...sambungan Bab 19

74 15 0
                                    

...

Di Bumi, Rumah The Blade Musketeers, Pukul 10.00 Pagi (Sabtu).

DILAN memasuki bilik yang berada bersebelahannya. Dia mendekati katil bilik itu dan menggerakkan tubuh badan budak lelaki yang dia bawa balik daripada pertempuran kelmarin. Budak lelaki itu membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia melihat sekelilingnya dengan pelik.

"Saya di mana sekarang ni?" soal budak lelaki itu atau Harun (15).

"Rumah saya. Kelmarin saya jumpa awak di pasar malam. Awak pengsan."

"Ha? Berapa lama saya duduk sini?"

"Semalaman. Awak tak sedarkan diri walaupun saya dah gerak banyak kali. Saya ingin telefon Ibu Bapa awak tapi, saya tak tahu siapa dan di mana mereka tinggal. Saya juga tak mahu serahkan awak pada pihak polis. Jadi, saya tunggulah sampai awak sedar. Lagipun, saya ada soalan yang ingin ditanya."

Harun melihat Dilan dengan teliti. "Awak sangat kacak."

"Er...Um, terima kasih. Jadi, siapa nama awak ya?"

"Harun, 15 tahun. Awak?"

"Rafizal Aiman, panggil Dilan je. Saya 21 tahun. Harun tinggal di mana?"

"Hm, Taman Perumahan Lestari. Saya boleh panggil Abang kan?" tanya Harun melihat Dilan dengan wajah kasihan. Dia sedang berbaring di atas katil ketika itu.

"Boleh aje. Harun dan boleh bangun ke? Jom la makan dulu sebelum balik. Mesti mak ayah Harun risau." balas Dilan dan cuba memujuk Harun. Namun, Harun hanya menundukkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Saya nak abang temankan saya balik rumah boleh?"

"Boleh je. Tapi, kenapa?"

Dilan berasa ingin tahu pula. Dia takut Harun ingin mengapa-apakannya lagi memandangkan semalam dia menjumpai Harun di dalam badan Katakot. Dia bimbang Harun mempunyai kaitan dengan Raidez.

"Saya takut Mama dan Papa marah. Bolehlah Abang ya. Abang cakap saya tumpang rumah Abang sebab nak belajar."

"Harun, tak baiklah menipu. Abang boleh temankan, tapi Abang tak akan menipu. Memang betul Harun tidur rumah Abang, tapi bukan untuk belajar. Harun jangan risau, Abang akan ceritakan hal sebenar iaitu Harun pengsan di pasar malam dan Abang bawa Harun balik. Kalau mereka ingin marah, mereka akan marah Abang sebab tak buat laporan polis." jelas Dilan kerana ingin menenangkan hati Harun. Namun, Harun hanya mendiamkan dirinya.

"Jomlah. Kalau Harun nak mandi, Harun gunalah bilik air ni. Baju...Abang akan cari baju saiz Harun. Lepas tu turun makan. Kita akan pergi dengan kawan baik Abang. Abang nak tunggu dia balik dulu. Kalau Harun nak guna telefon untuk telefon Ibu bapa Harun, guna ajelah ya. Buat macam rumah sendiri."

Dilan keluar dari bilik itu dan menuju ke arah bilik loteng iaitu bilik Zull. Dia ingin mencari baju yang sesuai untuk Harun. Bajunya lebih besar daripada Harun. Jadi ia tidak sesuai untuk Harun. Dilan menghantar mesej kepada Zull yang menyatakan dia ingin meminjam baju Zull. Dilan memasuki bilik dan membuka almari baju Zull selepas Zull memberi kebenarannya.

Tepat pukul 10.30 pagi, Harun menuruni tangga ke ruang tamu. Dia menuju ke arah Dilan yang sedang menonton rancangan Good Chef, Bad Chef. Dalam pegangan tangan Dilan pula kelihatan buku novel Inggeris. Harun turut duduk di atas kerusi.

"Abang suka cerita memasak?"

"Haah. Abang suka memasak dan suka buat resepi baharu. Kadang-kadang Abang reka resepi baharu. Muat ke baju tu, tak ketat?"

"Saya pun suka memasak. Abang, bila kawan abang nak balik?"

"Pukul 1 atau 2 petang nanti dia sampai kut. Harun nak telefon mak dan ayah Harun?"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now