YURINA mengunyah corndog yang dibelinya dengan cepat sambil menikmati setiap rasa pada makanan itu. Dia juga telah mengalirkan air matanya kerana terlampau gembira. Sebenarnya, sudah lama dia mengidam untuk makan corndog, namun dia langsung tidak pernah mendapat kesempatan itu pada sebelum ini. Kemudian, dia melihat ke arah Henna yang sedang memakannya dengan cermat. Dia terpanar dengan keayuan dan kewanitaan Henna.
"Henna ni, makan pun masih cantik. Pelik kenapa sampai sekarang tak ada sesiapa nak jadikan dia teman wanita atau pun isteri. Adakah sebab aku yang menjadi penghalangnya? Mungkin ada orang takut dekati Henna sebab diorang nampak aku macam penjaga dia yang garang." Bisik hati Yurina. Serentak itu, Henna terus berpaling ke arahnya, dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Ada sesuatu pada wajah saya ke, Yurina?" soal Henna ingin tahu.
Yurina menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa.............Kadang-kadang aku terfikir pasal semua benda ni."
"Benda apa?"
"Tentang sampai bila kita perlu melawan Raidez. Kita tak tahu apa-apa pun tentang mereka, mahupun pasal pihak Olienpiece. Tentang kuasa kita sendiri pun kita tak tahu apa-apa. Kita hanya lawan, lawan dan lawan. Lawan semua musuh yang datang menyerang. Kadang-kadang aku rasa, kita macam terperangkap dalam suatu mimpi dan masih belum sedar sampai sekarang. Rasanya baru semalam, aku konvo dengan kawan-kawan sekelas aku di universiti dan baru semalam kita bertemu balik selepas dipisahkan dengan matrikulasi dan universiti. Huh, adakah kau rasa ada pengakhiran untuk perjuangan kita ni? Sebab kita ni macam berada di pertengahan pertarungan diorang. Kita juga tak tahu pihak Olienpiece terima atau sedar kewujudan kita ni atau tak. Aku cuma harap aku masih bersama korang pada hari pihak musuh kita kalah dan hancur. Lelaki yang muncul di bumbung haritu agak kuat, dan ia semakin buat aku risau dengan keselematan korang."
"Awak akan ada bersama kami saat kita kalahkan pihak musuh. Awak ketua kami, Yurina. Awak perlu ada bersama kami." balas Henna bersungguh-sungguh.
Yurina tergelak kecil apabila melihat reaksi Henna. "Ya, aku pun berharap macam tu. Cuba kau bayangkan kita melawan musuh sampailah kita berkahwin dan ada anak. Hahaha! Aku tak dapat bayangkannya. Ahahaha! Eh, makan cepat-cepat Henna, nanti Mina keluar dan dia nampak kita makan benda ni, dia pun nak. Aku dah malas nak beratur panjang, dahlah penjual dia kerek. Tak senyum langsung, macam tak nak menjual pun ada. Nasib baik makanan dia tu sedap, kalau tak....Kalau tak aku akan boikot dia. Hm."
"Saya rasa antara kita, mungkin Tina dulu yang kahwin."
"Ha? Aku rasa kau."
Wajah Henna terus merah padam, "Sa-s-saya? Ke-ke-Kenapa?"
"Sebab kau pendiam. Kau ingat tak apa yang kawan-kawan dan guru sekolah kita dulu cakap? Diorang cakap yang pendiam ni dululah yang nikah awal, yang bising-bising paling lambat. Hahaha! Kau tengoklah si Rozita dalam kelas kita tu, dia antara yang pendiam macam kau dalam kelas, akhirnya dia dulu yang nikah. Umur 19 lagi dia dah kahwin. Seee! Kau akan menyusul kut dan selepas tu Amal. Huhuhu." Jelasnya dan terus ketawa nakal.
Henna hanya tergelak kecil. "Mungkin juga Ayumi dulu."
Yurina berhenti ketawa, "Ada kemungkinan jugak. Sejak akhir-akhir ni dia makin rapat dengan Khai. Ayumi tu pun antara yang pendiam dalam kelas, walaupun dia garang dan sedikit kerek. Maaf." Henna ketawa kecil apabila mendengarnya.
"Macam dah lama sangat diorang dekat dalam. Adakah diorang okey? Nak jenguk dalam ke?" duga Henna lembut.
Yurina menggaru kepalanya. "Hmmmm....Kita telefon diorang dululah. Diorang tak angkat baru kita masuk dalam."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...