Bab 11: Pelukis Hidup (Bhg 2)

121 19 2
                                    

Keesokkannya, Pukul 6.45 Pagi.

JASON memakai baju seragam sekolah. Dia ingin bersiap-siap ke sekolah. Walaupun, dia sudah menjadi seorang samseng dan memasuki Geng Ketupat, dia masih lagi ingin belajar. Sekiranya Ibunya yang sedang koma tersedar, sekurang-kurangnya Ibunya itu tidak berasa kecewa dengannya.

Ibu Jason, atau Sasya Aziz (45) telah koma hampir tiga tahun yang lalu selepas dilanggar lari oleh sekumpulan perompak yang melarikan. Polis mengatakan kejadian itu mempunyai kaitan dengan Geng Ketupat. Namun, mereka tidak mempunyai bukti yang cukup untuk menangkap dan menyerbu gengster terbabit.

Oleh sebab itu, Jason memasuki Geng Ketupat kerana dia ingin membongkarkan aktiviti haram Geng Ketupat dan membawa gengster tersebut ke muka pengadilan. Namun, Jason sudah pun terjebak ke dalam lurah kegelapan. Dia memerlukan wang untuk menampung bil hospital Ibunya. Dia akan mendapat wang sekiranya membuat kerja kotor untuk bos Geng Ketupat, Michael.

Jason menuruni tanggan rumahnya. Dia cuba untuk membuka pintu utama rumah kerana ingin keluar setelah memakai kasut sekolah. Namun, Abang Sulongnya menegur.

"Iz tak nak makan dulu ke?" sapa Abang Sulongnya, Rasyid (27).

"Tak nak." jawab Jason malas.

"Iz janganlah macam ni."

"Aku kata aku tak nak aku tak naklah. Tak faham bahasa ke! Aku tak sukalah makan semeja dengan perempuan tak guna tu." marah Jason. Perempuan tak guna yang dimaksudkan oleh Jason adalah adik tiri Ibunya, Mariam.

"Eh, nak cakap tu baik-baik sikit ya. Siapa yang tak guna? Kamu tu pun bukannya berguna sangat. Selalu aje menconteng arang dekat muka kami ni. Sedar diri sikit." sampuk Mariam (43) garang.

"Huh." Jason tergelak nakal. "Kau nak bunuh mak aku, kau rasa kau berguna ke? Lepas tu kau nak rampas semua harta mak aku kan. Aku tak akan benarkan itu berlakulah. Abang pun sama. Mak terlantar dekat hospital macam tu, langsung tak pergi melawat. Anak apa macam ni. Sebab anak betina tak guna ni, Abang sanggup berpaling tadah kan. Tak nampak ke diorang hanya nak guna-gunakan abang sebab abang tu salah satu pewaris harta Mak."

"Iz cakap baik-baik ya. Abang akan berkahwin dengan Kak Suhaila nanti. Diorang tak macam tulah. Itu semua khayalan Iz aje."

Mariam tersenyum gembira. Apa yang Jason cakapkan itu adalah betul. Dia dan Suhaila (22) iaitu anaknya, hanya menginginkan harta Rasyid dan Jason. Harta peninggalan arwah ayah tirinya semua jatuh kepada Sasya.

Semenjak Sasya koma pula, harta itu diwariskan kepada Rasyid dan Jason untuk sementara memandangkan Sasya masih belum mati. Mariam sudah banyak kali mencuba untuk membuatkan Sasya tidak sedarkan diri untuk selama-lamanya.

Mariam juga telah menghasut Rasyid untuk menghentikan pembayaran kos hospital Sasya memandangkan ia akan merugikan duit syarikat. Rasyid bersetuju kerana Suhaila telah bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Rasyid mempersetujuinya juga kerana pihak hospital mengatakan peluang untuk Ibunya bangun kembali adalah tipis. Jadi, dia tidak ingin menyeksa Ibunya. Namun, Jason menghalang sekeras-kerasnya. Semenjak daripada itu, Jason yang telah menanggung kos pembiayaan hospital Ibunya.

"Tak kisahlah. Aku dah tak peduli semua tu. Hei, perempuan! Kalau aku dapat tahu kau cuba sentuh mak aku, aku akan pastikan geng aku lanyak kau sampai mati. Kau faham tu!" jerkah Jason garang.

Mariam membuat riak wajah takut dengan gertakkan Jason. Jika Jason tidak memasuki Geng Ketupat sudah lama dia menghapuskan Jason dalam hidupnya. Jason keluar dari rumah itu dengan wajah tidak berpuas hati. Dia menuju ke arah motornya dengan perasaan yang membuak-buak kerana geram. Dia selalu ke sekolah dengan menunggang motor Yamaha RXZ miliknya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now