...sambungan Bab 52

39 9 4
                                    

...

BIRU dan Hijau memasuki tempat itu dengan berhati-hati. Nampaknya tidak ramai yang mengunjungi tempat itu. Mungkin ia tidak menarik hati mereka. Saat Biru dan Hijau memasuki tempat tersebut yang seperti khemah sarkas yang besar, pemiliknya turut keluar untuk menemui Biru dan Hijau dengan berjalan perlahan-lahan ke arah mereka.

"Wau, lihatlah apa yang kita ada di sini." Tegur pemilik itu atau Jani, orang yang telah menangkap Tina dan Mina. Biru dan Hijau terus berada dalam posisi pertahanan.

"Jadi, adik-adik semua pun nak massage ke?" soal Jani.

"Ma-massage? Bukan ni kedai tilik nasib ke?"

"Um, tapi itu sekadar iklan nak tarik pelanggan aje. Jadi, adik-adik nak massage?"

"Ur um, sebenarnya kami datang sini sebab tadi ada orang cakap kawan diorang yang masuk ke dalam tak keluar-keluar lagi. Jadi, kami nak pantau keadaan. Awak ada nampak dua kawan masuk ke dalam ini?"

"Oh...Mereka ada....di dalam. Jom, saya tunjukkan tempat diorang." Ajak Jani dengan sinis dan berjalan membelakangi mereka untuk masuk ke bahagian yang lebih dalam.

Biru mahu mengikut, tetapi Hijau seperti menghalangnya. "Biru, saya rasa tak sedap hati. Kalau dia orang jahat, maknanya dia cuba perangkap kita dengan masuk ke dalam." Bisik Hijau. Biru berhenti berjalan dan seperti sedang berfikir, kerana apa yang dikatakan oleh Hijau ada betulnya.

"Adakah Cik tahu siapa kami?" duga Biru di belakang Jani. Jani berhenti.

"Wira yang melindungi bandar ini, Pahlawan Pelindung."

Saat mendengar jawapan Jani, Biru dan Hijau menukar posisi berlawan dan berjaga-jaga dengan serentak. Melihat akan gerak-geri itu membuatkan Jani tergelak kecil.

"Ala, nampaknya penyamaran saya sudah terbongkar." Ujarnya sinis.

"Ya, penduduk di sini hanya mengenali kami sebagai Night Stalkers, manakala pihak musuh kami mengetahui nama asal kami yang sebenarnya." Balas Biru serius.

"Ah, bodohnya saya sebab terlepas cakap. Heh! Ah, tapi tak apa sebab tujuan kami buat benda ni pun memang sebab nak perangkap kamu semua. Haha."

Jani membalas dan kemudian menjatuhkan dirinya ke belakang. Saat itu, terdapat percikan air yang merecik di tempat Jani jatuh. Kemudian, suatu asap mula menyelubungi tempat itu. Biru dan Hijau menuju ke arah tempat Jani berdiri dan jatuh tadi dan sudah tidak nampak jasad Jani lagi.

"Mana dia pergi?" soal Biru dengan bingung kerana tempat itu hanyalah lantai, tiada lubang atau tempat dalam apa-apa pun. Air juga tiada, jadi macam mana terdapat percikan air tadi. "Hijau..." Biru memanggil Hijau dan berpaling ke belakangnya kerana tadi Hijau mengikut di belakangnya. Namun, kelibat Hijau sudah tiada.

"Hijau?" Biru kepelikan dan dia mula menelan air liurnya kerana tempat itu mula berubah dengan perlahan-lahan sehingga dia bukan lagi berada di dalam sarkas, tetapi di dalam sebuah hutan.

"Ah, sudah. Habislah aku......Hijau...Hijau! Hijau! Mana kau!" laung Biru lantang. "Adakah ini hanyalah halusinasi aku? Ini bukan realiti, kan. Tadi, aku berada di dalam sarkas. Tak ini tak betul, ini tak betul Biru."

Biru memejamkan matanya dan meyakinkan dirinya bahawa dia sedang berhalusinasi. Kemudian, dia cuba membuka matanya dengan perlahan-lahan dan berharap halusinasi itu sudah berakhir. Tetapi, dia tersilap. Saat membuka matanya, dia sudah pun berada di dalam tanah jerlus berselut dan dan selut itu telah turun ke dalam sedikit demi sedikit bersama badannya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now