...sambungan Bab 17

100 14 0
                                    

...

Di Kampung Paku Pakis, Rumah Mina, Pukul 11.59 Pagi.

MINA meletakkan beg baju di atas rumput yang berada di hadapan rumahnya. Dia hanya membawa sedikit baju sahaja memandangkan esok petang dia akan pulang ke Bandar Bukit Berapi kembali. Mina melihat rumahnya dengan wajah gembira.

Dia gembira kerana dapat melepaskan rindu kepada Ayah, Ibu dan Kakak tirinya, walaupun dia tidak suka Kak Yati bernikah dengan Fendi. Mina mengangkat beg baju kembali dan mendaki tiga tangga untuk ke pintu utama rumahnya. Mina mengetuk pintu itu sebanyak tiga kali.

"Assalamualaikum! Kak, Mak, Ayah!" laung Mina lantang dan ketawa nakal. Kemudian, seseorang membuka pintu dengan senyuman sinis.

"Dah sampai ke?"

Seseorang itu melemparkan senyuman nakal ke arahnya dan menyilangkan tangan. Mina mengangakan mulutnya luas kerana terkejut melihat seseorang itu atau Ayuri terpacak di hadapan rumahnya.

"Wei, apa kau buat kat rumah aku hah!? Kau keluar sekarang." arah Mina garang. Ayuri tergelak kecil.

"Aku duduk katil bawah, dan kau kena duduk katil atas ya. Jomlah naik, semua orang tengah potong bawang dan bersiap-siap ni. Kejap lagi, orang yang dirikan khemah dan pelamin akan datang. We'll gonna need your help." balas Ayuri tenang dan bersahaja. Dia cuba untuk berlalu pergi tetapi, lengannya dipegang oleh Mina kuat.

"Woi, sakitlah." Ayuri menarik lengannya kembali.

"Apa kau buat dekat sini, Jambu."

"Haih, kau tanyalah Si Pendek sana."

Ayuri membalas dengan malas dan mula bergerak ke dapur kembali. Mina melihat Ayuri berlalu dengan wajah keliru kemudian dia merengus marah.

"ZULL!"

Mina menjerit kerana geram dan terus ke biliknya selepas mengunci pintu utama. Mak, Ayah serta Kak Yatinya sibuk menyiapkan bahan-bahan makanan untuk kenduri kahwin esok. Mereka merawang di dapur memandangkan tempat di dapur lebih luas dan barang keperluan senang untuk dicapai.

Mina bertemu dengan Mokhsin, Bedah dan Kak Yati terlebih dahulu sebelum membersihkan diri dan bersiap-siap. Usai mandi dan bersiap, dia ke dapur dan mendapatkan Ayahnya yang sedang makan di atas lantai berlapikkan tikar getah.

"Ayah." Mina menuju ke arah Ayahnya, Mokhsin dan menyandarkan kepala di bahu Mokhsin.

"Mina, ayah nak makan ni." kata Mokhsin (50) sambil mengunyah makanannya. "Mina pun marilah makan sekali."

"Tak apalah Yah. Lepas ni...Ayah nak ke Masjid dengan siapa?" soal Mina apabila melihat ayahnya sudah memakai baju Melayu dan dikenakan dengan kain sarung lelaki.

"Dengan Zull, dia kata nak ikut sekali. Zull memang kawan kamu ke?"

"Um, bukan kawan pun. Lebih kepada...mus... Um, kawan sekelas. Tak rapat pun."

Mina tidak jadi menyebut perkataan musuh dan menjawab dengan nada tidak bersemangat. Dia masih geram dengan Zull yang membawa Ayuri sekali ke dalam rumahnya.

"Tak rapat, kalau tak rapat takkanlah kamu sampai ajak ke rumah. Ke kamu ada apa-apa dengan dia?"

"Dia...dia yang nak tolong. Lagipun...lagipun, perempuan yang dia bawak tu teman wanita dia. Hahaha!" tipunya.

Mina memperlahankan suara apabila menyebut perkataan teman wanita kerana tidak ingin Ayuri mendengarnya sekali. Jika Ayuri mendengarnya tentu dia akan mengamuk sakan. Ayuri dan Zalikha berada di hadapan Mina pada ketika itu sambil mengupas kulit bawang.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now