Keesokkannya, di rumah Night Stalkers, pukul 6.45 pagi.
TINA menyusun pinggan di atas meja makan. Dia telah menyiapkan sarapan pagi dan menunggu rakan serumahnya untuk turun makan bersama-sama. Setelah itu, Yurina dan Henna menuruni tangga dengan laju. Mereka berdua terlambat bangun pagi tadi.
Yurina dan Henna menuju ke arah dapur bersama-sama dan kemudiannya berhenti apabila melihat Tina sedang menunggu di meja makan dengan sarapan yang sudah pun terhidang. Mereka berdua ingin cepat ke dapur kerana ingin menyiapkan sarapan ringkas memandangkan mereka sudah tidak ada banyak masa untuk memasak.
"Tina...? Tina kan?" duga Yurina pelik.
Dia tidak pasti gerangan yang sedang duduk di meja makan itu Tina atau tidak kerana seseorang itu membelakangi mereka. Malahan, rambut Tina tidak seperti sediakala. Rambutnya telah disanggul seperti zaman 70-an. Tina berpaling sambil mengukirkan senyuman.
"Yurina, kan. Dan awak mesti Henna. Jemput duduk. Kita makan sama-sama."
Tina membalas dan mencedok bubur nasi ke mangkuk Yurina dan Henna. Henna dan Yurina menuju ke arah meja itu dan melabuhkan punggung mereka di atas kerusi dengan perlahan-lahan. Mereka masih kaget dengan perubahan Tina itu.
"Kau okey ke Tina? Ke kau kena sampuk?"
"Saya? Saya okey. Awak?"
Kemudian, giliran Ayumi pula untuk turun ke dapur. Ayumi terus duduk di atas kerusi yang bersebelahan Tina.
"Aku nak makan, aku lapar dan otak aku perlukan makanan."
Kata Ayumi dengan cepat tanpa melihat ke arah kiri dan kanannya. Dia terus mencedokkan bubur nasi ke dalam mangkuk yang berada di hadapannya. Dia terus memakan bubur itu tanpa banyak songeh.
"Sedap tak Ayumi? Ak, awak Ayumi, kan? Hehe..." Tina tersenyum manis. Ayumi melihat Tina yang sedang duduk di sebelahnya.
"Tina ke...?" tutur Ayumi turut tidak menyangka dengan perubahan Tina.
"Ya, saya."
"Sejak bila rambut kau jadi landak ni? Um, tak kisahlah, yang penting aku dapat makan."
Ayumi membalas dengan malas dan meneruskan sesi makannya. Kebiasaanya Ayumi bertolak awal ke sekolah. Namun, memandangkan dia tidur lewat semalam, dia telah terlambat bangun. Penggera telefon yang berbunyi pagi tadi, langsung tidak disedarinya.
"Tina!!! Kenapa kau tak kejutkan aku sekali tadi. Aku mandi kerbau tau."
Mina menjerit dengan lantang dan turut bergegas turun ke dapur. Sewaktu memasuki dapur itu, Mina mengangakan mulutnya.
"Ak! Makhluk asing."
"Pstt...Bukanlah, ini Tina." Yurina menegur Mina.
"Ti...na. Tina!? Hahahaha! Beb, itu rambut ke tahi lembu. Hahahaha! Mana kau kutip rambut macam ni, ha?"
"Kau tak nampak ke aku tengah makan!?" marah Ayumi garang.
"Er, jadi?" Mina kepelikkan.
"Jadi, jangan sebut pasal tahi! Ish, tak selera aku." balas Ayumi dan terus bangun dan ke pintu utama. Bubur nasi di atas meja itu sempat dia habiskan sebelum berlalu pergi.
"Mina, tengoklah apa kau dah buat."
"Aku bukan sengajalah. Hehehe..."
Mina tersengih-sengih dan mula duduk di atas kerusi makan. Tina hanya melemparkan senyuman ke arah mereka semua sewaktu mereka bertiga melihatnya dengan wajah berkerut seribu.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...