Bab 40: Wira Bukit Berapi vs. Perompak Bank

40 8 3
                                    

ZULL berlari memasuki restoren milik Ayuri di cawangan Bandar Lama Bukit Berapi. Dia sudah terlewat untuk masuk bekerja. Jam di tangannya menunjukkan pukul 3.35 petang. Setelah masuk ke dalam dia terus memasukkan kad perakam waktunya (punch card) ke dalam mesin perakam kad. Zull terus menghembuskan nafas lega walau pun dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Zull!" jerit seseorang dengan lantang. Zull mendecis. Dia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan Ayuri, merangkap bosnya di situ.

"Ya, ya. Aku tahu aku dah lambat. Aku minta maaf, aku akan kerja lebih masa seperti semalam." Balas Zull laju.

"Kau ingat ini restoren mak bapak kau!?"

"Tak mungkin! Restoren ni teruk kut."

"Oi! Aku belum habis cakap lagi kau dah potong. Kau rasa ini restoren mak bapak kau sampaikan kau boleh buat peraturan sendiri macam tu, hah! Kau lambat 35 minit, bukan 5 atau 10 minit."

"Aku minta maaf, aku ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kau boleh potong gaji a..."

"Aku nak kau ketuk ketampi sekarang!"

"Kau ingat ini sekolah? Jangan sampai aku lapor dekat Buruh, Bedah."

"Heh, kalau kau lapor dekat Buruh, aku akan tarik kau sekali. Kau dah lupa janji kau pasal Ridhuan? Kalau pihak Buruh tahu pasal hal ini, kau akan bertanggungjawab pasal isu Ridhuan! Kau jangan lupa itu ya. Aku merisikokan nama baik aku dan restoren aku disebabkan kau. Kalau restoren ini jatuh sebab isu itu, aku akan balas dendam dekat kau, aku akan buat kau hidup merana dan merempat Zull. Hmph! Buat kerja kau dan ya, gaji kau akan dipotong. Cis! Tak pasal-pasal berkedut muka aku. Panggil aku Cik Ayuri, bukan Bedah! Bedah tu mak Mina!" Ayuri berlalu melepasi Zull dan memasuki pejabatnya semula.

Namun, dia berpatah balik dan mendekati Zull semula. "Satu lagi!" jeritnya lantang.

"Apa lagi!"

"Pasal pagi tadi di sekolah..."

"Oh, um................Orang cakap kisah silam jangan diungkit."

"Kepala afro kau! Apa kau cakap dekat aku pagi tadi? Padan muka? Padan muka ya. Heh, hari ni kau kena cuci tandas setiap kali pelanggan guna. Kau faham tu, biar padan muka kau."

"Mana boleh macam tu, nanti kerja aku yang lain tak siap."

"Ada aku kisah? Itu kerja kau, bukan kerja aku. Kau nak merangkak atau terbaring sambil basuh tandas tu pun aku tak kisah Zull. Kau dah tahu aku ni majikan kau di sini, jadi sepatutnya kau lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata kepada aku walau pun kita berada di luar restoren. Kau ni lembap agaknya. Kau datang sekolah tanpa bawa otak kau, kan. Ha, padan muka kau. Lain kali bawa otak kau."

"Kau ingat aku ni zombie ke nak letak otak dekat luar? Kalau tak ada otak, aku tak dapat datang si-..."

"Menjawab! Kau menjawab lagi, aku akan gandakan kerja kau Zull. Muktamad! Apa punya degil kau ni ha. Tak pandai nak jaga hati aku sebagai bos kau ke? Dahlah minta tolong orang, orang dah tolong, buat perangai pula. Hiiiii-sh!"

Zull terdiam. Dia memang kalah jika bertekak dengan Ayuri jika berada di restoren ini. Entah saka apalah yang Ayuri pelihara sampaikan dia mati akal untuk membidas kata-kata Ayuri dengan lantang di sini. Ayuri memasuki bilik pejabatnya kembali dan menutup pintu dengan kuat.

Semua pekerja Ayuri tercengang apabila melihat kejadian itu. Ini merupakan kali kedua mereka melihat Cik Ayuri menyumpah dan memarahi Zull sampai begitu sekali. Ridhuan hanya menggelengkan kepalanya. Ini hari kedua Zull bekerja di sini, tetapi dia sudah banyak membuat kecoh.

Zull mencebik dan terus memasuki tempat rehat staf. Dia mahu menyalin pakaian seragam restoren terlebih dahulu. Ridhuan sudah pun memulakan tugasnya sebagai seorang pelayan restoren. Zull pula bertugas sebagai tukang sapu dan tukang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Pokoknya, semua tugasan pembersihan dilakukan olehnya.

...

Di sebuah bank di Bandar Baru Bukit Berapi, pukul 4.45 petang.

SEORANG wanita sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai bank. Hari ini, dia mahu menyimpan wang ke dalam akaunnya. Dia tidak mahu menggunakan mesin CDM kerana terdapat sesuatu yang ingin dia tanya kepada pegawai bank tersebut.

Apabila nombor gilirannya dipanggil, wanita itu menuju ke arah kaunter yang disebut dan mula melakukan urusannya. Setelah selesai, dia cuba keluar dari bank tersebut, namun berhenti dari melakukannya apabila beberapa lelaki bertopeng memasuki bank tersebut sambil membawa senjata.

Pengawal bank yang baru mahu bertindak pula ditembak di bahagian lengannya. Perompak menggunakan penyenyap (silencer) agar tidak didengari orang lain. Setelah itu dia ditumbuk dengan bertubi-tubi oleh perompak itu. Perompak itu terus menutup pintu dan menutup tirai bank. Kemudian, salah seorang daripada mereka menjerit.

"Jangan ada sesiapa cuba berlagak menjadi hero di sini ya kalau tak aku tembak kau macam aku tembak pengawal tu! Jangan cuba telefon polis atau tekan mana-mana butang kecemasan! Kalau tak aku bom tempat ni. FAHAM!" jerit perompak pertama dengan lantang.

Pegawai bank serta klien bank itu menelan air liur mereka. Wajah mereka sudah menjadi pucat lesu dan kelihatan cuak. Kecut perut mereka apabila kejadian ini berlaku pada diri mereka pula. Selama ini, mereka mendengar berita rompakkan di berita sahaja. Sekarang, giliran mereka pula untuk menjadi paparan berita di dada akhbar.

"Masukkan semua telefon, duit dan barang kemas ke dalam beg ni!" jerit perompak kedua kepada klien bank.

"Masukkan semua duit, barang kemas dan telefon ke dalam beg ni. Cepat! Cepat! Aku kira sampai 10 je! Kalau korang lambat, aku tembak sesiapa sahaja yang aku nak! Cepatlah!" jerit perompak ketiga kepada pegawai bank pula.

Bos mereka hanya memerhati dan tersenyum sinis. Terkadang dia akan menyelak tirai bank itu untuk melihat keadaan di luar. Keadaan di luar nampak masih terkawal. Sudah lama mereka memerhatikan bank ini. Hampir dua bulan. Jadi, mereka tahu hari apa yang dikerumumi orang ramai dan yang tidak.

Hari ini, hanya ada lima orang sahaja yang sedang lalu-lalang di kawasan berdekatan bank. Oleh sebab itulah, mereka berani masuk ke dalamnya dengan memakai topeng dari luar lagi. Mereka yakin tidak ada sesiapa yang melihat kejadian itu kerana anak buah mereka sedang memerhati di luar dan memastikan pejalan kaki di luar itu tidak menumpukan perhatian kepada bank.

Namun, mereka melakukan kesilapan yang besar kerana wanita yang berurusan dengan bank tadi merupakan seorang wartawan dan suaminya ialah seorang pemberita. Suaminya sedang menunggu dia di dalam kereta dan menyaksikan kejadian itu. Suaminya terus menelefon syarikat beritanya agar syarikatnya itu menghantar kru pemberita di situ. Setelah itu, barulah dia menelefon pihak polis.

...


OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now