...
SEMENTARA itu, di dalam kelas Gred A+, Ayuri sedang melemparkan pemandangan ke luar tingkap. Dia memerhatikan gelagat manusia yang sedang datang sekolah. Sungguh dia sangat kesunyian sekarang ini. Walaupun dia ada mak cik dan sepupu, tetapi mereka semua tidak mampu untuk memahami kesunyian dalam hatinya. Tiba-tiba wajah Dilan muncul dalam benak pemikirannya.
"Ugh, why him. Why him. He got too many of fans because of his face and attitude. He can never be mine. Lagipun, aku bukannya sukakan dia pun. Ah, nyah kau dari fikiran aku, lelaki kacak!" bisik hati Ayuri sedih.
Kemudian, dia memandang ke pintu masuk kelas. Kelihatan wajah Dilan dan Zull memasuki kelas itu dan mereka diikuti oleh Tina. Ayuri terus menjeling mereka semua dengan tajam dan sempat mendengus. Semua kelibat itu menyemakkan pemandangannya.
"Mungkin aku patut pakai spek, biar pandangan aku kabur dan tak dapat lihat wajah diorang lagi." bisik Ayuri lagi.
Beberapa minit kemudian, Cikgu Shahida memasuki kelas mereka. Mereka memulakan kelas pertama pada hari ini. Sewaktu mengajar, pintu kelas itu diketuk dan wajah Miss Broome kelihatan di muka pintu.
"Maaf mengganggu Cik Shahida." sapa MB.
"Tak apa. Kenapa ya Miss Broome?" balas Shahida lembut.
"Kita ada pelajar baharu hari ni, silakan." pelawa MB tersengih-sengih. Seorang perempuan memasuki kelas itu dan berdiri di depan kelas tanpa senyuman. Niel dan Ayuri membulatkan mata mereka dengan besar.
"Perkenalkan diri kamu." arah Shahida.
"Saya Nur Liyana. Boleh panggil saya Liya. Saya tak sukakan seseorang yang bercakap banyak dan mesra, jadi tak perlu cuba rapati saya. Saya suka buat eksperimen. Terima kasih." ujar Liyana dan terus duduk di sebelah Ayuri, sepupunya. MB mengeluh besar. Amat susah untuk mengajar anaknya, Liyana untuk beradab. Ayumi memandang Liyana tak berkedip.
"Adakah dia satu spesies dengan aku?" soal hati Ayumi.
"Liya? Kau tak bagitahu aku pun kau datang sini. Bila sampai?" soal Ayuri.
"Baru tadi. Hai, awak nampak sihat." sapa Liyana sambil tersenyum.
Liyana seorang yang sangat susah untuk senyum kecuali kepada ibu serta sepupunya, Ayuri. Jadi, sangatlah jarang untuk melihat senyumannya itu. Melihat keakraban Ayuri dan Liyana sudah cukup untuk membuatkan Zull mengelengkan kepalanya, seolah-olah dia sudah dapat mengagak hubungan Ayuri dan Liyana.
"Liyana ni anak saya, jadi kamu berilah dia tunjuk ajar ya tentang sekolah ni. Cikgu, saya pergi dulu." kata MB tersengih-sengih. Shahida sekadar tersenyum.
"Oh, anak MB ke." ujar Botak. Kelas itu menjadi bising selepas mendapat tahu Liyana merupakan anak MB.
"Okey kelas, senyap. Kita mulakan kelas sekarang." jerit Cikgu Shahida. Namun, satu pengumuman pula berkumandang di corong pembesar sekolah.
"Kepada Zull Alfi Almi, sila ke Pejabat Pengetua sekarang juga. Saya ulangi..." pengumuman itu terus membuatkan Zull berdiri.
"Saya tu, Cikgu. Cikgu, saya kena keluar sekarang." ujar Zull.
Cikgu Shahida melihat Zull dengan perasaan yang geram. "Hm, yalah." ujar Cikgu Shahida sambil menggelengkan kepalanya.
Cikgu Shahida tahu tentang kejadian semalam kerana Cikgu Ros menceritakan segala-galanya kepadanya. Mereka tinggal dalam satu rumah, oleh sebab itulah Cikgu Shahida dapat tahu akan hal tersebut. Memandangkan Zull telah menyusahkan Cikgu Azrell, jadi Shahida turut marah akan Zull. Zull hanya tersenyum ke arahnya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...