...sambungan 47

45 7 0
                                    

...

"Dilan..." panggil Tina sedih.

"Hish, tak payah nak berDilan sangatlah. Dilan tak ada di rumahlah. Jom masuk rumah balik." ujar Mina garang.

Mina dan Tina memasuki rumah mereka dan terus duduk di atas kerusi ruang tamu. Yurina yang sedang melipat kain baju di ruang tamu itu menegur mereka.

"Macam mana? Dilan ada tak?" soal Yurina. Henna berada di sebelah Yurina dan turut melipat kain baju. Tina menggelengkan kepalanya.

"Dia tak ada. Tak sempat nak tanya dia ke mana. Lagi pun, aku tak berani nak tanya sebab budak tu ada tadi." jawab Tina kecewa.

"Budak tu? Zull ke?" soal Yurina lagi. Tina mengangguk.

"Kurang ajar betul budak tu. Tak cakap apa-apa pun selain terima kasih." marah Mina.

"La, okeylah tu. Kau nak apa lagi?" soal Yurina pelik.

"Tak adalah, at least cakap perkataan baik-baiklah."

"Dia cakap apa?" soal Yurina lagi.

"Dia cakap kat Tina, 'mana kau tahu Dilan kahwin dengan kau. Manalah tahu, ajal dulu datang menjemput'. Cis, dia doa Tina mati ke apa!?" marah Mina lagi. Tina mengangguk-angguk tanda menyokong Mina. Mendengar jawapan itu, tawa Yurina mula meletus. Mina dan Tina beriak pelik dan memandang wajah satu sama lain.

"Kau dah kenapa gelak-gelak, bukan lawak pun." Marah Mina tidak berpuas hati dengan gelak tawa Yurina.

"Tak adalah, boleh tahan jugak mulut Zull tu. Tapi, ada betulnya juga apa yang dia cakapkan tu. Dahlah. Tina, kau nak pergi ke tak rumah Khai malam ni? Dia ajak kita makan malam kan tadi?" soal Yurina.

Sebenarnya, semasa berada di dalam kereta Khai selepas balik dari sekolah tadi, Khai telah mengajak mereka untuk ke rumahnya pada malam ini. Tina cepat-cepat menggelengkan kepalanya sambil membuat wajah geli.

"Ish, tak nak aku! Aku kalau boleh, nak lari jauh-jauh dari dia tahu tak. Bagilah aku intan permata, berlian dan duit beribu-ribu pun, aku tak nak!" jerit Tina tegas.

"Sebab kau memang dah kaya. Jadi, kau tak hadap semua tu." balas Mina pula.

"Kau nak ke?" sindir Yurina.

"Kalau ada, aku nak. Tapi, masalahnya tak ada siapa yang sukakan aku pun." ujar Mina malas. Yurina dan Henna tergelak kecil. "Korang gelak kenapa!? Ingat aku buat lawak ke wei. Aku seriuslah."

"Mina, kalau kau nak sangat, kau carilah Datuk-datuk yang kesunyian di Malaysia ni." sindir Yurina. Mina merengus marah dan kemudian terus merangkul tengkuk Yurina. Yurina sekadar ketawa.

"Aku ada seseorang yang terlintas di kepala aku." Sampuk Tina.

"Ha?" Yurina dan Mina berpaling ke arah Tina dengan serentak. "Pasal apa ni?" soal mereka.

"Pasal datuk yang kesunyian di Malaysia."

"Er...kau tahu kan yang kami hanya bergurau." Jelas Yurina dengan nada ragu-ragu.

"Oh, korang tengah bergurau ke? Aahahahaha! Aku ingat serius! Hahahaha!"

".......???" Mina dan Yurina kebingungan di situ.

"Mazhe. Tan Sri Mazhe."

"Sudah, siapa pulak tu oi?" soal Mina ingin tahu.

"Antara orang yang paling kaya di Malaysia dan....dia duda."

"Seriuslah!" Yurina, Mina dan Henna menjerit dengan serentak.

Enam pasang mata itu juga kelihatan bersinar-sinar. Kemudian, mereka semua memandang ke arah Henna yang turut teruja mengenai perkara ini. Semua mata berkedip-kedip melihat ke arah Henna.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now