah mengetahui akan hal ini kecuali kawan baiknya Zull Alfi Almi bin Azhar (18). Dia tidak berani menceritakan tentang kuasanya kepada keluarganya sendiri.

Tok...tok...

Bunyi ketukkan pintu biliknya kedengaran. Dilan mengalih pandangan ke arah pintu. Dia menuju ke arah pintu itu dan memulas tombol perlahan. Dia tersengih-sengih apabila melihat jejaka yang kini berdiri tepat di hadapannya.

"Dilan okey ke tak ni? Meraung-raung, risaulah." ujar jejaka itu ataupun Raikal (29), abang iparnya. Dilan menggelengkan kepalanya.

"Tak. Okey aje." jawab Dilan ringkas.

"Eh, mana satu ni. 'Tak' ke 'Okey aje'? Kenapa ada dua jawapan? Itu jawapan objektif ke apa?" soal Raikal pelik.

Dilan tergelak kecil. "Eh, gelak pulak. Dahlah, mandi, solat lepas tu bolehlah turun makan sarapan. Dilan nak keluar pula lepas ni, kan?" Raikal memandang Dilan yang sedang menggaru belakang tengkuknya.

"Haah. Nak hantar Kak Riana ke klinik. Hari ni perjumpaan dia kat klinik."

"Tu la, Riana ada bagitahu abang tadi. Teman Kak Riana elok-elok. Anak abang dalam tu." sorak Raikal gembira.

Kak Riana atau kakak kandung Dilan telah berkahwin dengan Raikal dua tahun lalu dan mereka bakal menimang anak tahun ini. Dilan tergelak kecil lagi.

"Yalah, anak saudara Dilan pun dalam itu jugak. Okey bang. Dilan pergi mandi dulu ya." kata Dilan sambil menutup pintu biliknya.

Raikal mengangguk dan menuju ke arah dapur semula. Dia menuju ke meja makan dan duduk di sebelah Riana.

Dilan memulas pili air panjut. Dia menyuakan muka ke arah aliran air panjut tersebut. Dia mengeluh. Sudah lama dia tidak dapat tidur dengan lena. Dia diganggu mimpi yang sama setiap hari. Mimpi itu seolah-olah sebuah dosa yang menghantui empunya badan pendosa sahaja. Dia seperti 'layang-layang yang terputus talinya'.

Dia tidak tahu kepada siapa dia harus luahkan kerisauannya. Mimpinya berkisarkan tentang Tuanku Ozzette memanggil anaknya, Mazhe mengadap dan menghukum Mazhe turun ke Bumi untuk mengumpul kembali batu-batu Permata Saphira. Adakah batu permata yang diikat di rantainya itu batu Permata Saphira? Fikir Dilan.

"Aku patut jumpa Zull." bisik hati Dilan.

Dilan tahu dia harus berjumpa dengan Zull memandangkan Zull juga turut mempunyai batu permata yang hampir serupa dengannya namun berwarna hitam. Zull juga mempunyai kuasa api apabila memegang batu permata itu. Namun, Zull tidak mengalami mimpi-mimpi yang dia alami.

Usai mandi dan solat, Dilan memakai baju T-shirt tiga suku berwarna biru dan berseluar denim berwarna coklat. Dia menuruni tangga dan menuju ke meja makan.

"Ha, turun pun." sapa Ayahnya, Mukhlis (53) tersenyum nipis.

Ayahnya sudah selesai menjamu selera. Dia sedang membaca surat khabar di meja makan itu. Dilan tersenyum dan menarik kerusi di sebelah adiknya, Aireen.

"Pagi, abang Dilan. Abang nampak semakin 'handsome'." puji Aireen (18) sambil mengukir senyuman menawan ke arah abangnya itu. Dilan tergelak kecil. Dia memang seorang yang suka senyum dan gelak.

"Terima kasih." jawab Dilan ringkas.

"Itu aje. Tak puji Aireen pun. Penat Aireen ringankan mulut puji abang." Aireen memuncungkan mulutnya.

"Abang tak pandai puji-puji orang ni. Kak Riana nak pergi klinik pukul berapa?" soal Dilan memandang Riana yang sedang sarat mengandung.

"Pukul 9 pagi ni janji temu akak. Harapnya tak ramai orang. Takut nanti masa teranjak, jadi lama kena tunggu. Kita bertolak pukul lapan pagi ya. Pergi awal lagi bagus. Lepas balik boleh ke pasar. Akak nak beli barang basah. Akak mengidam nak makan jambulah, nak itu dan ini. Haih, penat dah makan tu semua." keluh Riana (28). Dia mengunyah sandwich perlahan-lahan. Mukhlis, ayah mereka bertiga ketawa jahat.

"Ayah, sampai hati ketawakan Riana. Apalah ayah ni." Riana mengetap bibirnya. Raikal turut tergelak kecil. Riana menjeling Raikal tajam.

"Abang tengok ni." sampuk Aireen sambil mendekatkan kerusinya dengan Dilan. Dia menunjukkan kepada Dilan video dari telefon pintarnya.

"Apa ni?" soal Dilan sambil mengunyah makanan.

"Video 'superhero'. Tengok ni, siap ada orang terbang lagi." kata adiknya dengan teruja. Dilan menyaksikan video itu dengan fokus. Dia membeliakkan matanya luas.

"Mana benda ni berlaku? Luar negara ke?" soal Dilan ingin tahun.

"Kejap. Aireen baca ruangan komen. Um, dekat Kelantan. Ini kawasan sekolah. Sekolah Menengah Bukit Berapi (SMBB)." balas Aireen sambil ralit membaca komen-komen orang ramai.

Ada yang lawak dan ada yang marah. Dia tergelak tiba-tiba apabila terbaca komen lawak. Dilan berfikir sejenak.

"Aireen, tolong 'share' dan 'tag' nama abang." pinta Dilan.

Aireen melihat abangnya pelik namun, akur. Dia menekan simbol 'kongsi' dan menaip nama abangnya pada laman mukabuku miliknya.

"Abang nak buat apa dengan benda tu?" soal Aireen ingin tahu. Kemudian, dia meneguk air milo panas perlahan-lahan. Dilan tersenyum.

"Saja nak tengok balik dengan Zull nanti." balas Dilan ringkas.

Aireen tersedak air minumannya. Dia sangat tidak suka abangnya berkawan dengan Zull. Baginya Zull memberikan pengaruh buruk kepada abangnya.

"Abang, kenapa kena tunjuk dekat budak tu pulak. Abang tengok sorang sudahlah. Ajak dia tengok bagai buat apa. Abang ni kan, sejak akhir-akhir ni semua benda nak cerita dekat budak pendek tu. Dia dapat buat apa kalau abang tunjuk video tu dekat dia. Mesti dia kutuk abang punya, macamlah Aireen tak kenal budak tu. Dia tu berlagak pandai, dahlah hodoh." bebel Aireen panjang sambil mencebik.

"Aireen, tak baik cakap dekat orang macam tu. Jangan sampai jadi 'kerana mulut, badan binasa'. Perkataan tu 'tapis' sikit, nanti terkena dekat kita sendiri. Um, masa untuk ayah pergi kerja dah ni. Aireen dah siap makan ke? Ayah nak hantar ke sekolah." kata Mukhlis sambil matanya melihat tepat ke arah Aireen yang sedang membuat wajah tidak berpuas hatinya.

Dia tergelak kecil. Aireen sedang menyambung pembelajaran Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Ambang Bakti.

"Gelak pulak. Yalah, Aireen dah siap ni. Akak, abang pergi dulu." Aireen bersalaman dengan Riana serta Dilan. Kemudian, dia mengikut langkah ayahnya ke tempat parkir kereta di luar rumah.

Dilan dan Zull mula berkawan tiga tahun lalu. Selama tiga tahun itu, Zull selalu bertandang ke rumah keluarga Aireen untuk melepak dengan Dilan. Namun, hubungan Zull dan Aireen seperti anjing dan kucing. Mereka berdua pantang berjumpa dan akan bertekak lidah jika bertemu. Aireen tidak sukakan Zull kerana Zull bermulut celopar dan suka mengutuknya.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now