...sambungan Bab 12

115 19 4
                                    

...

AYUMI berlari anak ke dalam sekolahnya kembali. Mina telah menelefonnya dan memberitahu tentang kehadiran Raidez di festival. Dia baru sahaja keluar dari pagar sekolah selepas ujikajinya dengan Nura selesai.

Namun, dia harus memasuki kawasan sekolah kembali kerana ingin menyalin pakaian Night Stalkers di dalam tandas sekolah. Masuk sahaja di dalam tandas perempuan, dia menyalin pakaiannya dengan cepat. Ayumi selalu membawa baju Night Stalkers ke mana-mana untuk persediaan. Dia mengaplikasikan pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

Ayumi cuba untuk berjalan keluar melalui koridor kelas. Namun, sewaktu melaluinya, dia terdengar pekikan dari arah berlawanan. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah pekikan tersebut. Setelah sampai ke tempat pekikan tadi kedengaran, dia mula menggunakan kuasanya.

"Gegaran Tanah!" jerit Ayumi atau Merah.

Tempat tersebut bergegar seketika. Dia dapat melihat seekor raksasa berupa serigala sedang meratah isi belakang badan seorang pelajar perempuan. Serigala raksasa tersebut sebesar rak buku di dalam perpustakaan.

Ayumi pernah melihat pelajar tersebut kerana pelajar itu ialah pelajar yang telah meletakkan surat di dalam laci milik Dilan. Hasil Gegaran Tanah Ayumi membuatkan serigala itu melepaskan pelajar tersebut atau Azwa. Raksasa itu mengalihkan perhatiannya ke arah Ayumi pula.

Selepas melihat serigala tersebut melepaskan tubuh badan Azwa, Fafa mendekati Azwa dengan esakkan tangisan. Nafas Azwa tercungap-cungap seperti seekor ikan yang terdampar di atas daratan dan memerlukan air.

"Wa, wa...Jangan tinggalkan aku Wa. Milah, kau buat apa di sana. Marilah tolong aku angkat Azwa. Kita kena bawa dia ke hospital dengan segera." kata Fafa dengan suara sedih dan tersedu-sedan kerana menangis tadi.

Milah sedang bersembunyi di sebalik pintu kelas. Dia dalam ketakutan. Milah menggelengkan kepalanya dan melarikan diri. Dia meninggalkan Fafa dan Azwa di situ. Fafa terkilan dengan tindakkan Milah. Dia menjerit kuat.

"Milah!!! Datang sini semula!!! MILAH!" laung Fafa sepenuh hati.

Dia memangku kepala Azwa yang sudah nyawa-nyawa ikan. Kemudian, dia menangis sekuat hati apabila melihat keadaan Azwa yang semakin tenat. Dia teringat kembali kenangan dia dengan Azwa.

"Wa, maafkan aku Wa. Maafkan aku."

Ayumi sedang berlawan dengan serigala. Sewaktu berlawan, Ayumi atau Merah mengerutkan dahinya. Dia pernah melihat makhluk berupa serigala ini. Dia pernah melihatnya di dalam buku lakaran milik Nura pagi tadi. Ayumi mengetap bibirnya.

"Lohong tenggelam!" pekik Merah kuat.

Sebuah lubang besar mula terbina di bawah kaki serigala raksasa tersebut. Raksasa itu terjatuh di dalamnya. Nura yang sedang memerhatikan kejadian itu mengetap bibirnya dan membuat wajah risau. Dia sedang mengintip kejadian itu dengan bersembunyi di belakang dinding kelas. Dia mengeluh.

Nura tidak menyangka akan ada seseorang yang tercedera. MB sudah berpesan kepadanya untuk tidak membenarkan raksasa rekaanya meratah isi manusia kerana jika ia merasai darah manusia, makhluk itu akan hilang kawalan. Tugasnya adalah untuk menarik manusia menjadi hamba abadi Raidez.

Nura memeluk buku lakarannya. Buku lakaran itu ialah pemberian daripada MB. Jika dia melukis sesuatu di dalam buku itu, sesuatu itu akan menjadi hidup. Oleh sebab itulah dia menggunakan nama Pelukis Hidup sebagai samaran. Hal ini kerana, lukisannya akan dapat dihidupakan menjadi makhluk bergerak. Kuasa tersebut merupakan mimpi ngeri kepada semua orang.

Merah memandang ke arah sosok tubuh yang sedang bersembunyi di sebalik dinding. Dia dapat melihat kelibat orang tersebut kerana bayang-bayang orang itu muncul di lantai tempat dia bersembunyi. Ayumi mengambil telefon dan menelefon ambulans.

"Awak jangan risau. Saya sudah telefon ambulans." pujuk Merah sambil menepuk-nepuk bahu Fafa.

Fafa mengangguk sambil menahan darah yang keluar dari tempat luka Azwa. Merah kemudiannya menuju ke arah Nura yang sedang bersembunyi itu. Nura masih belum sedar akan hal itu. Dia cuba untuk melihat ke arah tempat kejadian kembali. Namun, kali ini matanya membulat besar.

"Berikan buku itu." arah Merah tegas. Nura menelan air liur.

"Ke...kenapa? Ia milik saya." balas Nura dengan terketar-ketar.

"Kau yang lukis mereka, kan? Semalam kau cakap kau ke Festival Thai dan melukis gambar manusia. Aku dapat tahu festival itu sedang kucar-kacir sekarang sebab ada benda yang membuat kacau tadi. Makhluk seperti serigala itu sama seperti lukisan kau. Kau yang melukisnya kan!?"

"Mana...mana awak tahu, saya tak pernah tunjukkan lukisan ini pada awak." soal Nura tenang. Dia tidak tahu identiti Ayumi sebagai Merah.

"Tak mungkin...Kau Ayu-Ayumi?" duga Nura.

Merah terus merampas buku lakaran itu daripada Nura. Nura cuba mengambilnya kembali. Namun, Merah telah menggunakan kuasa tanah miliknya untuk memegang kedua-dua tangan Nura.

"Bagi balik buku tu!"

"Bagitahu aku apa yang aku perlu buat untuk hapuskan makhluk yang menyerang festival itu."

"Manalah aku tahu. Aku bukan dalang semua ni. Bu..bukan aku yang mencipta mereka."

"Buku ini sangat penting untuk kau, kan?"

Nura hanya mendiamkan dirinya. Merah cuba untuk mengoyaknya. Nura meronta-ronta semakin kuat apabila melihat Ayumi cuba mengoyak buku tersebut. Ayumi tersenyum.

"Jadi, betullah buku ini sangat penting untuk kau. Buku ini ialah rahsianya, kan."

"Jangan Ayumi...Aku merayu. Kau buatlah apa-apa aje dekat aku. Tapi, jangan rosakkan buku tu. Tolonglah, aku merayu. Bukankah kita kawan?"

"Kawan...?" Merah menjeling ke arah Nura.

"Kawan yang TAK GUNA. Kau telah membahayakan nyawa ramai orang termasuklah rakan seperjuangan aku." Bidas Merah garang. Dia mula mengoyak buku itu satu persatu.

"TIDAK!!!" jerit Nura sedih.

Selepas Ayumi mengoyakkan buku tersebut, keadaan fizikal Nura berubah. Dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangannya. Ayumi membulatkan mata besar.

"Kau..."

"Cacat? Ahahaha!" Nura ketawa sambil mengalirkan air matanya. "Aku tak pernah derhaka kepada kedua-dua ibu bapa aku. Aku ikut semua cakap mereka. Aku baik dengan semua orang. Semua orang suka aku. Aku suka melukis, aku sukakanya. Aku sangat sukakannya. Ia adalah semangat aku untuk terus hidup. Aku disegani sejak aku kecil lagi. Lukisan aku dijual beribu-ribu. Aku berlatih setiap hari, setiap saat, setiap detik untuk menjadi seorang pelukis terbaik di dunia. Tapi, tapi...Kenapa tangan aku. Kenapa TANGAN aku yang jadi mangsa. Apa salah aku, apa salah aku. Kalau kau berada di tempat aku, kau mesti faham kan. Kau kan suka buat eksperimen."

Merah hanya mendengarnya sahaja. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Perasaannya berbaur dengan marah, geram dan kasihan.

"Apa dah jadi?" soal Merah lembut.

"Hum, kau boleh cari dalam internet pasal aku." jawab Nura dengan senyuman nipis. Dia mula pasrah dengan kejadian itu. Merah memandang Nura sayu.

"Kau nak aku lepaskan kau?" duga Merah. Tawaran Merah membuatkan Nura membuat wajah tidak percaya.

"Tapi dengan syarat." sambung Merah tenang. Merah kasihan dengan nasib Nura. Namun, dalam masa yang sama masih menganggap perbuatan Nura itu salah.

"Kau jangan bagitahu sesiapa pasal aku dan aku nak kau lenyap. Jangan sesekali memunculkan diri di hadapan aku lagi atau kau akan kena akibatnya. Aku nak kau pegang kata-kata aku sampailah ke nafas kau yang terakhir."

Ayumi berlalu pergi meninggalkan Nura sambil membawa buku lakaran milik Nura. Dia telah melepaskan tanah yang memegang tubuh badan Nura. Nura memandang Merah yang berlalu pergi dengan wajah kesal. Dia berterima kasih kepada Merah kerana melepaskan dirinya dan memberi dia satu peluang lagi. Nura meninggalkan tempat kejadian dengan cepat kerana siren ambulans mula kedengaran. Dia ingin balik ke rumahnya dan bersembunyi. Dia tidak ingin MB mencarinya lagi.

Merah pula berhenti di suatu tempat dan memusnahkan buku lakaran itu dengan kuasanya. Saat buku lakaran itu musnah, Raksa yang menyerang festival lenyap menjadi abu dan manusia yang bertukar menjadi Raksa pula mulai berubah menjadi manusia semula.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now