...sambungan Bab 11

103 18 0
                                    

...

SETELAH sampai ke kereta Khai, Dilan memasukinya dengan senyuman manis. Kereta itu mula bergerak keluar dari kawasan sekolah selepas Dilan melabuhkan punggungnya. Selepas 15 minit berlalu, mereka bertiga mula sampai di rumah Istana milik Khai.

"Dilan silakan masuk." ajak Khai gembira sambil menarik lengan Dilan.

Mereka berdua keluar daripada kereta dan mula mendaki tangga dengan berhati-hati. Dilan mengangakan mulutnya luas. Rumah Khai sangat besar dan cantik. Dilan dan Khai berjalan memasuki ruang legar atau dewan rumah terlebih dahulu sebelum memasuki ruang tamu utama rumah Khai. Masuk sahaja ke dalam ruang tamu utama, Nek Chu menyapa Khai.

"Khai sayang dah balik rumah ke. Meh sini, Nek Chu nak peluk." Nek Chu mendapatkan Khai dan mencium dahi Khai. Kemudian, pandangan Nek Chu teralih ke arah Dilan.

"Khai Sayang, ni siapa ni? Ya Allah hensemnya." puji Nek Chu sambil mengukirkan senyuman lebar ke arah Dilan. Dilan membalasnya.

"Nek Chu, ni Dilan. Kawan baharu Khai. Dilan, ini Nek Chu yang kita cakapkan tadi tu. Nenek kita cantikkan walaupun dah tua." Khai memperkenalkan Dilan kepada Nek Chu.

"Sampainya hati kata Nek Chu tua." Nek Chu mencubit pipi Khai lembut.

"Khai gurau aje." Khai ketawa ringan sambil turut mencubit pipi Nek Chu.

"Ha, Dilan. Marilah minum petang bersama-sama." ajak Nek Chu mesra.

Dia melayan Dilan dengan sangat baik. Mereka berjalan menuju ke Taman Grinnil kerana ingin minum petang bersama-sama di sana.

"Ayah kerja apa?" duga Nek Chu sambil berjalan untuk ke Taman Grinnil.

"Peguam. Dulu kerja sebagai Pensyarah tapi dia dah berhenti tiga tahun lalu." balas Dilan segan.

Nek Chu dan Khai mengangguk-angguk. Nek Chi meneruskan sesi soal jawabnya dengan Dilan. Dia ingin tahu sekiranya Dilan layak bersama-sama Khai atau tidak. Setakat ini Dilan telah lulus untuk menjadi kawan Khai.

...

Di Makmal Kimia Sekolah, Pukul 4.00 Petang.

AYUMI dan Nura telah berjaya memecah masuk makmal. Mereka baru sahaja sampai ke sekolah memandangkan mereka balik ke rumah masing-masing dahulu untuk membersihkan diri. Ayumi mengambil mikroskop di dalam almari simpanan mikroskop. Manakala, Nura menolong Ayumi mengambil alatan yang dipinta Ayumi. Nura sudah siap menyediakan alatan lukisnya untuk melukis Ayumi nanti.

Ayumi menyarungkan baju kot miliknya pada badan. Dia ingin membuat eksperimen mengekstrak bunga ros. Dia sudah lama tidak membuat eksperimen tersebut sejak daripada zaman matrikulasinya. Nura duduk di hadapan Ayumi sambil memegang pensel 2B miliknya. Dia ingin melukis wajah Ayumi yang sedang membuat wajah serius.

"Ayumi, saya rasa awak patut senyum. Saya nak lukis ni. Um, apa kata saya melukis gambar awak dahulu. Lepas tu barulah awak mulakan eksperimen awak ni." celah Nura memberikan idea. Ayumi berfikirkan tentang cadangan Nura tersebut dan mengangguk.

"Baiklah. Awak nak saya buat apa?"

"Senyum dan posing."

"Awak tak lukis dalam buku lakaran awak yang tadi ke?" tanya Ayumi apabila melihat Nura memegang buku lakaran yang tidak sama seperti yang ditunjukkan kepadanya pada pagi tadi.

Nura mengetap bibirnya dan tersenyum. Buku lakaran yang dia tunjukkan kepada Ayumi pagi tadi hanya digunakan untuk menghidupkan raksasa yang dilukisnya dan menjadikan manusia yang dia lukis sebagai hamba abadi Raidez.

Wajah Henna turut dilukis oleh Nura atau Pelukis Hidup semalam. Jadi, Henna akan turut menjadi hamba abadi Raidez sekiranya Nura membaca ayat mantera untuk mengawal manusia yang dia telah lukiskan.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now