...
TINA masih memandang Dilan dengan senyuman menggoda. Dilan membuat wajah kesal dan meraup wajahnya. Tina mendekati Dilan. Mereka masih lagi berada di hadapan pintu pagar rumah Dilan dan Zull.
"Dilan, awak janganlah marah. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Khai pun."
"Saya tak rasa saya patut marah. Tapi, awak tahu kan Khai sukakan awak. Awak patut jaga hati dia juga."
"Kenapa saya perlu jaga hati dia. Saya tak ada apa-apa hubungan dia. Dia bukan suami atau teman lelaki saya pun. Awak kena faham Dilan, saya sukakan awak." Tina berkata dengan jujur. Dilan menghembuskan nafas berat sekali lagi.
"Sekurang-kurangnya awak jagalah hati dia sebagai seorang kawan. Saya minta maaf, saya nak masak. Saya masuk dulu ya. Bye."
Dilan pamit. Dia memasuki pintu pagar rumah dan menguncinya cepat. Dia tidak ingin Tina menganggunya lagi. Tina memuncungkan mulutnya dan menghentakkan kaki ke tanah banyak kali. Dia kemudiannya mencebik. Dia mengambil keputusan untuk memasuki rumahnya kembali. Tina menuju ke ruang tamu rumahnya dengan wajah masam mencuka.
"Ni kenapa ni, muncung aje mulut. Bukan sepatutnya kau gembira sampai tak ingat dunia ke lepas jumpa Si Jantung Hati Ikat Tepi kau tu. Hehe." sindir Mina sambil berkekek-kekek ketawa bersama-sama Yurina memandangkan Yurina satu kepala dengannya dalam bab sebegini.
"Khai ada tadi. Rosakkan mood aku aje."
Tina menjawab dengan malas. Mina dan Yurina memandang antara satu sama lain. Yurina, Mina, Henna dan Tina sedang menunggu drama bersiri Si Jantung Hati Ikat Tepi yang akan ditayangkan sebentar lagi dalam kaca TV. Cerita itu merupakan adaptasi daripada sebuah novel.
"La, Khai aje pun. Dah kenapa sampai rosakkan mood kau." balas Yurina pelik. Mina mengangguk-angguk tanda bersetuju.
"Dilan ajak Khai ke rumah dia." Tina mengalih pandangan ke arah kaca TV. Yurina dan Mina membuat reaksi terkejut.
"Oh My God, Dilan gay ke. Astaghfirullahalazim. Yalah, Khai kan lembut macam tu mesti dia sukakan Khai. Khai tu ada rupa kut, walaupun wajah jambu. Memang wajah yang perempuan suka sekarang ni. Lagi-lagi pencinta drama Korea dan K-Pop. Dilan tu pula memang hensem gila! Aduhai, kenapa orang hensem mesti jadi gay ya? Tak ingat TUHAN ke! Kenapa!? Hati ini hancur dan luluh keranamu. Hati ini...Adoi! Sakitlah..." Mina mengaduh apabila Tina mencubit pahanya.
"Dilan bukan macam tulah. Si Khai tu kan sukakan aku, tak mungkin dia ada hubungan dengan Dilan. Dilan macam tak layan aku sangat sebab dia dah tahu Si Sotong tu sukakan aku. Dilan kan baik. Sudah tentulah dia tak nak Khai kecewa."
"Ha, yang Dilan tu seorang yang baik aku setuju. Oleh sebab itulah aku tak rasa kau sesuai bersama-sama Dilan. Kau tu jahat. Kau pernah dengar tak lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Hahaha!"
Yurina ketawa jahat. Gelak tawanya disambut oleh Mina sekali. Mereka ketawa jahat membuatkan Tina memukul-mukul badan Yurina dan Mina dengan bantal sofa.
"Aku cuma sukakan Dilan. Itu pun salah ke." Tina mencebik. Tina berhenti memukul kawan serumahnya itu dan duduk mencangkung di atas kerusi sofa.
"Tina, kau baru kenal Dilan beberapa hari aje. Kau sukakan dia sebab rupa, kan?" balas Mina berhenti ketawa.
"First jumpa dia tu memanglah. Tapi, selepas minum air dengan dia dan pergi pasar dengan dia. Barulah aku tahu dia seorang lelaki yang baik. Aku rasa dialah lelaki yang paling sesuai untuk jadi suami dan teman hidup semati aku. Aku dah 23 tahun, jadi aku sudah boleh mula mencari teman hidup kan. Korang pun patut mula mencari." Tina mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengeya-eyakan kata-katanya sendiri.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...