...sambungan Bab 51

32 8 0
                                    

...

SEBAIK sahaja loceng tamat waktu sekolah dibunyikan, para pelajar terus mengemas barang-barang mereka dan mengalas beg mereka itu kerana sudah bersedia untuk keluar dari sekolah. Tidak terkecuali juga pelajar dari kelas Tingkatan 5 Gred A+ (iaitu kelas Dilan dan yang lain). Dilan dan yang lain sudah bersedia untuk pulang ke rumah dengan Khai, kerana Khai mengajak mereka untuk pulang bersama, Zull pula terus Bilik Pengawas seperti biasa.

Yurina dan rakan seperjuangannya pula perlu ke Taman Tema Mini yang terdapat di Bukit Berapi. Taman tema itu baru dibuka pada tahun lepas. Ia tidak mempunyai begitu ramai pengunjung kerana rata-rata orang yang ke sana adalah dari negeri ini sendiri, bukannya orang luar. Sebelum berlalu pergi, Tina sempat melambaikan tangannya ke arah Dilan dan memgucapkan selamat tinggal.

Ayuri, Liyana, Bella dan Silvia juga keluar dari kelas itu dan menunggu pemandu mereka di kantin sekolah kerana kantin sekolah itu berada dekat dengan tempat parkir. Kadang-kadang mereka akan menunggu pemandu mereka di tempat itu dan kadang-kadang di luar kawasan sekolah.

Sementara itu, Tina dan yang lain baru sampai di tempat taman tema. Tina dan Mina ditugaskan untuk masuk ke dalam tempat menilik nasib. Yurina dan Henna pula akan menunggu mereka di luar. Sekiranya sesuatu terjadi, Tina dan Mina perlu menjerit sebagai tanda agar Yurina dan Henna yang sedang menunggu di luar boleh meluru masuk ke dalam dan menolong dua orang kawannya itu.

Tina dan Mina memasuki ruangan tilik nasib selepas membuat bayaran memasuki tempat itu. Mina dan Tina berjalan sambil melilau ke kiri dan kanannya untuk melihat keadaan tempat tersebut. Tempat itu sangat gelap dan agak menakutkan. Kemudian, Mina dapat melihat seorang perempuan keluar dari sebalik kain. Orang itu memandang mereka berdua, mereka pula memandang satu sama lain.

"Adik nak 'massage' ke?" soalnya kepada Tina dan Mina. Tina memandang ke arah Mina dan membuatkan Mina teragak-agak.

"Err, ma-massage?" ulang Mina kerana mahukan kepastian.

"Ya, massage." Balas perempuan itu atau Jani.

"Um, bukankah ini tempat tilik nasib?" soal Tina.

"Oh, itu hanya iklan untuk menarik pengunjung, sebenarnya gerai ini hanya menawarkan khidmat 'massage'. Tetapi, jangan risau. Bagi pelanggan wanita, kami menggunakan tukang urut wanita dan bagi lelaki, kami menggunakan tukang urut lelaki. Adik nak pakej mana?"

"Er, tak menjadi kesalahan ke sebab salah letak tanda gerai?"

"Ya, kami dah banyak kali kena saman. Tapi, kami bayarlah saman tu dan lepas tu buat bisnes seperti biasa. Jadi, adik nak pakej apa?" Ujar Jani dengan mata yang berkedip-kedip dan lagak yang yakin. Ia membuatkan Tina dan Mina melopong.

"Um, kami rasa kami silap gerai. Terima kasih, jom Tina." Ajak Mina dan terus menarik lengan Tina. Namun, Mina dan Tina tidak dapat menggerakkan badannya selepas mereka membelakangi wanita yang bernama Jani itu.

"Kamu tahu, kami ada satu polisi." Balas Jani dengan senyuman sinis. Mina dan Tina tidak dapat menggerakkan badan mereka, tetapi masih dapat menggerakkan kepala mereka. Jadi, mereka berdua memalingkan kepala ke belakang dengan perlahan-lahan.

"Polisi kami, kalau ada pelanggan yang menolak servis kami, kami akan 'tangkap' mereka dan jadikan mereka Hamba Abadi (HA) Raja kami. Sebaliknya, kami akan melepaskan sesiapa yang menggunakan servis kami. Ia arahan Kapten yang kami sanjungi. Kata kapten, walaupun kami adalah pihak musuh, kami perlu ada rasa belas kasihan, walaupun sikit. Ahahahaha!" sambung Jani lagi.

"Kalau macam tu, kami nak pakej A." Kata Mina cepat dan cuak.

"Ya, kami nak pakej A."

"Ah, malangnya kami tidak ada pakej A, kami hanya ada pakej Marhaen, VIP dan Premium sahaja. Tapi, kamu berdua telah terlambat dan saya tidak boleh melepaskan peluang ini kerana kamu adalah orang pertama yang menolak servis perkhidmatan kami. Ahahahaha!" rupa bentuk Jani berubah menjadi rama-rama betina jadian. Kemudian, badan Mina dan Tina terus dililit dengan bebenang halus dan menjadikan ia berbentuk kepompong.

"Yur..."

Mina dan Tina cuba menjerit nama Yurina, tetapi mereka tidak sempat melakukannya kerana seluruh badan mereka telah dibalut, yang tinggal hanyalah bahagian hidung mereka sahaja supaya mereka dapat bernafas. Mereka ditangkap untuk menjadi HA, bukannya mayat. Kedua-dua jasad yang dililit kepompong bergerak-gerak kerana mereka sedang meronta-ronta di dalamnya.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now