Bab 14: Pengakuan Berani Mati

142 20 0
                                    

DILAN duduk di atas sofa sambil memegang alat kawalan TV. Dia menukar siaran TV lain kerana siaran yang sedang ditayangkan tadi tidak menarik minatnya. Dia baru sahaja selesai memasak dengan Zull. Zull pula sudah berada di dalam biliknya. Dia sedang bersiap kerana ingin keluar.

Zull seorang yang tidak suka goyang kaki di rumah dan lebih suka bersiar-siar atau mengambil angin di luar. Tiba-tiba bunyi telefon pintarnya berdering. Seseorang menelefon Dilan. Dilan menerima panggilan itu dan mendekatkan telefon ke telinganya. Dia mengukirkan senyuman.

"Waalaikumussalam. Sihat aje. Ayah?" soal Dilan semula apabila ayahnya bertanyakan khabar.

"Sihat. Aireen sihat, cucu ayah sihat, Kak Riana dan Abang Raikal pun sihat. Macam mana keadaan di sana? Dapat sesuaikan diri ke belum?"

"Alhamdulillah semua okey aje. Nanti cuti penggal pertama sekolah Dilan balik sana ya. Dilan rindukan anak saudara Dilan dan yang lain."

"Bila cuti penggal tu?"

"Um, dua bulan lagi. Bermula 17-25 Mac."

"Ha, baguslah. Ayah nak buat tahlil untuk Ummi...Baguslah anak lelaki kesayangan Ummi ni ada masa tu."

Dilan tersenyum nipis. Dia masih lagi tidak percaya yang Umminya telah meninggalkan keluarganya hampir tiga tahun. Dilan terdiam sejenak.

"Dilan? Dilan okey?" sapa Mukhlis apabila Dilan tidak menyahut atau bercakap. "Dilan tak marahkan ayah lagi kan."

"Ha? Mestilah tak. Semuanya dah berakhir masa tu kan. Maaflah Dilan tiba-tiba terfikir benda lain tadi. Ayah jangan risau, kami dah lama maafkan ayah."

"Terima kasih sebab terima ayah balik. Kalau kamu semua tinggalkan ayah, ayah tak tahulah apa akan jadi pada ayah sekarang ni."

"Um, tak apa. Ayah janganlah fikir sangat pasal hal tu. Nanti tak pasal-pasal sakit kepala. Ayah pun patut berterima kasih kepada Zull. Dia yang banyak tolong kita masa tu." ujar Dilan tenang. Mukhlis mengangguk.

"Bercakap pasal Zull, mana dia?"

"Ada, dalam bilik. Kejap lagi dia nak keluar."

"Sekali dengan kamu?"

Mukhlis bertanya sambil mengunyah makanan. Dia sedang makan makanan petangnya di dalam pejabat. Sekarang adalah waktu rehat pejabat.

"Tak, Dilan tak pergi. Malas. Zull aje yang rajin keluar. Lagipun, Dilan tak suka bertemu dan berhadapan dengan orang luar. Seganlah." luah Dilan mengenai perangainya yang agak introvert.

Perwatakkan Zull pula berlawanan dengannya. Zull seorang ambivert, iaitu gabungan daripada extrovert dan introvert. Ada masa dia akan keluar untuk bergaul dan ada masa pula dia mengurung diri dalam bilik.

"Dilan ni tak habis-habis dengan sifat malu, kalah perempuan. Ayah tengok sejak akhir-akhir ni, perempuan pula yang agak berani dan selalu memulakan langkah terlebih dahulu. Lelaki pula terkepit-kepit nak berjalan. Huhu."

"Ayah janganlah sindir Dilan."

"Ayah tak sindir Dilan. Tapi, kalau Dilan terasa maksudnya Dilan pun buat benda itulah, kan. Haha!" Mukhlis ketawa nakal dihujung talian. Dilan mengetap bibirnya.

"Sape tu wei?" soal Zull tiba-tiba. Dia baru sahaja turun ke ruang tamu.

"Ayah aku."

"Orang tua tu ke, aku nak bercakap jugak! Assalamualaikum Pak Cik. Haah sayalah ni. Um, memang nak keluar. Tengah bersiap. Ikut suka hati sayalah. Sibuklah Pak Cik ni. Entah dia, kita ajak keluar, dia tak nak. Sayang sangat dekat TV dia tu. Hari-hari tau tak Pak Cik dia tengok benda tu. Saya balik aje, dia terpacak depan TV. Balik aje dia ada depan TV, balik aje dia ada depan TV, balik aje...Ha, kan saya dah ulang banyak kali. Itu menunjukkan benda ni banyak kali dah terjadi. Pak Cik tahu tak saya jumpa kawan baharu di sini. Ramai, haah. Tak cukup jari nak kira, kena pinjam jari Pak Cik sekali. Tumbuk Dilan? Boleh, boleh. Huhu...Dilan jeling saya Pak Cik. Pak Cik nak kahwin!?" Zull membebel sambil mengerling ke arah Dilan.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now